LABIS, 21 Jan: Para peneroka tiga rancangan Felda di Labis iaitu Felda Tenang, Cempelak dan Cempelak Barat mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengunjungi mereka menjelang pilihan raya kecil Tenang.
(GAMBAR ATAS: Inilah deretan kedai usang di Felda Cempelak yang sekian lama terbiar.)
Ini kerana, kenyataan Najib hanya manis dibibir sahaja tetapi pada realitinya ia amat berbeza sekali.
"Dia kata kami dapat RM3,000 sebulan sekarang padahal apa yang kami dapat sekitar RM1500 sebulan sahaja," kata salah seorang peneroka Felda Cempelak.
Bagi beliau, kedatangan Najib menjelang pilihan raya kecil Tenang hanya untuk membeli hati peneroka sahaja padahal mereka tidak pernah dihiraukan selama ini.
(GAMBAR KIRI: Pelbagai janji dibuat Najib ketika berucap di Tenang)
Kawasan-kawasan Felda di Tenang, katanya, adalah antara yang termudur sekali di Johor ini kalau tidak di Malaysiapun.
"Anak muda Felda Chemplak lebih gemar berhijrah ke bandar kerana tiada peluang pekerjaan yang disediakan di Felda. Selain itu, banyak pekerja-pekerja asing seperti dari Bangladesh diambil bekerja di ladang-ladang berbanding kepada anak-anak Felda sendiri," katanya lagi.
Mereka juga menunjukkan bagaimana deretan kedai usang yang ada dio kawasan Felda mereka yang tidak pernah diambil hirau oleh pihak Felda apatah lagi pemimpin mereka di Kuala Lumpur.
"Kami masih ingat janji mereka semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor kerana saudara saya juga ada di Felda Sungai Buaya itu.
"Najib ada menjanjikan RM5000 untuk satu projek. Secara cash Najib bagi RM1000, selebihnya dijanjikan nak beri selepas daripada PRK Hulu Selangor itu selesai. Apa yang berlaku ialah, sehingga kini mereka kata, wang selebihnya yang dijanjikan itu masih belum diberi," katanya.
(GAMBAR KIRI: Helikopter yang menghantar Najib ke Tenang.)
Mereka juga mempertikaikan, rancangan memberikan 500 lota tanah kepada generasi kedua Felda.
"Adakah Najib serius? Jika serius, apa hitam putih perlaksanaannya? Bila hendak dimulakan pemberian tanah tersebut dan bila hendak dimulakan projek-projek pembangunan? " tanya mereka.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika mengulas isu ini berkata, Najib hanya nak tunjuk gah semata-mata demi membina persepsi masyarakat Felda khususnya Felda-felda di DUN Tenang ini demi meraih undi melalui kempen murahan dengan menaburkan janji-janji palsu menjelang PRK ini.
(GAMBAR KANAN: Ini pula tapak projek MEE SEGERA yang dicanangkan oleh Najib sebagai tanah pembangunan untuk manfaat generasi ke-2 Felda. Waktu ni baru terhegeh-hegeh nak buat!, kata mereka.)
"Janji-janji palsu ini hanyalah silap mata Najib kepada para peneroka dan warga Felda demi menutup jenayah-jenayah penipuan Umno/BN yang telah dilakukan sekian lama demi mengaut keuntungan dari kerahan tenaga dan perit jerih warga peneroka," kata Mazlan.
Ekoran itu, beliau juga mencabar Najib, agar menunjukkan buktikan berapa keluarga peneroka di Felda Chemplak ini yang pendapatannya RM3000 sebulan sebgaimana yang dikatakan Najib dalam ucapannya baru-baru ini. -Hrkh