
Lebih 100 orang hari ini berhimpun di luar perkarangan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Kampung Raja, Klang selepas selesai sembahyang Jumaat bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada sultan Selangor, menteri besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat.


Memorandum rakyat Selangor ini bertujuan menyatakan ikrar taat setia dan kasih sayang rakyat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ia juga bagi menyatakan bahawa rakyat Selangor berusaha sedaya upaya mempertahankan institusi raja selaras dengan prinsip Raja Berpelembagaan.
Antara mereka yang dibenarkan terus ke istana adalah ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman dan ketua pemuda PKR, Samsul Iskandar Md Akin. Mereka disertai oleh ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menunggu di pagar istana. Tiada tangkapan dilaporkan dan kumpulan itu bersurai kira-kira sejam kemudian.