Kupang tembaga ini bermaksud sesuatu yang tidak mempunyai sebarang nilai. Isu SUK ini sudah seperti kes rampasan kuasa DUN Perak apabila para perampas terlupa 'kuasa' Speaker masih berada di tangan PR hingga terpaksa bertindak membuang Speaker yang sah dan diganti dengan Speaker haram.
Nampak gayanya, umno-apco-Be End terpaksa merampas jawatan Menteri Besar dan melantik menteri besar haram bagi membolehkan SUK Kupang Tembaga mengangkat sumpah jawatan.
Baca ulasan Tulang Besi berhubung kedudukan Khusrin SUK Kupang Tembaga, mengikut peruntukan Undang-undang Tubuh kerajaan Negeri Selangor yang mensyaratkan SUK mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia di hadapan Menteri Besar.
Tulang Besi:
Membaca kenyataan pakar Perlembagaan, Lawyer Tommy Thomas, Tulang Besi tertarik dengan satu kenyataan beliau:
Thomas said the MB’s role in the appointment process can be seen clearly in Article 52(4) of the Selangor Constitution, that states: “Before any such official (including the State Secretary) first attends a meeting of the State Executive Council, he shall take and subscribe in the presence of the Menteri Besar the following Oath of Secrecy.”
Dengan kata lain, mengikut Artikel 52(4) Undang Undang Tubuh Negeri Selangor, sebelum mana-mana pegawai kerajaan menghadziri mesyuarat Exco, beliau haruslah mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Menteri Besar.
Sekiranya Menteri Besar menolak untuk hadir di majlis tersebut, maka pegawai itu tidak langsung boleh menghadiri mesyuarat Exco. Dengan kata lain, Khusrin hanya akan menjadi SUK pada nama sahaja, tapi tidak boleh berfungsi sebagai SUK kerana beliau tiada kelayakan menghadiri mesyuarat Exco.
Ini bererti perlantikan Khusrin Munawi:
1.0 Menunjukkan betapa bodohnya Ketua Setiausaha Negara kerana tidak mengetahui peruntukan Undang-Undang Tubuh Selangor ini.
2.0 Menghabiskan duit rakyat kerana terpaksa membayar gaji Khusrin dan elaun beliau
3.0 Mensabotaj kerajaan negeri untuk memalukan kerajaan negeri dengan niat yang sangat jahat. Ya Allah, makbulkan doa laknat aku ke atas Khusrin Munawi dan KSN sewaktu aku mencium kaabah tempohari. AMIN!!!!!
Di sini juga saya ingin menunjukkan KEBODOHAN ZUL NORDIN. Lawyer cabuk bernama Zul Nordin kata:
Perlantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah kuasa mutlak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tidak saperti Kedah dan Johor yang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, bidangkuasa perlantikan SUK Selangor adalah khusus dibawah SPA. Malah dinegeri dimana ianya terletak dibawah SPN, Menteri Besar langsung tiada kuasa mengenai perlantikan SUK, ianya antara SPN dan Sultan yang memerintah negeriMaknya Zul Nordin tak baca Undang-Undang Tubuh Selangor Artikel 97(1) yang membuktikan wujudnya Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri.
Dah nama pun lawyer cabuk. Apa nak harapkan dengan Zul Nordin ni?
Tulang Besi