Ikuti Blog ini
Melayu Pun "Jeluok" Dengan UMNO....!!! ,Isnin, Januari 17, 2011 at 17.1.11,
KUALA TERENGGANU - Tidak hairanlah sekianya Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said meminta pemimpin Umno untuk mencontohi pemimpin PAS kerana sebenarnya sudah ramai pemimpin Umno sendri yang sudah muak dengan parti itu.
Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan, beliau telah dikunjungi oleh ramai dikalangan pemimpin parti Umno dan mengakui mereka sudah 'jeluak' dengan partinya sendiri.
Menurut Ustaz Abdul Hadi, mereka sudah bosan dengan parti tersebut kerana terlalu banyak berlaku rasuah, penyelwengan dan salah guna kuasa dikalangan pemimpinnya.
"saya nak beritahu disini, ada beberapa orang pemimpin utama Umno berjumpa dengan saya, tak boleh sebut nama lah, (kalau) sebut kena tindas dia pulak,
"banyak (ramai) pemimpin umno yang sudah rasa jeluak dengan apa yang berlaku, dengan rasuah dengan macam-macam perkara berlaku,"ujarnya ketika berucap melancarkan Jentera Pilihanraya DUN Bandar, disini semalam.
sepang-kederang