Ikuti Blog ini

Normala tinjau pasar tani

LABIS, 17 Jan: Calon PAS untuk PRK Dun Tenang, Normala Sudirman tidak menunggu lama untuk bergerak menemui rakyat terbanyak di dalam kawasan itu dengan langkah pertama menuju ke Pasar Tani Pekan Labis, pagi tadi.

Sebelum itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala telah menemui rakyat di kedai-kedai kopi, seterusnya ke Pasar Tani Pekan Labis, Pasar Awam Pekan Labis dan menemui masyarakat Cina di sekitar kedai-kedai di pekan berkenaan.

Rombongan Cikgu Mala ini bergerak bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mphd Salleh dan pimpinan Wanita Pakatan Rakyat antaranya Ketua Wanita DAP, Chong Eng.

Pengumuman beliau sebagai calon telah dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis meriah di Dataran Wayang Pacak, dekat sini malam tadi.

Lawatan begini sudah menjadi kebiasaan kepada Cikgu Mala kerana sebelum Adun BN meninggal pun, beliau sudah berbuat demikian sementelahan dipertanggungjawabkan sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tenang.

Kesanggupan beliau terbukti apabila sanggup meletakkan jawatan sebagai guru bergaji tetap untuk memikul tugas ini dan menyewa dua lot premis untuk tujuan memberikan kebajikan kepada rakyat sebelum daripada kematian berkaitan.

Ustaz Nuridah berkata, beliau terperanjat dengan persiapan Cikgu Mala berusaha keras bagi menghadapi PRU13 namun PRK yang datang terlebih dahulu dan berharap pengundi Tenang dapat menilai tawaran dan kesanggupan Cikgu Mala.

"Inilah perancangan dan ketetapan Allah SWT untuk rakyat di Labis ini dan mereka wajar mengambil kesempatan menghantar suara Cikgu Mala sebagai calon PAS mewakili PR ke Dun Johor," tegasnya.

Cikgu Normala adalah Exco Dewan Muslimat PAS Pusat sebagai Pengerusi Pendidikan dewan itu, Naib Ketua Muslimat PAS Johor dan Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis, telah berkahwin dan mempunyai tiga cahayatamata. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .