Ikuti Blog ini

Khalid masih belum mengaku kalah rupanya

Dah berapa lama isu perlantikan Khusrin sebagai SUK Selangor berlarutan sejak pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK berkuat kuasa 1 Januari lalu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Walaupun Khusrin dah pun angkat sumpah di depan Sultan Selangor tapi sampai hari ni dia belum angkat sumpah di depan Menteri Besar Selangor. Taktau la pulak kalau upacara angkat sumpah tu dibuat dalam bilik tertutup antara Khusrin dengan Khalid saja.

Apa pun, semalam BHarian melaporkan:
Datuk Mohamad Khusrin Munawi hari ini menerima tugas pertamanya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor apabila diminta membantu menangani masalah penduduk setinggan yang mendiami tanah negeri itu. Perkara itu dimaklumkan kepada Mohamad Khusrin oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila kedua-dua mereka mengadakan pertemuan di pejabat Menteri Besar di Bangunan SUK di sini, hari ini.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata pada pertemuan itu, Mohamad Khusrin juga diminta menyediakan laporan dari masa ke masa kepada kerajaan Selangor mengenai maklumat terkini hartanah yang dimiliki kerajaan negeri demi mengenalpasti nilai tanah terbiar dan bermasalah.

"Mohamad Khusrin juga diminta meneruskan usaha-usaha kerajaan Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh mengganggu pendapatan kerajaan negeri," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada Abdul Khalid membenarkan Mohamad Khusrin mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapannya bagi membolehkan
SUK itu menghadiri mesyuarat exco dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.- Bharian
Harakahdaily pulak melaporkan:
Menteri Besar telah memberitahu Mohamad Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.

Abdul Khalid juga menyarankan supaya Mohamad Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. - Hrkh
Nampak gayanya, walaupun dari satu sudut, Khalid terpaksa menyerah kalah dengan menerima Khusrin sebagai SUK Selangor tapi dalam masa yang sama, Khalid bertegas nak tunjukkan kepada Khusrin siapa sebenarnya yang berkuasa.

Dengan bagi tugas khas kepada Khusrin dan diwar-warkan pulak oleh media, bukan kerajaan Selangor saja yang pantau Khusrin tapi seluruh rakyat Selangor boleh pantau Khusri dan boleh menilai setakat mana integriti dan kemampuan Khusrin.

Tak kira la sapa yang kalah dalam isu perlantkan SUK ni, tapi yang lebih penting Kerajaan Selangor kena pastikan diakhirnya yang untung adalah rakyat negeri Selangor.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .