Ikuti Blog ini

Nurul Izzah: Jejantas apa RM70,422 semeter?


Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mempersoalkan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta. "Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada wang awam digunakan... dan mesti diambil tindakan," katanya yang juga naib presiden PKR. NONE

Semalam, ketika perasmian jejantas itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Holdings Sdn Bhd Hashim Wahir dilaporkan berkata, RM10 juta digunakan bagi menyiapkan pembinaan fasa pertama jejantas yang menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana itu. Jejantas itu, yang dibuka kepada orang ramai pada hari yang sama tertutup dengan lapisan cermin dan dilengkapi sistem penghawa dingin dan eskalator bagi kemudahan orang kurang upaya (OKU).

Kemudahan itu dilaporkan sebahagian daripada projek menghubungkan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dengan stesen pengangkutan awam bernilai 12 kilometer yang dijangka siap akhir tahun ini. Projek yang masuk fasa kedua itu, dilaporkan dibiayai Petronas dengan sumbangan RM100 untuk laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat-syarikat swasta. NONE

Dalam kenyataan hari ini, Nurul Izzah berkata, walaupun gembira dengan kemudahan baru beliau berkata, masih banyak persoalan yang perlu dijawab, terutamanya oleh Menteri wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik (kanan) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail. "Berapa sebenarnya angka pembinaan jejantas itu?

Ekoran jejantas itu berhawa dingin, berapa kos pengurusan dan operasi dan apakah kosnya akan sentiasa meninggkan ekoran kenaikan harga elektrik? "Adakah syarikat berkaitan kerajaan(Petronas, KLCC Holdings Sdn Bhd, DBKL, and Prasarana) terlibat, adakah projek itu dibuat secara tender terbuka yang mana pilihan yang lebih murah dapat dikenalpasti?" soal Nurul Izzah bertubi-tubi.

Beliau bagaimanapun menegaskan mengalu-alukan pembinaan kemudahan asas untuk pejalan kaki di negara ini ekoran kenaikan harga barang dan petrol, selari dengan gesaan "ubah gaya hidup". "Akhir sekali, perkara ini juga menguatkan alasan supaya jawatan datuk bandar boleh dipilih supaya beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada (hal ehwal) Kuala Lumpur," tambahnya. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .