Ikuti Blog ini

Protes Mesir Berjangkit Ke Kuwait - Pemuda Kuwait Gesa Protes Di Luar Parlimen

Sebuah pertubuhan belia di Kuwait menggesa satu tunjuk perasaan diadakan di luar bangunan parlimen negara itu bagi membantah ‘amalan tidak demokratik’ kerajaan dan meningkatkan tekanan agar ia disingkirkan.

Kumpulan itu dikenali sebagai Fifth Fence itu berkata, ia menggunakan Twitter bagi mengirimkan pesanan menggesa orang ramai mengadakan perhimpnan besar-besaran bagi bantahan itu.

Menteri Dalam Negeri, Sheikh Jaber Khaled al-Sabah dijadual hadir di parlimen Selasa ini bagi menjawab soalan membabitkan kematian seorang warga negara itu akibat didera di sebuah balai polis.

Bagaimanapun penyiasatan lambat dilakukan selepas kerajaan dan penyokongnya di parlimen mengambil keputusan menangguhkan sidang selama enam minggu.

Keputusan itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan pembangkang yang mendakwa tindakan itu melanggar perlembagaan.

“Kami di Fifth Fence menggesa rakyat Kuwait untuk berhimpun di parlimen Selasa ini bermula jam 11 pagi waktu tempatan bagi menuntut hak yang sah bagi mengadakan perhimpunan dan menolak kesinambungan kerajaan sekarang serta tindakan tidak demokratik yang diamalkannya,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Fifth Fence menegaskan, tunjuk perasaan yang dicadangkan tidak mempunyai kaitan dengan perkembangan semasa di luar Kuwait, merujuk kepada tunjuk perasaan besar-besaran yang berlaku di Mesir.

Kumpulan berkenaan turut mempelawa, ahli parlimen pembangkang untuk menyertai perhimpunan itu. – AFP
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .