PM: Hindraf sengaja cari publisiti burukkan Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap tindakan kumpulan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang mengadakan demonstrasi di ibu kota hari ini, adalah semata-mata untuk memburukkan Malaysia melalui media antarabangsa.
Beliau berkata, kumpulan itu amat berharap polis menggunakan kekerasan terhadap mereka supaya kerajaan Malaysia dilihat sebagai sebuah kerajaan yang zalim dan rejim autokratif.
"Kita tak nak guna kekerasan, mereka mengharapkan kita guna kekerasan supaya mereka nak terokai melalui televisyen antarabangsa yang menunjukkan kononnya kita sebuah rejim autokratif dan sebagainya, itulah niatnya yang sebenar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25 di Temerloh, hari.
Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai beberapa individu dipercayai anggota Hindraf yang ditahan polis semasa cuba melakukan demonstrasi bagi membantah novel Interlok di sekitar perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pagi ini.
Najib berkata, tindakan kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi di KLCC jelas menunjukkan mereka hanyalah menimbulkan satu gambaran yang buruk kepada negara ini melalui media antarabangsa.
"Kalau soal masalah kaum India kita sedang ambil tindakan, banyak masalah kaum India telah kita atasi,"katanya.
Najib berkata kumpulan itu sebenarnya boleh menyerahkan apa jua memorandum kepada beliau atau pemimpin-pemimpin lain di Putrajaya.
"Mengapa perlu buat demonstrasi dan kenapa buat demonstrasi di KLCC pula," kata beliau. - Bernama
Jawapan Najib nampaknya sama dengan jawapan Ghaddafi di Mesir yang telah dihentamnya sebelum ini.
Ghaddafi menganggap para pemprotes bertujuan mencari publisiti untuk memburukkan dirinya dan Libya, hari ini hal yang sama dilakukan Najib yang menganggap protes Hidraf untuk memburukkan negara supaya kerajaan yang memerintah dilihat sebagai kerajaan yang zalim dan rejim autokratik.
Kedua, Najib berkata Hindraf boleh menyerahkan memorandum kepadanya, tak perlu berdemo, tetapi sebelum ini bukan kata memo, sekuntum bunga yang hendak diserahkan oleh seorang anak India kepadanya telah dihalang oleh polis.
Apa, tak betul ke Polis Malaysia itu zalim?-GB