“Jadi sebagai isteri yang soleh, yang insya-Allah selalulah mengikut kata-kata suami, saya pun selalulah bersiap dan terus naik helikopter lagi datang ke sini,” kata Rosmah dalam ucapannya kepada kira-kira 200 penduduk Felda Jengka 25 pagi semalam." - Malaysiakini
Membazir duit rakyat yang adalah satu perbuatan yang cukup hina. Bermewah - mewahan adalah perbuatan yang tersangat biadap jika ianya menggunakan wang rakyat.
Jika di Mesir dan Tunisia, rakyatnya pasti sudah berang dengan perangai dan sikap pemimpin mereka ini. Tambah - tambah kalau dari isteri mereka.
Hari ini Rosmah telah membuktikan dirinya tidak dapat dicabar. Rosmah dengan angkuh menggunakan wang rakyat. Menggunakan wang rakyat dengan menaiki helikopter di mana setiap kali menggunakan helikopter, sudah pasti kosnya mencecah ratusan ribu ringgit. Duit siapa? Duit Rosmah?
Duit kita semuanya itu. Malang bagi kita kerana Perdana Menteri kita membenarkan perbuatan membazir ini. Perdana Menteri kita yang berasal dari parti UMNO. Parti yagn sedang bertanding di Merlimau dan Kerdau. Malang kita wahai rakyat kerana kita terpaksa membayar semua perbelanjaan mewah Rosmah. Malang bukan?
Tapi tak mengapa, kerana kita yang memilih Umno dan Barisan Nasional. Terima saja nasib malang kita ini. Teruskan mengundi BN dan Umno. Benarkan mereka menggunakan wang kita dengan boros. Benarkan Rosmah berbelanja dengan mewah.
Selamat mengundi dan berbahagialah dengan membenarkan Rosmah belanjakan wang kita!!