Ikuti Blog ini

Inilah akibatnya bila kaki tidur diangkat jadi Perdana Menteri


Presiden Umno kuat tidur
PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy, semalam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Dia didakwa mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Difahamkan, Tan Sri Chan, yang berada di luar negara, pulang beberapa hari lalu selepas diminta oleh pihak berkuasa.

Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Tan Sri Chan diikat jamin RM1 juta ($417,134) dengan seorang penjamin.


Beliau menetapkan 31 Mac bagi sebutan semula kes.

Tan Sri Chan adalah bekas Menteri Pengangkutan yang kedua, yang didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.

Pada 29 Julai, 2010, Dr Ling tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen yang sama terhadap tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal PKFZ melibatkan pembelian tanah di Pulau Indah membabitkan RM1.08 bilion lapan tahun lalu.

Dr Ling, 67 tahun, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya antara 25 September 2002 dengan 6 November 2002.

Dalam laporan yang diumumkan pada November 2009, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai PKFZ mengesyorkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat Tan Sri Chan dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C Phang, membabitkan isu pecah amanah.

Menurut laporan PAC itu, kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Chan dan tiga surat aku janji yang dikeluarkan oleh Datin Paduka Phang tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.PAC menjalankan siasatan terhadap pelaksanaan projek PKFZ selepas projek itu dilaporkan meningkat daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion.

Berikutan itu, pada 10 Disember 2009, Datin Paduka Phang didakwa, sebagai pengurus besar yang diamanahkan atas dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 antara 1 Oktober 2004 dengan 5 September 2005. -- Bernama.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .