Ikuti Blog ini

SAF Ajak Rakyat Tolak Politik Fitnah

KUALA LUMPUR 18 APRIL : Saf Anti Fitnah (SAF) mengajak rakyat Malaysia khasnya umat Islam supaya menolak budaya fitnah yang kini bagaikan sebati dengan kehidupan terutamanya dalam politik tanahair.

Pengerusi Majlis dan Jawatankuasa Pimpinan SAF, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata budaya fitnah umpamanya fitnah lucah dan zina, kini agresif digunakan semata- mata mahu menjatuhkan politik lawan.

Azmi menegaskan budaya fitnah adalah jenayah berat di sisi agama dan ia membawa implikasi buruk ke atas maruah dan kesatuan ummah.

Sehubungan itu, Azmi berkata, semua pihak harus berubah dan melakukan anjakan ke arah kebaikan masyarakat.

“Anda membisu terhadap fitnah anda turut menyumbang kepada penyebaran fitnah dan mereka yang menjadi pencipta fitnah, pembawa fitnah, penulis fitnah, pelakon konspirasi fitnah, ahli profesional yang membantu menghasilkan bahan- bahan fitnah, penguasa yang melindungi pemfitnah, pencetak bahan fitnah, penyebar fitnah, jurucakap fitnah," kata Azmi.

Beliau berkata demikian ketika perhimpunan munajat dan forum bicara ulama “Budaya Fitnah dan Implikasinya Kepada Maruah Ummah” di Masjid Bukit Indah, Ampang.

Azmi turut menolak modus operandi media massa terutama media arus perdana yang taksub mengembar- gemburkan fitnah politik sekaligus membelakangkan etika kewartawanan.

Beliau manambah, media perlu mengelak daripada terlibat dengan budaya fitnah bagi menjatuh dan mengaibkan seseorang sama ada melalui pemberitaan mahupun wawancara.

“Media yang menggembar- gemburkan fitnah pemimpin yang menyokong fitnah parti politik yang mendokong fitnah dan penguasa yang membenarkan fitnah ini adalah unsur yang harus kita perangi,” ujarnya.

Azmi menjelaskan pimpinan ulamak tidak membisu sepertimana yang didakwa, jika timbul isu- isu fitnah politik terhadap seseorang individu.

Akan tetapi langkah golongan ulamak agak terbatas apabila media massa menguasai ruang siaraya.

“Soalnya ialah kerana media yang dikuasai oleh para pemfitnah tidak membenarkan suara-suara ulama ini keluar maka tertuduhlah seolah- olah ulama ini membisu,” katanya.

Tv Selangor/-
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .