Ikuti Blog ini

TERKINI!! KORBAN TANAH RUNTUH SUDAH MENINGKAT 13 ORANG!!

TERKINI!!


Tanah Runtuh : 13 Mangsa Terkorban, 4 Belum Ditemui

Sehingga jam 12.15 malam ini, angka kematian di kawasan tanah runtuh di Hulu Langat meningkat, menjadikan mangsa korban setakat ini 13 orang.

Mangsa terdiri daripada 11 kanak-kanak manakala dua dewasa.

Manakala usaha menyelamat masih diteruskan untuk mencari empat lagi mangsa yang tertimbus dalam runtuhan.

Sementara mangsa yang terselamat pula dihantar mendapatkan rawatan di tiga buah hospital iaitu Hospital Kajang, Ampang dan Hospital Kuala Lumpur.

Kesemua mangsa terdiri daripada anak yatim, warden, dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit ini menempatkan 49 orang penghuni termasuk lima penjaga.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang semalam, kesemua anak yatim berada di sebuah khemah untuk menghadiri satu majlis apabila runtuhan tanah dari bukit berhampiran menimbus keseluruhan khemah yang terletak di luar rumah anak yatim.

Runtuhan tersebut juga turut merosakkan surau berdekatan.

Punca kejadian masih disiasat dan pihak kerajaan negeri Selangor juga difahamkan akan mengeluarkan laporan dalam masa terdekat berhubung punca runtuhan.

'Tiba-tiba tanah kejar saya': Saksi tragedi tanah runtuh

"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.

Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah hari dan beramah mesra dengan anak yatim. "Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.

Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.

Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.

Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Setakat ini, dua penghuni maut dan enam pula cedera parah.

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya.

Video ihsan BH TV




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .