Semakin dekat tarikh 9 Julai, makin mengada-ngada puak sinun. Lepas Perkasa, Pekida pulak bunyi koat, kini..ada pulak geng macai baju merah tengah tempik-tempik tepi jamban. Wow ! Makin kacau bro..! Depa ni reti bahsa ker tak ?
PATRIOT JITU MAHU BERTEMBUNG 9 JULAI INI !!
Majlis pelancaran Perhimpunan Patriot disempurnakan oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Dato Reezal Merican Naina Merican di Dewan UMNO Taman Mewah Bandar Tun Razak petang Ahad. Turut serta pemimpin pergerakan pemuda serta NGO selain 400 penyokong. Ketua Pemuda Khairy Jamaludin tidak hadir kerana berlepas ke menyertai misi bantuan ke Gaza pada sebelah pagi. Beliau dijangka pulang pada 3 Julai ini.
INI baru namanya kumpulan baju merah lawan baju kuning, itulah kisahnya bila Pemuda UMNO melancarkan perhimpunan PATRIOT 2011 pada 9 Julai bagi menolak perhimpunan Bersih pada hari yang sama.
Menurut Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, ahli dan penyokong pergerakan tersebut akan tampil dengan memakai baju merah dengan matlamat mahu memberitahu rakyat bahawa mereka tampil menyokong sistem demokrasi dan perubahan yang dicadangkan oleh SPR.
Katanya, perhimpunan itu juga menunjukkan rasa sayangkan negara dan sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan kedaulatan, maruah, nama baik, keamanan dan kemakmuran negara.
"Selain itu, kita mengambil berat dan inginkan masa depan negara dan rakyat yang lebih baik, saling hormat menghormati dan mengutamakan permuafakatan dalam melaksanakan pembaharuan," jelas beliau.
Katanya lagi, Patriot akan membantu negara dari segi memberi input yang baik bagi untuk memastikan kebajikan rakyat diutamakan dan usaha memaju dan memakmurkan negara dapat dilaksanakan oleh kerajaan, parti politik, NGO dan setiap rakyat Malaysia.
"Dan paling penting adalah himpunan PATRIOT 2011 secara rasmi akan terbatal jika perhimpunan BERSIH 2.0 dibatalkan," kata Khairy. Sementara itu, seramai 20,000 ahli Pemuda UMNO Selangor dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai perhimpunan Patriot pada 9 Julai ini.
Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, perhimpunan melibatkan ahli Pemuda UMNO di 22 bahagian seluruh negeri ini dan 30 NGO itu akan membawa suara ‘The Silent Majority’ yang menentang perhimpunan Bersih pada tarikh sama.
“Tindakan kami bukan menentang polis tetapi berniat membantu kerana kita takut pada hari tersebut ‘puak’ itu tidak terkawal mereka jenis tidak reti bahasa dan merasakan undang-undang di tangan mereka sahaja.
“Kita tahu mereka didalangi Pakatan Rakyat yang ingin menunjukkan dan menggambarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan BN, menyekat kebebasan bersuara dan sebagainya,” katanya.
Ungku Salleh berkata, PPNUS juga kesal kerana Bersih akan mempergunakan anak kecil, ibu mengandung dan sebagainya untuk menghindarkan pihak berkuasa dari mengambil tindakan terhadap mereka.
Beliau berkata, Pemuda UMNO Selangor sudah lama bersabar melihat, taktik kotor dan persepsi buruk Bersih terhadap Kerajaan Pusat, jadi sekiranya pertembungan pada hari tersebut beliau tidak dapat menghalangnya.
“Kami ingin beri amaran kepada Bersih, Pemuda UMNO tidak boleh halang kalau ahli hendak sama-sama berarak. Ini bukan amaran retorik tetapi saya yakin dan percaya, sekiranya mereka memulakan perarakan kita akan bertembung.