Ikuti Blog ini

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Buat Rombakan Badan Perhubungan PAS Pahang, Ramai Muka Baru Di Kalangan Pelapis Muda Di Pilih Kali Ini

KUALA LUMPUR, 27 Jun: PAS Pahang yang selesai mengadakan mesyuarat pertamanya baru-baru ini dengan memfokuskan agenda kepada penstrukturan jawatankuasa baru badan perhubungan negeri. Pesuruhjayanya, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, perubahan beberapa jawatankuasa memperlihatkan penyertaan golongan muda sebagai barisan pelapis mula ditonjol dalam menyediakan satu pasukan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

PAS Pahang, katanya membuat rombakan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dengan memasukkan Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi sebagai Timbalan Pesuruhjaya. Tindakan ini dilihat sebagai satu usaha memantapkan barisan pemuda negeri sebagai tenaga penting dalam persiapan pilihanraya. Di samping itu, Penerangan PAS Pahang juga menyaksikan perubahan, apabila Ustaz Sauhaimi Saad iaitu bekas Ketua Pemuda Negeri dilantik sebagai Ketua Penerangan manakala Ketua Pemuda Negeri disandang oleh Ustaz Shahril Azman al Hafiz.

“Mesyuarat hari ini juga telah membuat komitmen untuk menggerakkan ahli dan penyokong PAS Pahang seramai 30,000 orang untuk menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9hb Julai nanti,” katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat. PAS Pahang, katanya akan membantu pasukan keselamatan bagi memastikan himpunan itu akan berjalan dengan aman, dan mengecam sebarang tindakan bersifat provokasi yang cuba dicetuskan mana-mana pihak.

Tambahnya, mesyuarat juga menggesa agar ditingkatkan usaha bantahan terhadap projek Lynas yang mempunyai risiko kepada kehidupan penduduk dan alam sekitar. Katanya, mesyuarat dimaklumkan beberapa himpunan bantahan yang berterusan diadakandi sekitar Kuantan bersama dengan pelbagai NGO dan menggesa ahli PAS untuk turut serta dalam bantahan tersebut.

[Berikut senarai penuh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang. Pesuruhjaya dikekalkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Pesuruhjaya 1: Ustaz Yusuf Embong, Timbalan Pesuruhjaya 2: Dr Hamzah Jaafar, Timbalan Pesuruhjaya 3: Nasruddin Hassan Tantawi, Bendahari: Ir Musanif Abd Rahman, Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Shahrir Azman Al-Hafiz, Ketua Dewan Ulamak: Ustaz Mokhtar Senik, Ketua Dewan Muslimat: Salamiah Mohd Nor, Pengarah Jabatan Pilihanraya: Abdul Majid Hassan.

Manakala bagi jawatan Ahli Jawatankuasa pula terdiri daripada Hasanuddin Salim, Syed Hamid Syed Mohamad, Andansura Rabu, Yohanis Ahmad, Alawiyyah Abdullah, Siti Ruhani Abu Bakar, Ramli Awang Abd Rahman
. Syabas kepada semua yang terpilih. Teruskan perjuangan !!]. -Pahangdaily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .