Ikuti Blog ini

Di Malaysia, pakai T-Shirt kuning salah, tayang video seks OK!

Beberapa jam yang lepas saya mendapat panggilan telefon memberitahu saya yang Khairul Anwar Ahmad Zainudin, dari AMK PKR telah ditahan oleh Polis kerana memakai baju-Bersih dan nampaknya rally yang dirancang Bersih ini memang memberi kesan kepada rakyat kali ini.

Jikalah benar rakyat tidak bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama tidak mungkin Polis mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai baju-T Bersih.

Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan dan ini membuatkan orang ramai merasakan tidak lagi merasakan hidup secara bebas yang lazim diamalkan oleh rakyat negara yang bebas dan demokratik. Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai sedemikian rupa ini menunjukan secara terang yang pihak yang sedang memegang kuasa itu sudah tidak berkeyakinan lagi akan diberi mandat oleh yang yang memilih.

Takkan lah dengan memakai baju T Bersih sudah menjadi kesalahan. Kenapa hendak menekan sampai ketahap ini. Rakyat akan merasakan kebencian terhadap kita dengan lebih teruk lagi dan kita juga yang akan menerima kesannya. Kita boleh melakukan apa-apa tindakan yang munasabah untuk mempertahankan apa yang kita dapat dari rakyat, tetapi jika kita terpaksa menekan sebegini rupa semata-mata untuk mengekang desakan rakyat ini sudah melampaui batas yang bermoral.

Kita hendakan kesinambungan sokongan rakyat, tetapi jika rakyat benar-benar tidak lagi mahu memberikan mandate kepada kita, ia tidak bermakna kita ada kuasa secara moral dan undang-undang menekan manusia sehingga kepada pakaian yang kita pakai. Kita telah mendesak rakyat supaya tidak menyokong rally yang bakal di adakan pada 9hb Julai nanti. Kita tidak mengeluarkan permit untuk penganjuran itu. DAN sekarang mereka dicegah memakai baju T Bersih itu merupakan satu tindakan yang ‘autocratic’ yang tidak ada batasnya.

Jika kita hendak menjadikan pakaian yang bersimbulkan gerakan rakyat dan parti-parti politik maka kita juga mesti melakukan larangan terhadap mereka yang memakai baju UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA dan mana-mana parti politik dan pertubuhan NGO yang lain.

Presiden Marcos merupakan seorang dictator tetapi dalam pemerintahannya masih ada dua tiga saluran TV yang terang-terang menentang kerajaan. Saluran itu terus beroperasi dan Marcos dictator itu tidak pula menangkap dan menahan mereka yang mengendalikan saluran TV itu.

Jadi kita boleh bertanya kepada diri kita sekarang ini. Jika diktator Marcos boleh membiarkan saluran TV beroperasi dengan agak bebas, apa pula hendak kita katakan terhadap pemimpin kita yang begitu takut dan marah untuk mendengar rungutan rakyat? Bukankah ianya lebih teruk dari pemerintahan dictator?

Jika kita bermaruah jangan lah kita tunjukan sifat ‘perongos’ kita sehinggakan menelik dan meneliti pakaian dan ‘attire’ yang dipakai rakyat. Bersih bukannya parti politik dan NGO ini hanya mahukan perjalanan pilihanraya dijalankan dengan seadil adilnya. Seruan ini sepatutnya disokong oleh UMNO sendiri kerana sebagai parti yang mengaku sebagai parti yang bermaruah melakukan sesuatu dengan ‘transparent’ sepatutnya menjadi pakaian hidup kita.

Cukup-cukuplah menyalahkan pihak lain kerana kita sudah jatuh sokongan ramai. Tentu ada sebabnya yang kita ini di tolak dan dipersoalkan oleh orang ramai. Oleh kerana kita mempunyai jiwa yang fakir, kita sentiasa mendengar dan melihat segala tindakan rakyat dengan ‘suspicion’ yang begitu melampau.

Kepada NGO bersih saya ada pandangan untuk saudara/i fikirkan. Jika memakai baju-T Bersih itu merupakan kesalahan saya cadangkan supaya Bersih menjual seluar dalam yang ada logo Bersih pula.

Kita mungkin akan terjumpa pihak Polis menelanjangkan rakyat ditepi jalan jika mereka (polis) mensyaki mereka yang memakai seluar dalam Bersih. Saya cadangkan Datuk Ambiga memakai ‘panty’ Bersih. Kita tengok bagaimana Ambiga akan di telanjangkan oleh pihak dan merampas seluar dalam yang beliau pakai itu. Saya juga mencadangkan Kementerian Dalam Negeri membeli mesin pengimbas untuk memeriksa siapa yang memakai singlet atau seluar dalam yang berlogokan Bersih.

Dengan tindakan yang dilakukan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih di Shah Alam semalam kita sudah menunjukan satu ‘attribute’ yang nyata sebagai pihak yang mempunyai jiwa yang terlalu fakir.

Tidak hairanlah kita melihat apa yang tidak sepatutnya berlaku pada hari ini berlaku dengan jelas. Pemimpin yang elok itu mesti ada setidak-tidaknya sedikit sifat ‘gentleman’ dan akan menerima dengan hati yang terbuka apa-apa yang di pilih oleh rakyat.

Jangan kita sampai begitu takut sehinggakan melakukan perkara-perkara yang tidak wujud di dalam masyarakat yang bertamaddun. Firaun telah membunuh semua kanak-kanak lelaki yang dilahirkan kerana ahli nujum telah memberitahu Firaun yang ketika itu akan lahir seorang kanak-kanak (Musa) yang akan menentang kekuasaannya.

Akhirnya Musa lahir juga dan mengalahkan firaun di lautan Merah.

- Aspan Alias
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .