Ikuti Blog ini

Keberanian kamu mengerunkan UMNO ! MESTI BACA !!



Alhamdulillah, terburai jua spekulasi aksi yang ditohmah akhbar celaka kelmarin. Baru sebentar tadi wak dihubungi oleh sahabat dari Pahang, bahawa aksi berani yang menunjukkan peserta melontar objek itu sebenarnya bukan batu atau pisau, tetapi tin bom asap yg ditembak polis kearah peserta BERSIH., dan dia memulangkannya semula. Sahabat itu memaklumkan bahwa peserta itu adalah rakan baiknya di dalam Unit Amal. Bukan SB atau provocator sebagaimana yang digembar-gembur oleh ramai facebooker dan blog. Alhamdulillah. Hebatnya dia, bilamana tin bom asap yg panas berasap itu dilontarkan semula olehnya kepada polis yang menembak mereka ke tepi rumput. Ini baru buku bertemu ruas !

Tahniah kepada Pemuda Unit Amal yang sungguh berani ini ! Anda adalah HERO kami ! Takbir !!

TEMERLOH, 11 Julai: Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej “pemuda bertopeng” semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan keganasan.

(Gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar yang tidak membayangkan hal sebenarnya)

Sebaliknya beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar berkenaan.
Serentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar yang sebenar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Saya turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli.

“Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,” ujarnya.

Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi.

Katanya, anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis. Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.

“Kenapa keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan gambar sebenar,” katanya. Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.

Dalam pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa. - Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .