Ikuti Blog ini

PAS Buat Laporan Polis Terhadap Ketua Polis Selangor, Timbalan



SHAH ALAM : Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mazlan Aliman hari ini membuat satu laporan polis keatas Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berikutan tindakan pihak berkuasa itu menuduh aktivis Bersih memiliki beberapa bahan dan senjata yang dirampasnya baru-baru ini.

Laporan tersebut juga bertujuan bagi menggesa pihak polis mendedahkan maklumat lebih terperinchi mengenai rampasan senjata oleh polis yang dikaitkan kepada Bersih dua hari lalu.

"Meskipun sekalung tahniah diucapkan kepada pihak polis atas kejayaan memberkas suspek dan menemui senjata berbahaya, sebaliknya timbul banyak keraguan orang ramai tentang sejauh mana ketelusan pihak polis atas isu tersebut," katanya.

"Laporan ini ditujukan kepada dua penama tersebut kerana merekalah yang bertanggungjawab atas pendedahan yang dibuat dan mereka haurs bertanggungjawab atas pendedahan ini," beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus selesai membuat laporan polis di IPD Shah Alam hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus selesai membuat laporan polis di IPD Shah Alam hari ini.

Baru-baru ini negara digemparkan dengan kenyataan Polis Kuala Lumpur dan Selangor yang mendakwa merampas sejumlah 44 bom Molotov cocktails, 39 parang, 43 mercun dan 48 baju Bersih di Gombak, Selangor and tiga lokasi sekitar Kuala Lumpur.

Di Shah Alam, Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mendakwa polis menjumpai lima buah beg pakaian yang mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu.

Senjata itu ditemui disorok di celah-celah batu di belakang sebuah tokong di Batu 14, Jalan Lama Gombak Bentong, semalam.

Mengulas lanjut perkara terbabit, Mazlan menuntut pihak polis memainkan peranan sebenar mereka dalam melindungi rakyat secara holistik dan bukannya terus menjadi boneka kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) demi kepentingan politik mereka.

Justeru, Mazlan menyifatkan agenda polis melumpuhkan gerakan rakyat seperti konspirasi terancang pada peristiwa 13 Mei 1969, peristiwa Memali dan Operasi Lalang hanyalah taktik lapuk yang hanya mengundang kebencian rakyat.

"Sekatan jalanraya yang dibuat oleh pihak polis, tangkapan kepada orang awam, gangguan terhadap ceramah dan serbuan terhadap premis-premis tertentu yang kemudiannya disusuli dengan penemuan senjata berbahaya seperti dirancang untuk membuktikan ada pihak-pihak yang ingin melakukan huru-hara dalam negara ini,"ujarnya.

"Ini juga membawa maksud bahawa kononnya penggunaan ISA, Ordinan Darurat termasuk pengisytiharaan Darurat boleh digunakan sebagai langkah pecegahan. Jika ini lah perancangannya, amat malang sekali dalam sistem demokrasi berpelembagaan," katanya lagi.

TVS



Seorang pembekal molotov cocktail hari ini mengaku bahawa beliau telah melanggar akta pembuat molotov cocktail 1966 pindaan 2011 kerana menggunakan botol plastik dalam pembuatan bom botol itu baru-baru ini.

Beliau berkata tujuan beliau berbuat begitu ialah kerana ingin mengambil komisyen yang lebih kerana harga botol plastik lebih murah daripada botol kaca."Orang jual beli kapal selam pun boleh ambik komisyen lebih,takkan gua tak boleh",katanya selamba badak.Beliau sedar akan kebodohan yang dilakukannya itu namun akibat kenaikan harga botol kaca,tiada apa yang dapat dielakkannya daripada menggunakan botol plastik.

Sementara itu Persatuan Pembuat Molotov Cocktail Sedunia yang dihubungi berkata mereka akan mengambil tindakan terhadap pembekal yang bangang itu kerana telah memalukan industri tersebut.Seluruh dunia kini sedang bergelak ketawa dengan insiden bangang tahap jingga itu.

Berdasarkan rekod persatuan itu,tidak ada mana-mana negara termasuk dunia ketiga yang mengamalkan pembuatan molotov cocktail menggunakan botol plastik kerana ianya akan membakar botol itu sendiri ketika dinyalakan dan botol itu juga tidak akan pecah berderai seperti botol kaca bila ianya dibaling."Kena kepala pun tak benjol",kata wakil persatuan itu..Kah!kah!kah! -UTUSEKS MELOYA
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .