Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 24 November 2011  bakal diraikan Sambutan Ulang Tahun Ke-60 parti berkenaan selama dua  hari bermula pada 30 September ini.
Perayaan gilang gemilang itu akan diadakan di Dewan Melenium, Kepala  Batas, Pulau Pinang memandangkan negeri berkenaan pernah menyaksikan  proses awal penubuhan PAS.
Pagi Sabtu
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadualkan menyampaikan ucapan tama di majlis keraian tersebut pada hari Sabtu.
Sambutan enam dekad ini khabarnya bertambah menarik kerana bakal  mendedahkan pengkisahan sejarah jatuh bangun PAS di persada politik  tanah air.
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar kemudiannya bakal membentangkan kertas kerja Pemikiran Dr Burhanuddin Helmi & Zulkifli Mohamad Dalam Pembentukan Gagasan Perjuangan PAS.
Haji Subki Latif yang sangat mendalam pengetahuannya mendalam mengenai PAS turut menyumbang kertas kerja berjudul Peranan & Sumbangan PAS Dalam Peta Politik Negara Sesudah 1969 Hingga Masakini.
Prof Amerities Dato Bakar Hamid akan membentangkan kertas kerja ketiga, iaitu Masa Depan PAS dalam Perjuangan Islam & Kesejerahteraan Bangsa.
Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul  Aziz Nik Mat pula akan menyempurnakan ucapan perasmian penutup.
Malam Sabtu
Satu rapat umum perdana diadakan. Timbalan Presiden  PAS Haji Mohamad Sabu diberi tanggungjawab sebagai moderator forum.  Panel yang hadir antaranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim,  Karpal Singh (Pengerusi DAP) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP  merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang).
TG Nik Aziz dan TG Abdul Hadi turut dijadualkan turut serta dalam rapat  umum perdana tersebut sebagaimana dimaklumkan dalam portal rasmi  penganjur, http://www.sambutan.com.my/.



 


 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
