Ini kerana katanya, Shahrizat hanya dicutikan selepas lebih tiga bulan skandal itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.
“Mengapa kini baru Shahrizat merancang cuti sedangkan telah digesa banyak pihak agar beliau mengundurkan diri sewaktu isu ini didedahkan awal dahulu.
“Kelulusan permohonan cuti ini jelas satu lagi pelan strategi Datuk Najib untuk menyelamatkan Shahrizat, NFC dan kroninya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, keputusan untuk bercuti itu sudah terlambat, sebaliknya Shahrizat perlu segera berundur kerana skandal itu telah diketahui umum.
“Shahrizat harus sedar, tindakannya ini sudah terlambat kerana rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan.
“Atas dasar hormat politik, saya sarankan Shahrizat segera mengundurkan diri secara terhormat,” tegas Ahli Parlimen Ampang ini.
NFC- yang dimiliki suami dan anak-anak Shahrizat menerima pinjaman mudah sebanyak RM250 juta dari kerajaan pada 2007, namun sebahagiannya didakwa telah diselewengkan.
Ia termasuk pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, pembelian tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan.
Terbaru, KEADILAN mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009.
Selain Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluluskan pinjaman itu, turut terlibat dalam skandal ini, ialah Perdana menteri sendiri selaku Pengerusi Projek Impak Tinggi yang meluluskan projek berkenaan. -KD
PKR: Segalanya sudah terlambat, Shahrizat
Tindakan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang diselubungi isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) bercuti daripada menjalankan tugas sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dianggap sudah terlambat.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, mengapa kini baru Shahrizat bercuti sedangkan telah digesa banyak pihak supaya berundur sewaktu isu itu didedahkan sejak awal.
"Beliau harus sedar bahawa segala tindakannya kini sudah terlambat dan rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan," katanya sambil menyifatkan "nasi sudah menjadi bubur".
Zuraida berkata, Shahrizat harus sedar bahawa rakyat kini sudah mula bersuara menuntut penjelasan dan atas dasar "hormat politik" senator itu digesa berundur secara terhormat.
Shahrizat memohon cuti rehat tiga minggu mulai 9 Januari sebagai menteri dan berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menjalankan siasatan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam apa-apa keputusan kerajaan mengenai NFC.
Dalam kenyataannya hari ini, Zuraida juga mengandaikan percutian Shahrizat itu sebagai pelan strategi Datuk Seri Najib Razak "bagi menyelamatkan Shahrizat-NFC dan kroni".
"Walaupun setelah lebih seminggu Shahrizat Jalil bercuti, namun PM Najib dilihat seolah terus gentar untuk membuat keputusan terhadap beliau, NFC dan semua pihak yang terlibat dalam skandal projek industri daging negara ini.
"Malahan, mengapa kini baru Shahrizat merancang cuti sedangkan telah digesa banyak pihak untuk agar beliau mengundurkan diri sewaktu isu ini didedahkan awal dahulu," kata Zuraida, antara pemimpin PKR paling ke depan mengasak dengan isu itu. -mk