
Sambil menceritakan pengalaman yang "mengerikan" itu kepada siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini, Ambiga berkata keselamatan peribadi dipertaruhkan.

"Saya percaya, jika ada musuh-musuh jahat yang mahu menyerang negara ini baik dari luar mahupun dari dalam, 'anak-anak lincah' akan bangkit melawan mereka," Najib dipetik berkata dua hari sebelum perhimpunan itu.
Pada 2 Julai tahun lalu, Ambiga berkata Najib juga melabel dirinya sebagai "ancaman kepada Islam" apabila beliau berkata: "Siapa yang tidak kenal Ambiga? Beliau adalah pengancam Islam. Dan di bawah beliau ialah Mat Sabu."
Katanya, beliau juga dituduh menyokong mermutadkan umat Islam dituduh mewakili Azlina Jailani yang memeluk agama Kristian dan mengheret kerajaan ke mahkamah kerana enggan membenarkan wanita itu menukar namanya di kad pengenalan kepada Lina Joy.
"Terdapat juga desakan supaya kewarganegaraan saya dilucutkan, serangan oleh media yang dikawal oleh kerajaan dan saya percaya bahawa semua ini direstui oleh kerajaan," kata Ambiga.
Dalam mengukuhkan keterangannya, beliau juga mengemukakan laporan berita dan keratan akhbar mengenai 'pengumuman perkhidmatan awam' oleh Radio Televisyen Malaysia yang memomokkan BERSIH.

Katanya lagi, presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali juga memberi amaran kepada masyarakat Cina supaya tidak menyertai perhimpunan BERSIH dan menasihatkan mereka supaya tidak keluar rumah serta menyimpan bekalan makanan. -M'kini