UMNO Penang ni dah terlalu terdesak nak
menang, buat tawaran hebat. Nak hapus tol laluan motorsikal. Nape tak
hapus tol jambatan terus.
Bangangnya, nak tunggu menang perintah
negeri dulu. Hoi UMNO , kuasa hapuskan tol tu kerajaan pusat atau
kerajaan negeri ? kerajaan pusat.
Tak perlu nak menang negeri, sekarang
pun boleh minta kerajaan pusat hapuskan tol tu. Kuasa ditangan UMNO, apa
pula kaitan nak perintah kerajaan negeri.
Buktikan dengan kuasa yang ada pada kerajaan pusat, jangan dok berjanji sedangkan kuasa dah ada ditangan- Blog PASPB
Janji itu disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.
Beliau berkata, ia merupakan salah satu perkara akan dimasukkan dalam manifesto BN negeri demi meringankan penunggang motosikal.
Menurutnya, penghapusan tol itu sekali gus memberi manfaat kepada pengguna motosikal berjumlah kira-kira 15,000 orang yang melalui jambatan setiap hari untuk berulang-alik dari tanah besar ke bahagian pulau.
“Jika kita lihat, hanya Pulau Pinang sahaja satu-satunya negeri yang mengenakan tol untuk motosikal. Meskipun ia hanya RM1.40, tetapi jika dicampur dengan duit minyak yang perlu diisi kira-kira RM3 sehari, agak membebankan pengguna yang majoritinya adalah pekerja.
“Justeru, kita akan minta kerajaan pusat mengkaji semula untuk menghapuskan tol di jambatan sekiranya kita kembali memerintah Pulau Pinang pada PRU akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Juara Rakyat ‘Himpunan Anak Muda’ Bahagian Bukit Mertajam di Padang Awam Cherok Tokun, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi BN Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Juara Rakyat Umno Bahagian Bukit Mertajam, Ramlan Ishak.sh
JuRaGan : Fuhhh..macam mana boleh ada lagi atas muka bumi ini pemimpin yang "TERbangang" lagu nii.. Patut la Umno pelingkup di Pulau Pinang..inilah pemimpin yang tinggal dalam Umno..jenis spesis cakap pakai kepala lutut..Yang pandai dan cerdik mahathir kata,semuanya dah lari masuk PR..hancoq Umno..!!