KUALA LUMPUR:
Serangan terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi
merupakan kesan daripada Perhimpunan Agong Umno ke 66 dan barangkali
adalah muqaddimah ke peristiwa 13 Mei yang digempar-gempurkan semula
Umno.
“Ini adalah kesan PAU dan muqaddimah 13 Mei,” kata Timbalan
Presiden PAS Haji Mohamad Sabu dalam satu kenyataan ringkasnya kepada
Harakahdaily tengahari tadi.
Serangan malam tadi termasuk ke atas
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan seorang penyokong
Pakatan Rakyat cedera di bahu dipercayai ditikam dengan objek tajam.
(Antara kumpulan samseng yang membawa berdera BN dalam kekecohan di Gombak malam tadi)
Ia berlaku ketika sekumpulan samseng yang sebahagiannya membawa
bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini
kira-kira jam 9.30 malam tadi.
Kejadian itu memaksa pihak polis dan beberapa anggota FRU berkawal di tapak ceramah berkenaan.
(Kesan dari keganasan malam tadi)
Mohamad berkata polis harus menunjukkan kewibawaan dengan menyiasat insiden itu dengan serta merta.
“Jangan ikut telunjuk Umno,” itulah pesanan beliau kepada polis. -Hrkh