Ikuti Blog ini

Amanat Hadi: UMNO Tiba-tiba Jadi Penakut Berdepan Kebenaran



Pas Selangor menyifatkan tindakan kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersiaran langsung menerusi RTM dan TV3 kerana takut kepada kebenaran.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, siaran langsung sejam itu membolehkan Abdul Hadi beri penjelasan lanjut.

"Kita tidak mahu rakaman, takut dipotong (disunting). Barisan Nasional (BN) kata siaran langsung Abdul Hadi berbahaya dan menteri tidak benar penjelasan dibuat secara langsung.

"Di negara luar, mereka akan tunjuk (siaran) secara langsung, tapi di sini, tidak berani," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pas Selangor mengenai isu Amanat Haji Hadi.

Sebelum ini, Abdul Hadi menyatakan kesediaannya menjawab soalan dikemukakan sepanjang sesi penjelasan isu Amanat Haji Hadi.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim dalam kenyataannya berkata, pihaknya tiada masalah memberi ruang berkenaan, tetapi ia perlu dibuat secara rakaman dan bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau tidak.

Abdul Rani yang juga Adun Meru mendakwa, BN tiada isu baru untuk dimainkan sehingga terdesak membangkitkan isu lama yang semakin dilupakan itu.

Ditanya sebab Pas menolak menggunakan media lain sebagai alternatif untuk beri penjelasan itu, Abdul Rani menegaskan, ia kerana dua stesen televisyen itu didakwa antara media memulakan isu itu.

"Kita tak guna media alternatif lain sebab media pro-BN yang cabar kita lebih baik kita guna media mereka kerana isu teritu dibangkitkan mereka" katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .