Ikuti Blog ini

Anwar ada bukti dimana beliau berada 26 Jun



KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan fakta dimana beliau berada pada 26 Jun lalu iaitu tarikh yang didakwa Saiful Bukhari Azlan sebagai tarikh kejadian liwat kononnya berlaku.

ImageDalam ceramahnya di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Anwar menyatakan penjelasan mengenai hal itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Saiful Bukhari yang membuat laporan di Pondok Polis HKL di bawah kawalan Jalan Travers mendakwa beliau diliwat Anwar pada 26 Jun lalu di Kondominium Desa Damansara.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu sejurus selepas laporan mengenai dakwaan liwat itu diketahuinya.

Di hadapan 10,000 penyokongnya, Anwar turut menegaskan bahawa tuduhan yang dihadapkan ke atasnya itu adalah 'rekaan' semata-mata untuk menjatuhkan beliau.

Malah beliau menyesyaki tuduhan itu dilakukan kerana niat jahat pihka tertentu tatkala melihat sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.

Kenyataan itu disambut dengan sorakan oleh para penyokong yang setia menanti penjelasan Anwar sejak isu tuduhan liwat ke atas beliau dilaporkan media Ahad lalu.

ImageTurut berceramah antaranya, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah.

Sementara itu Anwar juga memberitahu penyokongnya bahawa beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berhubung penyelewengan fakta laporan kes 'mata lebam pada tahun 1998.

Menurut Anwar laporan polis itu berhubung siasatan kes beliau ditumbuk (mata lebam) oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor pada 1998 yang didakwa melibatkan penyelewengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Anwar percaya Musa Hassan dan Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadapnya.

"Musa dan Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya daripada pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah," katanya sambil disambut oleh sorakan gemuruh penonton.

ImageDalam ceramah tersebut juga Anwar mengecam sebarang percubaan jahat untuk menjatuhkannya.

Bagi Anwar kerja-kerja sedemikian adalah kerja golongan yang terdesak yang tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya untuk mengambil alih pemerintahan.

Justeru beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba untuk menjatuhkan reputasi beliau agar berhati-hati kerana beliau tidak akan tertipu dengan permainan mereka ini.

Laporan polis Anwar Ibrahim


Berikut teks lengkap laporan polis yang dibuat di ibu pejabat polis kontinjen Selangor di Shah Alam petang ini:


Saya, Anwar bin Ibrahim (No K/P: 470810-07-5095), sesungguhnya di sini membuat laporan polis berikut berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi baru-baru ini.

1. Laporan ini adalah berkaitan dengan siasatan terdahap serangan fizikal yang dilakukan ke atas saya oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (“Rahim Noor”) pada 20hb September 1998. Saya percaya Tan Sri Rahim Noor, selepas didakwa, telah mengaku bersalah atas tuduhan serangan fizikal tersebut. Saya telah membuat laporan polis berkenaan serangan fizikal tersebut pada 27.9.98.

2. Berkaitan dengan penyiasatan terhadap serangan fizikal tersebut, saya percaya bahawa Pegawai Penyiasat, ACP Mat Zain bin Ibrahim (sekarang Datuk Mat Zain) telah melakukan satu penyiasatan yang mendalam dan menyeluruh dan menyediakan satu kertas siasatan (“IP”) yang telah kemudiannya pada Oktober 1998, menyerahkannya kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Mokhtar Abdullah (“Tan Sri Mokhtar”) serta pasukannya yang antaranya termasuklah Peguam Negara sekarang Tan Sri Gani Patail untuk tindakan lanjut.

3. Kertas siasatan tersebut telah menyimpulkan bahawa Tan Sri Rahim Noor adalah pelaku serangan fizikal tersebut ke atas saya. Kertas tersebut telah membuat kesimpulan setelah siasatan menyeluruh dilakukan, dengan mengambilkira laporan perubatan daripada pakar forensik daripada Hospital Kuala Lumpur seperti Dr. Ab. Halim Haji Mansar dan Dr. Zahari bin Noor dan kenyataan dari sekurang-kurangnya 60 orang saksi. Laporan perubatan tersebut menyimpulkan bahawa kesan kecederaan yang dilakukan ke atas saya adalah konsisten dengan satu serangan fizikal.

4. Walaupun kandungan kertas siasatan dan lapuran perubatan yang tersedia, Tan Sri Mokhtar dengan bantuan Peguam Negara hari ini dan, Tan Sri Gani Patail telah mendapatkan khidmat seorang pegawai perubatan bernama Dr. Abdul Rahman bin Yusof (Dr. Abdul Rahman).

5. Dr. Abdul Rahman dalam satu laporan tidak bertarikh menyediakan laporan kedua yang menyentuh “lakonan semula tempat kejadian” pada 14 Disember 1998. Saya percaya bahawa “lakonan semula tempat kejadian” tersebut tidak pernah berlaku.

6. Adalah satu fakta yang tidak disangkalkan bahawa laporan perubatan Dr Abdul Rahman berhubung serangan yang dilakukan terhadap saya disediakan tanpa langsung melakukan pemeriksaan fizikal ke atas saya terlebih dahulu.

7. Walaupun sudah ada kertas siasatan dan laporan kesihatan yang lengkap, Tan Sri Mokhtar dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 5 Januari 1999, menerima pandangan yang diberikan oleh Dr. Abdul Rahman mengenai apa yang dikatakan sebagai “perkara-perkara tidak konsisten” dalam laporan perubatan doktor-doktor lain yang telah menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas saya.

8. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar juga menyatakan siasatan yang telah dijalankan tidak dapat mengenalpasti individu atau mereka yang menyebabkan kecederaan ke atas saya. Ini sesungguhnya bercanggah dengan laporan siasatan yang selesai dilakukan menjelang Oktober 1998 yang menyimpulkan bahawa Rahim Noor menyerang saya. Tan Sri Mokhtar dan pasukannya dengan itu telah secara sengaja mengelirukan masyarakat. Apabila siasatan polis menjadi tidak lengkap, orang ramai menjadi resah dan menuntut ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja. Tan Sri Mokhtar juga telah membuat kenyataan palsu bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada beliau hanya pada 19.11.98. Saya percaya Tan Sri Gani Patail ada makluman penuh tentang kenyataan palsu yang terkandung dalam kenyataan akhbar tersebut.

9. Saya juga percaya Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadap saya. Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya dari pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah.

10. Saya percaya kedua-dua Tan Sri Musa dan Tan Sri Gani Patail secara aktif terlibat dalam menyediakan laporan kedua tidak bertarikh oleh Dr. Abdul Rahman yang telah membuat kesimpulan palsu dan pelik seperti “the pattern and nature of the injuries are not consistent with a direct blow” [“bentuk dan ciri kecederaan adalah tidak konsisten dengan pukulan secara langsung”], “accidental nature of the injuries could not be ruled out” [“kemungkinan kecederaan ini disebabkan oleh kemalangan tidak boleh ditolak”] dan “self-inflicted nature of the injury should be considered” [kemungkinan kecederaan disebabkan perbuatan sendiri harus diberikan pertimbangan”]. Mereka mengarahkan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini dan bertindak di bawah pengarahan dan/atau bersama Tan Sri Mokhtar Abdullah.

11. Semua fakta-fakta ini menunjukkan Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Gani Patail dan SAC II Datuk Mat Zain bin Ibrahim (individu, yang menurut Dr. Abdul Rahman dalam lapurannya, telah mengiringi beliau ke sel di Bukit Aman di mana saya ditahan dan terlibat dalam apa yang didakwa ‘lakonan semula tempat kejadian’) telah berpakat dengan Dr. Abdul Rahman untuk menyediakan lapuran kedua ini. Ini telah dilakukan agar lapuran polis saya bertarikh 27.9.98 mengenai serangan tersebut akan dikira sebagai lapuran polis palsu dan saya boleh didakwa, atau sekurang-kurangnya merosakkan kredibiliti saya bagi memberi kesan buruk terhadap pembelaan saya dalam kes-kes jenayah yang mana saya telah didakwa melakukan ‘korupsi’ dan liwat bagi membolehkan saya didapati bersalah.

12. Saya ingin menyatakan bahawa Tan Sri Gani Patail adalah pegawai pendakwa kanan yang membantu Tan Sri Mokhtar dalam membuat pendakwaan ke atas saya. Tan Sri Musa Hassan adalah Pegawai Penyiasat dalam pendakwaan terhadap saya. Saya juga percaya, satu tindakan yang tidak pernah dibuat sebelum ini telah diambil apabila satu bilik operasi khusus telah disediakan di Bukit Aman untuk menguruskan pendakwaan saya dan di mana mereka akan berjumpa secara kerap.

13. Ini bukanlah kali pertama dakwaan mengenai pemalsuan bukti dibuat berkaitan Tan Sri Gani Patail. Saya dimaklumkan bahawa dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Zainur bin Zakaria v Public Prosecutor [2001] 3 MLJ, Steve Shim, Hakim Besar, dalam penghakiman beliau menyatakan bahawa "... was he not justified, on a prima facie basis, in complaining that Tan Sri Gani Patail’s conduct at the meeting on 2.10.1998 was an attempt to get Nalla to fabricate evidence in order to perfect charges against him for other alleged sexual offences?"

Perkataan “he” dan “him” dalam ayat di atas merujuk kepada diri saya.

14. Berkenaan perkara di atas, saya merujuk kepada dokumen berkenaan bagi membantu siasatan polis:

a. Kenyataan akhbar Tan Sri Mokhtar yang dibuat pada 5.1.99.
b. Nota prosiding dalam lapuran Suruhanjaya DiRaja berkaitan keterangan Dr Abdul Rahman
c. Laporan Kesihatan kedua yang dibuat oleh Dr. Abdul Rahman yang terkandung dalam lapuran Suruhanjaya.

15. Saya memohon diadakan satu siasatan baru terhadap pemalsuan bukti yang mana saya telah dinasihati sebagai satu kesalahan di bawah seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 7 tahun. Saya memohon agar setiap individu yang terlibat dalam menyediakan laporan kedua oleh Dr Abdul Rahman ini iaitu Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Musa Hassan, Dr. Rahman dan Datuk Mat Zain bin Ibrahim disiasat secara terperinci agar kebenaran diperolehi dan sebarang salah laku dihukum.

Anwar bin Ibrahim
1 Julai 2008

Popular dengan LIWAT.....


Baru dua hari nama Saiful Bukhari ini sudah mashur di Malaysia, kemashurannya usah dipertikaikan lagi,kemashurannya setanding kemashuran Dato Sri Anwar Ibrahim. Malahan beliau lebih hebat dari DSAI kerana berjaya mencipta nama dalam masa yang begitu singkat. Tetapi sayang terciptanya kemashuran ini dengan perkataan yang amat jijik,dengan kalimah yang begitu songsang,dengan "word" yang begitu kotor iaitu liwat.

Mana tidak nya dengan dakwaan yang dia telah diliwat oleh DSAI,seluruh rakyat Malaysia mencari maklumat berkenaan si Saiful ni, dari tidak kenal,malah tak pernah menonjol walaupun di peringkat mahasiswa,hanya dengan dakwaan ini beliau sudah menjadi terkenal dan maklumat berkenaan dirinya di cari samaada mealui pencarian di siber ataupun melalui lisan mulut ke mulut, yang pastinya watak si Saiful ramai yang ingin mngenalinya,walaupun dia bukan seorang artis, bukan lahir dari Akademi Fantasia tetapi lahir dari perkataan LIWAT.

Apakah ada rasional nya atas dakwaan ini, kita tinjau dari segi umur, si Saiful ini berumur 23 thn,manakala DSAI berumur 60 thn,jika dilihat dari faktor umur si Saiful ini dikategorikan dalam kelompok yang digelar pemuda, DSAI diklasifikasikan dalam kelompok orang tua @ warga emas laa, apakah ada kebarangkalian seorang pemuda diliwat oleh seorang tua, bukan kah pemuda yang berumur 23 tahun memiliki energi dan tenaga yang kuat dan tangkas, mana mungkin boleh diliwat oleh seorang tua, dah la tua pernah mngalami sakit belakang yang serius, apa mungkin pekara jijik yang dilaknat oleh Nabi s.a.w ini boleh terjadi. Sama sekali tidak, kerana secara logik nya mestilah si Saiful ini akan mempertahan kan dirinya habis-habisan dan akan berlaku pergelutan,disebabkan berlakunya pergelutan logik nya akan meninggal kan kesan. Logik nya juga kemenangan dalam pergelutan itu milik Saiful.Di mana rasional nya dakwaan ini.

Namun si Saiful ini tidak memikirkan pekara ini, hanya kerana ingin drinya di kenali, dia sanggup melakukan apa saja, termasuk mngakui dirinya diliwat. Sumber dari orang yang mngenali si Saiful ini mendedah kan dia seorang gilakan publisiti, hanya akan bertanggungjawab terhadap sesuatu program sekiranya mendapt liputan pihak media. Jadi isu liwat ini bukan sahaja media dalam negara melaporkan nya malah media luar negara turut melaporkan nya, nama nya terus menjadi tajuk utama di laman siber, menjadi perbahasan hangat di parlimen kedai kopi,menjadi topik utama di pejabat-pejabat semua nya hanya kerana perkataan LIWAT.

Namun apa yang pasti laporan liwat ini ingin mngubah pandangan masyarakat, ingin mngajak masyarakat melupai secara halus kesengsaraan mereka disebabkan kenaikan harga minyak dan kenaikan berantai yang lain, mengajak rakyat melupakan akuan bersumpah Raja Petra terhadap isteri TPM, semua blogger mngalihkan lontaran serangan mereka terhadap Saiful ini, meninggalkan masalh yang lain demi membela insan yang bernama Anwar Ibrahim yang pernah dizalimi 10 tahun yang lalu atas kes yang sama.

Marilan kita memohon petunjuk dari Rabbu A"lamin supaya diberikan kita hidayah dan taufiq agar kita jauh dari debu-debu fitnah.........Takbirrrr.......

'Pemuda itu rapat dengan Rosmah'



Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menghadapi dakwaan melakukan liwat terhadap pembantunya, mendakwa pemuda itu mempunyai hubungan rapat dengan timbalan perdana menteri dan isterinya.

anwar ibrahim and najibPenasihat PKR mendakwa lagi Mohd Saiful Bukhari Azlan beberapa kali bertem Rosmah Mansor, selain rapat dengan suaminya Datuk Seri Najib Razak dan pegawai khasnya Khairil Anas Yusof.

Kelmarin presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan foto pemuda itu dengan Khairil Anas - bagaimanapun Najib semalam menafikan pembabitannya dan pegawainya itu dengan kontroversi terbaru Anwar.

Anwar berkata beliau akan mendedahkan dakwaannya itu dalam masa terdekat.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini, beliau menafikan Mohd Saiful seorang pegawai peribadinya.

Anwar : Ceramah Penjelasan Malam Ini - 1 Julai



Satu ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini.

Tarikh : 1 Julai 2008 (Hari Ini)
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Stadium Melawati Shah Alam

Hadirkan diri jika berkesempatan.

Anwar siap buat laporan polis




Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini bergelut dengan isu panas didakwa meliwat pembantunya, tiba untuk membuat satu laporan polis di ibu pejabat polis kontinjen Selangor hari ini.

Penasihat PKR sampai kira-kira jam 2.50 petang, diiringi peguamnya Sankara Nair.

Laporan polis dipercayai berhubung dakwaan terhadap ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Sebelum itu beberapa peguam dan pemimpin PKR tiba di IPK itu di Shah Alam - naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, bendahari parti William Leong dan ketua Angkatan Mudanya Shamsul Iskandar Md Akin.

Turut hadir, exco kerajaan Selangor dan juga ahli majlis pimpinan tertinggi parti itu, Dr Xavier Jayakumar.

Kira-kira 30 orang penyokong Anwar berada di luar pintu masuk IPK.

Mereka tidak dibenarkan masuk sehingga menimbulkan sedikit kekecohan dengan anggota polis untuk beberapa minit ketika ketibaan Anwar.

Beberapa ahli-ahli parlimen PKR termasuk anaknya Nurul Izzah Anwar hadir di depan pintu masuk ibu pejabat polis tersebut.

Mereka turut dihalang masuk.

Anwar dan para penyokongnya meninggalkan bangunan itu jam 3.20 petang dan dijangka menuju ke ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya.

Beliau dijadual mengadakan sidang media di situ.

Menurut siaran media PKR pagi tadi, penasihat PKR juga menyeru para penyokongnya berkumpul di ibu pejabat parti itu tidak lama selepas laporan polis tersebut.

Satu ceramah penjelasan isu menggemparkan ini akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam pada 8.30 malam ini.

Sementara itu tiada sidang media keluarga Mohd Saiful Bukhari Azlan - yang mendakwa penasihat PKR meliwatnya - seperti diura-urakan dalam kalangan media sebelumnya.

Polis semalam menghabiskan masa selama lima jam, menjalankan siasatan di sebuah kondominium di Desa Damansara, tempat yang didakwa berlaku perbuatan tersebut.

Saiful, kalau tak rela kenapa biarkan ditikam belakang?



Laporan polis ini dibuat pada 28 June 2008 @ 5.45 PM oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan,

"Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR." (sumber rockybru.blogspot.com)

Berdasarkan laporan polis ini, Saiful mengadu diliwat @ sama maksudnya beliau telah dirogol oleh DSAI. Kejadian ini pula telah berlaku banyak kali kerana . Saiful ini baru berkerja dengan DSAI kira-kira 3 bulan. Agaknya sudah berapa kali beliau "diliwat" oleh DSAI?
Sesiapa pun yang berakal waras akan meragui kesahihan laporan polis ini. Maka banyak teori konspirasi yang wujud. Petang ini saya tak nak tambah teori2 itu, tetapi sekadar melontarkan beberapa persoalan tentang "cara2 Saiful diliwat" :

1) Usia Saiful 23 tahun manakala usia DSAI dah 60 tahun++ : macamana agaknya DSAI nak "menonggengkan" si Saiful ini tanpa kerelaan Saiful? Kalau tengok saiz badan Saiful, kuat jugak orangnya. Takkan boleh kalah dengan pakcik usia 60an? Ingat senang ke nak londehkan seluar orang? Pegang 2-3 orang pun belum tentu dapat londehkan tau. Ini pulak DSAI sorang2. Kalau ada orang lain tolong pegang, tentu dah ada tulis dalam report tu kan?

2) Kalau tak rela tentunya ada kesan pergelutan @ pergaduhan antara kedua2nya. Tentu sekali terdapat kecederaan pada kedua2 pihak. Lebam biji mata ke. Tentu sekali dalam kondo tu, banyak perabot dan barang, kenapa tak ambik barang2 tu, hempok muka DSAI masa pergelutan tu. Atau pun DSAI hempok Saiful sebab melawan masa nak rogol @ liwat Saiful tu. Mangsa rogol (perempuan) pun akan melawan, kenapa Saiful tak lawan? DSAI terlalu kuat? Terlalu lemah ke si Saiful ni? Tak berjuang langsung mengelakkan dirinya dari diliwat?

3) Dah tu pulak, bukannya sekali dia mendakwa diliwat, kenapa tak lapor bila kali pertama kena? Apa nak takut? Kenapa sekarang berani pulak?

Entah apa-apa tuduhan yang tak masuk akal. Kalau tak rela kenapa biarkan ditikam belakang? Dah tu, bukannya sekali, banyak kali pulak tu. Inilah tanda akhir zaman, manusia tidak lagi takutkan Allah, fitnah bermaharajalela.

DSAI- Ulasan KJ -teori baru



Tiada yang lebih menarik perhatian saya dari ulasan kepimpinan BN melainkan dari Khairy Jamaludin. Ulasannya diluar kebiasaan dan arus kepimpinan BN. Bukan menongkah arus tetapi melahirkan teori baru- mirip kenyataan Tun Mahathir ketika DSAI hadir mahkamah dengan lebam mata. DSAI pukul mata sendiri. Kata KJ, DSAI mungkin menyuruh pegawainya melaporkan sendiri untuk meraih simpati. Selepas itu dakwa ada orang mengancam nyawa. DSAI pandai berpolitik menarik simpati- ulas KJ.

Sememangnya orang yang akur pada arahan Al Quran tidak akan menerima tuduhan liwat melainkan yang menuduh mendatangkan 4 saksi. Rasanya KJ melepaskan diri dari bersama orang yang akan disebat 80 rotan jika Islam dilaksanakan. Beliau tidak menyambung tuduhan DSAI liwat tetapi memberikan teori baru.

Kini BN mempunyai dua peluru. Pertama - DSAI mesti dibuktikan meliwat walau dengan apa cara sekalipun- jika dulu tilam yang diusung, kini jika perlu kondo akan dijunjung ke mahkamah. Kedua- DSAI memang mencari simpati politik dengan menyuruh pegawainya melaporkan kepada polis. Sememangnya ianya lebih mudah dengan menyuruh saiful mengaku ianya melaporkan kes itu dengan arahan DSAI sendiri- senang dan mudah. Kedua duanya bertujuan memperlihatkan DSAI tak boleh dipercayai memimpin Malaysia.

Kedua dua teori tersebut akan menyibukkan masyarakat malaysia. Isu PROTES yang akan menganjurkan perhimpunan tidak lagi dibincangkan. Perhimpunan itu mungkin akan gagal melainkan sesuatu lompatan spring mengejutkan bagi menyegarkan kembali rakyat terhadap isu minyak dilakukan.

Saya lebih memilih BN akan menggunakan teori yang lebih mudah seperti ulasan Khairy. Mereka tak perlu bersusah payah mencipta dan mereka teori dan bukti serta mencari pelakon tambahan. Jalan ceritanya akan menjadi lebih panjang. Di penghujung siasatan, kenyataan akan dikeluarkan oleh saiful DSAI yang mengarahkan laporan Liwat. Saiful Bahri pun tak payah susah berlakon panjang. Wataknya boleh dimatikan dan rakyat lebih mudah mempercayainya.

Matlamat isu ini dicipta hanya

1. Menenggelamkan isu Altantuya.
2. Melupakan rakyat isu minyak.
3. Tiada lagi isu pengambil alihan kerajan pusat.
.
Bagi membuktikan DSAI terlibat liwat amat sukar kerana

1. Mahkamah telah membersihkan DSAI.
2. Rakyat dah tak percaya lagi DSAI liwat.
3. Watak utama Saiful telah terdedah.

Sewajarnya kita berhati hati menangani isu ini kerana takkan mungkin Dolah, Najib dan kuncunya seperti Bakri akan memilih jalan Tun yang pernah gagal di saat Tun memiliki kuasa dan cengkaman yang kuat terhadap kerajaan. Fikir fikirkanlah!!!!!

Dua Laporan Polis Dibuat Keatas Cubaan Mencabul dan Meliwat Seorang Pegawai OCPD


Kuala Terengganu - Dua polis berpangkat Lans Korporal telah membuat laporan polis menuduh ketua mereka seorang pegawai berpangkat OCPD satu daerah luar bandar di Terengganu telah cuba ‘meliwat’ mereka di dua tempat berasingan.

Laporan polis yang pertama telah dibuat pada Khamis lalu, dimana seorang polis berumur 22 tahun telah mendakwa ketika dia tidur di rumah pegawai polis berkenaan sekitar pertengahan Mei lalu, tiba-tiba seseorang telah memeluknya dari belakang .

Dalam laporannya, polis tersebut telah mendakwa pegawai atasannya itu telah memeluk dan menciumnya sekitar jam 3 pagi.

Lans Korporal tersebut juga telah mendakwa pegawainya itu telah ‘melorohkan’ seluar pendeknya (boxer) kebawah dan cuba meliwatnya.

Walau bagaimana pun menurut Lan Korporal tersebut dia dapat melepaskan diri dan bersembunyi disalah sebuah bilik sebelum mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Laporan polis yang kedua keatas pegawai polis berpangkat OCPD yang sama telah dibuat pada hari yang sama oleh seorang lagi sanggota polis berumur 21 tahun yang mendakwa pegawai atasannya itu telah mengarahkan beliau mengiringinya ke bilik tidur di tingkat dua sebuah rumah rehat disini, pada awal Mac lalu.

Anggota polis tersebut juga mendakwa OCPD tersebut telah cuba mencabul dan meliwatnya.

Menurut laporan akhbar The Star Online kedua-dua laporan tersebut telah di buat di Kota Bharu, Ibu Pejabat Polis Kelantan

Seorang polis atasan yang lain telah mengesahkan laporan tersebut telah dibuat, dan dua anggota yang berpangkat Lans Korporal tersebut telah ditukarkan ke kawasan lain bagi memudahkan penyiasatan dijalankan.

Sumber lain yang boleh di percayai memaklumkan kepada Buletin Online, kedua-dua perlakuan cubaan mencabul dan meliwat tersebut telah berlaku di daerah Setiu, kira-kira 60 kilometer dari sini.

Pegawai Polis berpangkat OCPD tersebut gagal dihubungi kerana dikatakan sdang berkursus manakala para pegawai lain di daerah berkenaan tidak berani untuk memberikan sebarang komen, tambah Sumber tersebut.

TRAGIS: Kemalangan yang membabitkan tujuh kereta, sebuah lori trailer, sebuah lori kecil dan lima motosikal di persimpangan lampu isyarat menuju ke Bandar Puchong Jaya dekat sini, hari ini.

Anwar keluar dari Kedutaan Turki jam 6.45 petang



KUALA LUMPUR:
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim beredar dari rumah rasmi duta Turki di Kuala Lumpur, tempat beliau berlindung sejak pagi Ahad lalu, dan menuju ke rumahnya.

Anwar berjalan keluar dari rumah itu, yang terletak tidak jauh dari bangunan kedutaan, dan memasuki kenderaan kira-kira jam 6.45 petang ini.

anwar saiful bukhari sodomy allegations turkish embassy release 300608Bekas timbalan perdana menteri itu kemudian bercakap ringkas kepada kumpulan kira-kira 50 wartawan di luar pagar rumah rasmi tersebut.

Beliau berkata jaminan keselamatan yang diberikan oleh menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dan menteri luar Datuk Seri Dr Rais Yatim mendorong beliau meninggalkan rumah duta berkenaan.

Anwar menambah, dakwaan liwat terhadapnya susulan rancangannya untuk mengumumkan akan bertanding pilihanraya kecil, minggu ini.

Katanya, beliau juga akan mengumumkan penyertaan empat ahli parlimen komponen BN, termasuk dua dari Umno, bersama pembangkang minggu ini.

Sebelum itu seorang peguamnya Sankara Nair tiba di kedutaan tersebut jam 6.15 petang.

Manakala isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR tiba kira-kira jam 6.40 tadi dan naib presidennya Azmin Ali sampai lima minit sebelumnya.

Bercakap ringkas kepada media, Azmin berkata pihaknya berpuas hati dengan jaminan keselamatan kerajaan.

Malaysiakini difahamkan beliau pulang ke rumahnya di Bukit Segambut sebelum mengadakan sidang akhbar jam 9 malam di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Sementara itu, penyokong Anwar juga diminta berkumpul di tempat yang sama malam ini untuk mendengar amanat pemimpin tersebut.

Kenyataan media Pakatan Rakyat




Oleh Biro Penerangan PKR
Isnin, 30 Jun 2008

PAKATAN Rakyat percaya bahawa laporan polis yang dibuat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya beliau meliwat seorang pembantunya tidak lebih daripada hanya pengulangan pertuduhan tahun 1998 bagi menghancurkan karier politik beliau.

Ini dilakukan sebagai tindakbalas kepada kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dalam masa terdekat.

Skandal 1998 telah memperlihatkan bagaimana seluruh institusi negara dimanipulasi bagi kepentingan pihak tertentu yang akhirnya dibuktikan satu demi satu pada hari ini. Kredibiliti kerajaan pusat akan hilang di mata rakyat, keyakinan pelabur akan terjejas dan nama Malaysia di mata dunia akan tercemar. Proses membangunkan semula negara akan terganggu dan memakan masa. Oleh itu kami menyeru agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap dakwaan ini.

Oleh kerana kredibiliti Polis DiRaja Malaysia sudah hilang di mata rakyat apabila Ketua Polis Negara pada ketika itu sendiri menyebabkan kecederaan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu skandal 1998, kami menuntut agar suatu badan bebas khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terbaru ini.

Dato' Seri Anwar juga percaya terdapat cubaan yang mengancam nyawa beliau sehingga memaksa beliau meminta perlindungan di Kedutaan negara luar. Pihak berkuasa perlu mengambil segala tindakan yang sepatutnya demi menjamin keselamatan beliau dan memberikan peluang sewajarnya untuk beliau mempertahankan diri bagi dakwaan kali ini.

Dokongan Terhadap Gabungan PROTES

Kami juga menyeru rakyat Malaysia agar tidak hilang fokus terhadap permasalahan sebenar yang memberikan kesan kepada kehidupan harian iaitu kenaikan harga minyak yang telah dibuat tanpa kewajaran. Sekali lagi Pakatan Rakyat mengulangi sokongan penuh kepada Gabungan Protes yang berkempen mendesak penurunan harga minyak sebagai langkah utama untuk mengurangkan beban rakyat. Pakatan Rakyat akan turut hadir bersama Gabungan Protes pada 6 Julai 2008 di Padang Timur, Petaling Jaya untuk memberi sokongan penuh kepada rakyat.

YB Dr Wan Azizah Wan Ismail YB Ustaz Nasharudin Mat Isa YAB Lim Guan Eng
Presiden PKR Timbalan Presiden Pas Setiausaha Agung DAP

KEDUTAAN TURKI



Saya tiba ke Kedutaan awal pagi, berlepas dari Quality Inn. Tahniah diatas kelincahan pasukan khas kita!

Pastilah keletihan kerana hampir tidak tidur malam tadi mendengarkan asakan hujah pimpinan. Pastinya kami menganggap Turki negara sahabat dan keputusan untuk ke sini adalah kerana isu keselamatan semata.

Pengalaman lalu mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis saya terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Kita dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.

Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang.

Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah. Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya.

Muda-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga. Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan Kedutaan.

ANWAR IBRAHIM

'Kami mahu umum pilihanraya kecil'



Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berlindung di kedutaan Turki, mendakwa laporan polis menggemparkan terhadapnya dibuat bagi menghalang beliau bertanding semula dalam pilihanraya.

"Inilah niat mereka. Anda tahu, kami akan mengumumkan satu pilihanraya kecil dalam satu pilihanraya kecil," kata penasihat PKR kepada agensi berita AFP.

"Saya akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu, polis juga sudah mengetahui (perancangan) itu."

Sementara itu, satu pasukan polis termasuk unit forensik hadir di kondominium di Desa Damansara - tempat yang didakwa berlaku kejadian liwat tokoh utama pembangkang itu - tengah hari tadi.

Lima buah kenderaan, bersama 15 anggota, kelihatan berada di sana lima jam untuk mengambil bahan-bahan bukti berhubung siasatan terhadap Anwar yang didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pembantu di pejabatnya 26 Jun lalu.

Siasatan tersebut termasuk rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), laporan buku kedatangan dan kenyataan pengawal keselamatan.

Bilik kondominium itu dipercayai dihuni oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kumpulan wartawan, termasuk agensi media luar negara, menanti di tempat kejadian sejak jam 12 tengah hari.

Pasukan polis kelihatan meninggalkan kondominium itu jam 5 petang ini.

Anwar Telah Diberi Amaran Tentang Saiful



kemaskini 3:15pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat seorang pembantu di pejabatnya, telah diberikan amaran agar berhati-hati mengambil Mohd Saiful Bukhari Azlan bekerja, kata sumber-sumber PKR.

Bagaimanapun penasihat parti itu tidak memberikan perhatian berat terhadap beberapa maklum balas tentang latar belakang pemuda itu, yang mendakwa beliau diliwat kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.

Maklum balas kepada Anwar dan beberapa pemimpin PKR yang dekat dengannya telah dibuat apabila Mohd Saiful mula mendekati Anwar dan pentadbiran pejabatnya selepas pilihanraya umum 8 Mac.

Anwar dimaklumkan secara umum supaya "berhati-hati terhadap individu yang diragui latar belakangnya" yang menyertai pasukan pentadbiran di pejabatnya."

"Saya juga beri beberapa pautan blog tentang budak (Mohd Saiful) itu. Tidak tahulah sama ada dia baca atau tidak," kata sumber.

Anwar juga didakwa tidak memberikan sebarang respons kepada emel itu.

Malaysiakini difahamkan, malah Anwar pula yang menyarankan sindiran-sindiran terbuka terhadap pembantunya itu ditarik balik apabila wujud tulisan-tulisan blog yang meraguinya – terbaru, arahan itu dikeluarkan minggu lepas.

Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam menunjukkan foto pemuda itu dengan Khairil Anas Yusof, pegawai khas Datuk Seri Najib Razak.

Foto-foto pemuda itu dengan beberapa menteri seperti Datuk Shahrir Abdul Samad, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Mustapa Mohamed turut diedar - ketiga-tiganya menafikan pembabitan dengan kes terbaru Anwar.

Najib juga menafikan penglibatannya dengan kes sensasi ini.

Sumber-sumber memberitahu lagi, Mohd Saiful disifatkan sebagai seorang yang ligat berpolitik dan bijak mengambil peluang sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi.

"Selepas proses pemilihan ketua dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), walaupun dari segi undian berada di tempat kedua atau ketiga tercorot, beliau berjaya mempengaruhi orang lain yang dapat undi lebih tinggi daripadanya agar memilih beliau sebagai timbalan presiden."

Pemimpin majlis itu bagi sesi 2006/07 didakwa lebih menonjol daripada presiden sendiri kerana bijak mempromosikan diri sendiri, tambah sumber yang pernah mengenalinya.

Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber.

Anak kelahiran Johor yang membesar di Damansara itu dipercayai mendekati pentadbiran pejabat Anwar melalui teman lamanya Rahimi Osman yang ketika itu bertugas di pejabat berkenaan.

Kedua-dua rakan sebaya itu dipercayai berkenalan sejak berumur 13 tahun kerana belajar di sebuah sekolah yang sama di Damansara.

Rahimi bertanggungjawab menyelaraskan jadual dan mengiringi ketua umum PKR itu dalam program-program yang dihadirinya ketika pilihanraya Mac lalu – kali pertama Mohd Saiful dilihat bersama kumpulan penyokong dekat Anwar.

Namun, selepas Rahimi tidak lagi bertugas di pejabat itu lebih kurang sebulan lepas, tugas-tugas itu diambil alih oleh Mohd Saiful.

"Tidak pasti bagaimana proses dia masuk, mungkin waktu itu tidak ada orang," kata sumber, sambil menambah, jawatan anak muda itu di pejabat Anwar "tidak jelas".

"Dalam kad nama dia, hanya bertulis nama dan dan pejabat Anwar (tanpa nama jawatan)."

Usaha mendapatkan reaksi daripada Mohd Saiful sehingga kini gagal. Beliau tiada di rumah bapa saudaranya di Bandar Utama sewaktu lawatan Malaysiakini tengah hari tadi.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .