
Keutamaan adalah kestabilan politik. Ia bukannya isu penangguhan, kita mempunyai jumlah (yang cukup) untuk meneruskannya - DSAI
Pakatan adakan perhimpunan anti-ISA hari ini 15 sept. 08 - Polis telah meluluskan permit.
Pakatan Rakyat mengumumkan satu perhimpunan perdana akan diadakan di Stadium Kelana Jaya esok bagi membantah tindakan kerajaan membuat tangkapan di bawah ISA - sehari sebelum sampainya tarikh rancangan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil kuasa melalui penyertaan ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan.
Semalam, Anwar berkata beliau telah mempunyai sokongan yang mencukupi untuk mengambil alih kuasa, tetapi peralihan kuasa yang dijadual Selasa ini, mungkin ditangguhkan ekoran operasi penahanan ISA.
“Keutamaan adalah kestabilan politik. Ia bukannya isu penangguhan, kita mempunyai jumlah (yang cukup) untuk meneruskannya,” katanya, sambil menambah, beliau juga mungkin menjadi sasaran penahanan di bawah ISA.
Anwar, bekas timbalan perdana menteri yang dipecat dan menjalani hukuman penjara sedekad yang lalu, memerlukan penyertaan 30 lagi ahli parlimen ke dalam Pakatan untuk mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.
Kemungkinan itu tidak terfikir sebelum pilihanraya umum Mac lalu, apabila barisan pembangkang itu mengejutkan negara apabila menafikan BN majoriti dua pertiga di Parlimen.
Sejak itu, BN bergoncang dan penahanan seorang ahli politik pembangkang, blogger terkemuka dan seorang wartawan, Jumaat lalu di bawah ISA, telah mencetuskan kebimbangan penangkapan besar-besar dilancarkan terhadap pembangkang.









Dalam sidang media itu, Anwar menjelaskan bahawa keputusan untuk berjumpa dengan perdana menteri telah dipersetujui secara bersama oleh kepimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini.
Katanya, beliau bersama pimpinan yang lain akan sentiasa mengadakan perbincangan mengatur langkah seterusnya sekiranya Raja Petra dan Teresa tidak dibebaskan.





Para pemerhati politik berkata, mereka bimbang Barisan Nasional - yang dimalukan dengan kekalahan teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu dan kini diancam pula dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kuasa - merancang untuk melancarkan gerakan penahanan sepertimana pada tahun 1987.
"Rakan-rakannya (Tan) dari Sin Chew Daily terperanjat dengan penahanannya," kata akhbar tersebut dalam satu kenyataan.
Teresa telah menafikan dakwaan tersebut dan berkata tuduhan terhadapnya itu "tidak masuk akal".
Difahamkan, ahli Parlimen Seputeh itu ditahan pada kira-kira jam 11.18 malam tadi.



