Seorang mangsa, Hasbullah Mamat, 40, berkata kawasan rumahnya agak rumhanya agak tinggi, air belum naik tinggi, tapi bagi jiran-jiranya di sebelah barat taman itu, air telah memasuki rumah mereka seawall jam 3.00 pagi.
Pengerusi Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) Fauzi Abu Samah (gambar kanan) yang turut ditemui di kawasan tersebut memaklumkan bahawa Mampat telah turun memberikan bantuan sejak jam 7.00 pagi. “Saya berada disini sejak jam 7.00 pagi dan telah mengagih-agihkan bantuan keprluan harian berupa beras, minyak dan lain-lain,”kata beliau. Bantuan tenaga dan kenderaan serta bot sedang diusahakan oleh Unit Amal Kuala Nerus yang turut membantu memindahkan barang-barang berharga penduduk.
Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemsyarakatan PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah yang berada di tempat kejadian mengatakakan beliau dimaklumkan air mula membanjiri kawasan tersebut sejak jam 2.00 pagi. Belia berkata sebuah tempat perpindahan sementara telah dibuka di Surau Taman Desa Pusu Tiga di mana bantuan telah diagihkan. “Pusat pemindahan sementara disini, di Surau “mereka akan berada disini sebelum dipindahkan ke pusat pemindahan tetap memandangkan kawasan surau ini agak sempit,”ujar beliau. Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana menurutnya beliau dimaklumkan oleh penduduk setempat bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tepoh tidak turun membantu. “Saya dimaklumkan YB tidak turun, dia (YB) kata ini bukan kawasannya, bukan pengundinya,” tambah Ustaz Abu Bakar Abdullah. Tinjauan medapati kereta YB ADUN Tepoh ada di bawah garaj di sebuah rumah berhampiran Taman Desa Pusu Tiga yang dipercayai menjadi rumah sewa beliau.
|
Ikuti Blog ini
Taman Desa Pusu Tiga Banjir – YB Umno/BN Tidak Turun ,Isnin, Disember 01, 2008 at 1.12.08,
MB T'ganu akui saingan sengit rebut K.T'ganu dengan PAS , at 1.12.08,
Katanya, tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu dimenangi Pas pada pilihan raya umum Mac lalu manakala hanya satu kerusi DUN dimenangi BN.
“Kita akui mungkin berhadapan pertandingan sengit tapi kita akan tetap akan pertahankan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. / Utusan

Calon-calon parlimen K.Terengganu 8 Mac lalu, dari kiri Maimun Yusof 89 (Bebas), Md Sabu (PAS) dan Allahyarham Razali Ismail (BN)
'Redha pemergian empat anak saya'- bekas KP Harakah , at 1.12.08,
KUALA LUMPUR, 1 Dis - 'Masuk ini yang sudah empat orang anak saya meninggal dunia. Mereka semua mendahului saya dan kini hanya tinggal seorang anak sahaja...namun saya redha atas ketentuan illahi.'
Demikian ungkapan penuh pilu bekas Ketua Pengarang Harakah Shuhaimi Mokhtar ketika ditemui Harakahdaily sejurus selepas menunaikan solat jenazah anak perempuannya, Sajaratudul, 29 di Masjid Damansara petang tadi.
Beliau memberitahu anaknya itu meninggal dunia kira-kira 5.35 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat lemah jantung dan berada di sisi Sajaratudul sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir. 
"Semalam dia sempat menunai solat Maghrib dan Isyak. Sepanjang tinggal di wad, dia tidak pernah meninggalkan solat sampailah ajalnya ketika masuk waktu subuh tadi," katanya.
Turut hadir sama memberi penghormatan terakhir ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali dan pemimpin veteran PAS dan Kolumnis Subky Latif.
Kira-kira 150 orang menunaikan solat jenazah anak bekas Ketua Pengarang Harakah yang juga bekas Timbalan Pengarang Utusan dan jenazah telah dikebumikan di Bukit Kiara. 
Ketika van jenazah berangkat ke perkuburan, Shuhaimi kelihatan tidak dapat menahan sebak dan menangis sambil cuba ditenteramkan oleh Hassan Ali.
Sementara itu Subky menyifatkan ujian yang dilalui oleh Shuhaimi cukup getir dan berharap beliau tabah dan sabar mengharungi cabaran yang tentukan oleh Allah SWT.Pinda ISA: Pemimpin MCA sokong Kayveas , at 1.12.08,
Kayveas juga dilaporkan berkata, PPP akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihanraya umum akan datang.Dalam satu kenyataan hari ini, anggota jawatankuasa pusat MCA, Wong Nai Chee berkata beliau bersetuju dengan desakan Kayveas supaya kerajaan meminda ISA.
"Kerajaan perlu memindan peruntukan-peruntukan dalam ISA yang tidak sesuai dan yang sudah ketinggalan zaman, bagi mengelak ISA disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, dan memulihkan keyakinan terhadap kerajaan," tegasnya.
Wong berpendapat, ISA perlu dipinda bagi menyediakan lebih banyak 'semak dan imbang' untuk dijalankan oleh pihak mahkamah."Ini dapat memastikan semakan kehakiman boleh dijalankan untuk menyiasat alasan-alasan tahanan dibuat dan sama ada alasan berkenaan mengikut semangat Akta tersebut," tambahnya.
Bagaimanapun, Wong yang juga pengerusi biro parlimen dan perundangan Pemuda MCA katanya, aspek pencegahan dalam ISA masih penting dalam mengekang keganasan
Beliau merujuk kepada serangan pengganas di Mumbai, India yang dilaporkan telah mengorbankan 195 nyawa dan 295 lagi cedara.
Wong berkata, beliau memahami kebimbangan yang disuarakan oleh Kayvaeas yang rakyat Malaysia memandang berat isu-isu berkaitan ISA dan jika BN tidak membuat pembaharuan, rakyat akan hilang keyakinan terhadap gabungan tersebut.
"Malalui saluran BN dan juga wakil kita di Kabinet, MCA akan terus mendesak kerajaan supaya meminda ISA. Parti juga berharap semua parti komponen BN berkerjasama dengan MCA, untuk mendesak ISA dipinda bagi mencegahnya daripada disalahgunakan," tegasnya.Dalam kenyataannya semalam, Kayveas dilaporkan berkata, kerajaan seharusnya berdepan dengan gesaan masyarakat supaya membuat pindaan ke atas ISA dalam senario politik dan sosial masa ini dengan ramai berpendapat akta tersebut telah disalahgunakan untuk menyekat kebebasan bersuara.
Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya masih akur kepada hakikat bahawa kewujudan ISA pada sesetengah keadaan dan masa telah membantu masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk hidup dengan aman, bersatu dan selamat.
''PPP bukan meminta supaya ISA dihapuskan, tetapi meminta kerajaan membuat pindaan yang realistik dan bersesuaian dengan keadaan semasa.
''Kami tidak ingin melihat keadaan yang mana orang ramai beranggapan bahawa ISA merupakan 'senjata' alternatif kerajaan untuk menghapuskan musuh politiknya,'' katanya selepas merasmikan persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita PPP di ibunegara semalam.
Dr Mohd Asri dipelawa menyertai Pemuda PAS , at 1.12.08,

KUALA LUMPUR, 1 Dis - Dewan Pemuda PAS Pusat mengajak bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul menyertai PAS bagi memudahkan beliau melaksanakan misi dan visi menyebarluaskan ajaran Islam kepada masyarakat.
Harapan itu dinyatakan oleh Timbalan DPPP, Ustaz Nasharuddin At-Tantawi ekoran berakhirnya jawatan Mufti pada 30 November lalu yang diamanahkan kepada Dr Asri selama dua tahun.
Menurut beliau, sebelum ini Dr Asri pernah mencuba satu ruang bersama pihak kerajaan melalui Jabatan Mufti memainkan peranan membawa fahaman Islam kepada masyarakat.
Bagaimanapun, katanya, disebabkan kekangan daripada pihak kerajaan apa yang dihasratkan itu tidak terlaksana.
"Kenapa Dr Asri tidak mencuba satu peluang bersama gerakan Islam (PAS) untuk memperjuangkan Islam. Mudah-mudahan beliau lebih berpeluang untuk melaksanakan misi dan visi membawa Islam kepada masyarakat," tegasnya.
Nasharuddin turut melahirkan kekecewaan kepada pihak Utusan Malaysia yang tidak membenarkan ruangan Mufti disambung oleh mufti lain sebaliknya diganti dengan Awang Selamat.
"Kenapa tidak dikekalkan ruangan itu untuk diisi dengan mufti lain. Sepatutnya pandangan mufti diletakkan diatas bukan hanya berdiam dan menanti atau melihat orang politik membuat keputusan negara," tegasnya.
Sepatutnya tambah beliau mufti perlu berperanan mendahului pandangan dan berani mengeluarkan pendapat berhubung dengan isu negara.
Walaupun Dr Asri gagal melaksanakan misi dan visinya, Nasharuddin tetap mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya membawa isu agama walaupun menimbulkan kontrversi.
Tambah beliau, tetapi sekurang-kurangnya ia mengundang dan menghidupkan perbahasan dikalangan tokoh-tokoh agama.Tawaran PKR ditimbang, Arif putus waktu terdekat , at 1.12.08,

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah masih mempertimbangkan tawaran untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketika dihubungi sebentar tadi, Arif Shah berkata, beliau memerlukan masa untuk meneliti tawaran tersebut dari pelbagai sudut.
Antara lain, kata Arif Shah, beliau ingin melihat sama ada Umno masih memerlukan khidmatnya.
"Jika betul, mereka perlu bekerja secara sama... jangan menindakkan usaha ikhlas saya untuk memberi khidmat kepada masyarakat," kata beliau menjelaskan soalan mengapa tidak menolak tawaran tersebut.
Awalnya beliau memberitahu masih meneliti perkara tersebut.
"(Tawaran) tak tolak (terus)," katanya.
Kata Arif Shah, tawaran itu diterima menerusi seorang individu yang dekat dengan PKR baru-baru ini.
Sambil menegaskan status quo masih kekal, Arif Shah berkata, keadaan belum mendesakknya untuk mengambil keputusan segera untuk keluar Barisan Nasional (BN) dan menyertai PKR.
Ketika ditanya sama ada akan membuat keputusan dalam waktu terdekat: "Ya, mungkin."
Arif Shah pernah bertanding dalam pilihan raya kerusi Parlimen Permatang Pauh menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ogos lalu.
Kerusi itu dimenangi Anwar.
Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menafikan khabar angin yang mengatakan Arif Shah akan menyertai PKR.
Bagaimanapun beliau tidak mengesahkan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar itu yang kononnya penyertaan Arif Shah ke PKR kerana kecewa dengan penyokong BN di Pulau Pinang.
Arif Shah, satu-satunya ADUN yang berjaya mengekalkan kerusi negeri untuk penggal kedua di bahagian Permatang Pauh berkata, beliau sedang serius mempertimbangkan kedudukan politikynya itu berikutan apa yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa yang teruk dalam kepimpinan Umno bahagian itu yang diketuai Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
Banjir: Terengganu makin pulih , at 1.12.08,
PEKARANGAN Masjid Hadhari di bandar Jerteh digenangi air ketika tinjauan semalam. Masjid Hadhari yang terletak di pinggir Sungai Jerteh kelihatan seolah-olah terapung-apung apabila banjir menenggelamkan hampir 60 peratus kawasan sekelilingnya akibat limpahan air Sungai Jerteh. Banjir yang melanda negeri Terengganu kali ini menyebabkan daerah Besut antara daerah yang paling teruk terjejas dengan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan mencecah seramai 1,371 orang daripada seramai 347 keluarga. KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih, terutama di Hulu Terengganu apabila semua pusat pemindahan banjir di daerah itu ditutup hari ini.
Kesemua baki sembilan orang mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Hulu Terengganu dibenar pulang ke rumah masing-masing malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata sehingga pukul 9 pagi ini seramai 292 orang masih berada di pusat pemindahan di tiga daerah di negeri ini.
Seramai 124 orang berada di pusat pemindahan di Besut, 143 orang di Marang dan 25 orang di Setiu, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau bekata, jumlah mangsa banjir di daerah Marang dijangka bertambah berikutan hujan lebat sejak pukul 2 pagi hingga 6 pagi ini dan pihaknya sedang mengumpul maklumat terkini mengenai jumlah mereka yang dipindahkan di daerah itu.
Paras air sungai Marang di Pengkalan Berangan kini berada pada paras waspada iaitu 12.73 meter manakala sungai Setiu di Kampung Bukit mencatat 12.13 meter iaitu melepasi paras, katanya.
Jalan-jalan yang masih ditutup ialah jalan Jertih-Hulu Besut, Jalan Pengkalan Berangan-Pulau Kerengga, Jalan Sungai Tong-Pelong, Jalan Matang-Telemong dan Jalan Permaisuri-Hulu Seladang kerana ditenggelami air sedalam antara 0.45 meter dan 1.5 meter.
Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang juga ditutup kepada semua kenderaan kerana Jambatan Temala rosak, kata jurucakap itu.
P Raya Kecil Kerusi Kuala Terengganu Anwar Beri Jaminan Akan Kerja Keras , at 1.12.08,

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) akan memberi sokongan sepenuhnya kepada mana-mana calon Pakatan Rakyat yang akan diletakkan bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang akan diadakan 58 hari dari sekarang.
Menurutnya, pihaknya akan mematuhi apa-apa saja keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung parti manakah yang akan meletakkan calon.Anwar: S'wak jalan baru ke Putrajaya ,Ahad, November 30, 2008 at 30.11.08,

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusun strategi baru - menggegarkan Sarawak sebagai langkah baru menuju Putrajaya dalam merealisasikan 'projek 16 September' menukar kerajaan persekutuan.
Katanya, beliau akan ke Sarawak pada pertengahan bulan depan dan mengarahkan semua pimpinan PKR bergilir-gilir untuk ke sana setiap minggu untuk meraih keyakinan masyarakat di sana menjelang pilihanraya negeri, selewat-lewatnya dijangka diadakan 2010.
"Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," kata penasihat PKR dalam ceramah khas malam tadi bersempena kongres nasional kelima partinya selama dua hari di Shah Alam mulai semalam.
"Selesai 14 haribulan saya ke Miri, saya akan minta menteri besar, ahli-ahli parlimen bergilir, tiap-tiap minggu mesti ada rombongan ahli Yang Berhormat dari Semenanjung yang turun ke Sarawak.
"Tanpa kecuali, semua mesti tetapkan jadual dan ikut disiplin parti."
Kempen terbaru mantan timbalan perdana menteri itu dilancarkan di hadapan beberapa ribu hadirin yang memenuhi Stadium Malawati, yang ternanti-nanti kupasan terbaru berhubung isu pertukaran kerajaan, asalnya diura-urakan 16 September lepas.
Langkah PKR itu diumumkan susulan penerimaan baik 12,000 penduduk Sarawak yang dilaporkan menyertai parti itu dua minggu lalu.
Anwar berkata, tarikh 16 September itu, merupakan sasaran ke arah membina satu kekuatan bagi menubuhkan kerajaan baru bersama dengan Pakatan Rakyat.
Menurutnya, mengambil alih kerajaan bukan perkara mudah dan menasihatkan agar rakyat bersabar menunggu masanya.
"Ini isu yang tidak mudah diungkap dan dilakar dengan kata-kata kerana ada sebab, ada hal yang saya tidak dapat sebutkan.
"Orang yang bersetuju, menunggu waktu untuk menyeberang, syaratnya tidak didedahkan sehingga mereka bersedia. Jadi, cakap salah, tidak cakap pun salah.
"Cakap salah, tidak cakap salah, jadi semua serba salah," katanya dengan gaya bernyanyi dan disambut dengan gelak ketawa para penyokongnya.
Sehubungan itu, Anwar berharap orang ramai bersabar walaupun beliau mengakui terdapat ahli-ahli PKR dan rakyat yang ragu-ragu dan tertanya-tanya bilakah beliau akan membentuk kerajaan baru dan berada di Putrajaya.
"Jika Allah mentakdirkan kita menang, kita menang.
"Saya yakin, insya Allah (ke Putrajaya) sebagaimana saya yakin (dapat menang lima negeri) sebelum 8 Mac," tambah Anwar.
Beberapa hari sebelum pilihanraya umum ke-12, beliau membuat kejutan dalam ceramahnya di Singapura apabila mendedahkan lima negeri akan jatuh ke tangan gabungan pembangkang.
Kenyataannya itu tidak diterima dengan mudah, termasuk oleh jentera kempen PKR sendiri waktu itu. Bagaimanapun keputusan akhirnya menyerlahkan ketepatan ramalan Anwar.
Tambahnya, keyakinannya untuk mengambil alih kerajaan pusat digerakkan juga oleh penerimaan ramai terhadap Pakatan Rakyat dalam pilihanraya itu dan juga kemenangan beliau di Permatang Pauh, Ogos lepas.
Menjelaskan kegagalannya merebut kekuasaan pada September lepas, Anwar menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang enggan berunding untuk membincangkan isu penyerahan kuasa.
Permintaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan satu sidang khas tergempar Dewan Rakyat untuk membentangkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri juga telah ditolak, tambahnya.
Dalam ceramah itu juga Anwar menyatakan beliau tidak berasa bimbang tentang ketandusan kepemimpinan dalam parti itu untuk meneruskan kesinambungan perjuangan PKR.
Ini kerana, tambahnya, parti itu mempunyai pemimpin-pemimpin muda yang berkelayakan untuk menentukan arah perjalanan parti itu walaupun tanpanya.
Ketua pembangkang itu menjelaskan, PKR akan mengadakan kongres khas untuk merancang penjanaan kekuatan parti pada Februari depan.
Beliau juga menegaskan kesediaan PKR mempertimbangkan desakan sayap Wanitanya yang menuntut penglibatan 30 peratus peranan wanita dalam membuat keputusan dan jawatan utama dalam parti.
Kerusi Parlimen Kuala Terengganu milik PAS - Azmin , at 30.11.08,
SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia memberi laluan kepada PAS untuk meletakkan calonnya bagi menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terenggganu.
Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata, pimpinan tertinggi PKR dalam mesyuaratnya semalam menetapkan sedia memberi peluang kepada rakannya dalam pakatan pembangkang itu.
“Malam kelmarin, PKR adakan mesyuarat khas. Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) mengambil ketetapan kerusi (Parlimen ) ini (Kuala Terengganu) secara tradisinya milik teman kita, PAS, ” katanya di Kongres Nasional Tahunan PKR di sini.
Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong kerana penyandangnya sebelum ini iaitu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismailmeninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland kira-kira pukul 6.30 petang, Jumaat lalu.
Azmin juga berkata, walau apa jua keputusan yang diputuskan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP, mereka akan sentiasa berpegang teguh kepada pendirian itu dan akan turun padang memberikan sokongan pada pilihan raya kecil brekenaan nanti.
Dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, Allahyarham Razali yang mewakili Barisan Nasional (BN) memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (31,562 undi) dan calon Bebas,Maimon Yusof, 89, (685 undi).
Ahli Parlimen Gombak itu juga berkata, Pakatan Rakyat akan memberikan tentangan hebat bagi memastikan kerusi Parlimen Kuala Terengganu itu menjadi milik mereka.
“Dulu, Mat Sabu pun kalah dengan majoriti kecil, itu pun sebab ada seorang makcik (Maimon) yang kacau.
“Tapi tak apa, makcik itu pada malam ini sudah setuju akan sokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil itu nanti…tapi makcik mana saya tak tahu,” katanya.
Dalam pada itu, Azmin juga berkata, Pakatan Rakyat bersedia menghadapi BN jika pilihan raya kecil juga berlaku di Pensiangan, sabah.
“Insya Allah, kalau BN kalah, sekali lagi kita akan turun berkampung di Pensiangan untuk rampas satu lagi kerusi bagi Pakatan Rakyat,” katanya.
M.Kayveas, Parti Progresif Rakyat Akan Keluar BN Jika Akta Zalim ISA Itu Tidak Dipinda !! , at 30.11.08,
[Nampaknya berita ini pasti memanaskan telinga para pemimpin UMNO dan kerajaan yang lain. Mereka kini ditentang dari segenap arah oleh parti kompnonen mereka. Jika dilihat senario semasa kini UMNO ditentang oleh PPP dan Gerakan menerusi isu ISA, dan terkini ditentang pula oleh MCA menerusi isu ketuanan Melayu. Walhal kedua-dua isu itu dimulakan dan dimainkan oleh mereka sendiri. Inilah padahnya bila buat tindakan tanpa usul periksa. Akhirnya apa yang dicanang-canangkan bukan sahaja ditolak oleh rakyat malah kroni sendiri].
Guan Eng tidak nafi penyertaan Arif Shah ke PKR , at 30.11.08,

SHAH ALAM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menafikan khabar angin yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah (gambar) menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau bagaimanapun turut tidak mengesahkan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar itu yang kononnya penyertaan Arif ke PKR kerana kecewa dengan penyokong Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang.
"Kami dalam Pakatan Rakyat menerima sesiapa sahaja yang ingin masuk menyertai kami yang menyokong prinsip yang kami perjuangkan.
"Saya pun tidak tahu dari mana laporan ini datang," katanya dalam sidang media selepas menghadri Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.
Menurut Lim lagi Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti demokratik mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai mana-mana komponen Pakatan Rakyat sama ada DAP, PKR mahupun PAS.
Tambah beliau lagi, sesiapa sahaja yang menyertai Pakatan Rakyat seharusnya sedar mengenai matlamat yang diperjuangkan berdasarkan prinsip keadilan sejagat.
Ditanya sama ada wujudnya usaha daripada pihaknya untuk membawa Arif yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu menyertai Pakatan Rakyat, beliau enggan mengulas lanjut.
Mengulas mengenai kehadiran bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke Pulau Pinang Jumaat lalu, Lim berkata perkara itu tidak memberi sebarang pengertian mengenai pendirian politik Zaid.
"Saya menghargai kehadiran Zaid bukan sahaja ke Kongres PKR malah ke Jamuan Makan Malam Raksaksa di Pulau Pinang.
"Ini menunjukkan beliau berkongsi wawasan yang sama dengan Pakatan Rakyat untuk wujudkan sebuah negara yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama," katanya.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan, Arif Shah berada dalam keadaan dilema sama ada ingin terus kekal bersama Umno atau menyertai Pakatan Rakyat.
Arif Shah yang merupakan satu-satunya ADUN yang berjaya mengekalkan kerusi cawangannya untuk penggal kedua di bahagian Permatang Pauh berkata, beliau sedang serius mempertimbangkan kedudukan politikynya itu berikutan apa yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa yang teruk dalam kepimpinan Umno Permatang Pauh yang diketuai Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.
KEWAJIPAN MENGUNDI MENGIKUT HUKUM SYARA’ , at 30.11.08,

OLEH DATO' HAJI HARUN TAIB
Jom kita pakat lobi untuk Mat Sabu , at 30.11.08,

Salam takziah untuk seluruh keluarga Allahyarham Razali Ismail terutama isteriToh Puan Nooraini binti Lob Yusoff dan 5 orang anak beliau; Muhammad Nurazli, Asrul Shah, Khairul Amar dan Khairul Arif. Bila dah meninggal wakil rakyat dan belum cukup tempoh matang tempoh maka SPR kena la buat pilihanraya dalam masa 60 hari selepas dimaklumkan.
Ada yang kata pilihanraya kecik akan dibuat dalam masa cuti sekolah ni jugak. Tak kira laa bila pun, walaupun bukan masa cuti sekolah, dah saheh laa jem pekan Kuala Terengganu. Melimpah ruah laa rezeki peniaga kat sana. Tokey² hotel termasuk rumah tumpangan dah mula senyum sampai ke telinga.Siasahdaily awai-awai lagi dah lobi Datuk Wan Mutalib Embong untuk calon PR. Selain tu disebut jugak nama Datuk Mustafa Ali. Yang aku heran pasai apa tak sebut pun nama Bang Mat Sabu. Kalau pun tak suka dia jadi calon, patutnya sebut laa nama dia kurang² pun sebagai calon yang kalah sebelum ni.
Aku cukup tak puaih hati pasai pada aku takdak calon lain yang lebih sesuai selain dari Tuan Hj Mohamad bin Sabu, Naib Presiden PAS. Seorang bekas ahli parlimen pembangkang yang cukup berkesan dan cukup istiqamah memperjuangkan demokrasi.Walaupun dia kalah pilihanraya umum dulu, tapi kalah sikit jaa, 628 undi, Makcik Maimun pun dapat 685 undi. Pada pendapat aku peluang Bang Mat menang sangat cerah, walaupun ramai calon macam makcik Maimun masuk calon.
Hujjah aku yang pertama. Antara sebab Bang Mat kalah dulu pasai ada saraf kuat dok main kata orang kuat mencarut macam Bang Mat tak sesuai jadi calon PAS. Ramai jugak yang termakan sampai ada khabar angin mengatakan yang petugas PAS pun ada yang tak bagi undi kat Bang Mat.
Tapi rasanya depa dah sedar kesilapan depa. Walaupun mungkin bagi depa mulut Bang Mat capui tapi banding dengan isu minyak naik, jadi kecik sangat, tak padan sangat depa buat lagu tu dulu. Tambah pulak yang banyak tak bagi undi dulu tu katanya budak-budak muda, penuh emosi.Hujjah aku yang kedua. Semua kepakaran PAS akan tertumpu kat sana. Tambah pulak sebelum ni orang Kuala Terengganu belum pernah tengok orang India kerja keras kempen calon PAS. Kali ni Hindraf Pt Buntar tengah cari sponser dua biji bas, belanja lain depa tanggung sendiri.
Hujjah aku yang ketiga. Orang Umnoi Terengganu perang saudara tak habih lagi. Kem Deris Jusuh lawan kem Mat Said. Banyak jugak undi orang Umnoi akan dapat kat Bang Mat sebagai undi protes. Tambah pulak tengah musim merasuah. Depa ramai-ramai pi sana bukan nak bagi tolong rasuah untuk pilihanraya tapi akan sibuk bagi rasuah untuk pemilihan. Senang, tak payah susah² nak turun bahagian².Hujjah aku yang keempat. Semenjak dua menjak harga minyak naik turun ni, ramai orang Umnoi yang belah bawah bengang dengan pemimpin depa. Depa cukup terasa bila harga barang melambung pasai harga minyak naik mencanak baru ni. Aku rasa gelombang tu hebat jugak kat Kuala Terengganu. Depa dok harap Bang Mat Sabu belasah pemimpin Umnoi kat Parlimen.
Hujjah aku yang kelima. PAS sendiri akan pastikan dengan apa cara sekali pun untuk menang. Tambah lagi untuk PAS Terengganu. Aku tak boleh bayang laa kalau letak Bang Mat pun kalah jugak. Depa akan jaja kat tv tiap-tiap malam, "Berlagak sangat PAS ni, konon hebat, awat kalah??" Masa tu jugak tak kira tinggi mana pun 'junjung', 'kaduk' mesti panjat punya.
Oleh itu, aku mengajak semua bloggers yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat, terutama BloggersNetwork@Perak bersama² semua BloggersNetwork@negeri-negeri lain yang dalam proses penubuhan supaya melobi untuk Bang Mat Sabu.Segala pertengkaran, segala perbezaan pendapat dan segala rasa tidak puas hati. Marilah kita bersatu hati, berganding bahu, bersama² melobi bersungguh² supaya Tuan Haji Mohamad bin Sabu dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat untuk pilihanraya kecil P036 - Parlimen Kuala Terengganu
Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu – Umno Sukar Menentukan Calon , at 30.11.08,

Kuala Terengganu – Petunjuk berkaitan calon-calon yang akan bertanding untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mungkin akan diketahui awal minggu hadapan.
Secara rasmi, PAS Terengganu belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan PRK Kuala Terengganu.
Manakala pihak lawan UMNO, menurut Ketua Penerangannya Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, parti itu dijangka akan membincangkan agenda PRK Kuala Terengganu pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang akan diadakan pada Rabu ini (3hb).
Namun mesyuarat tersebut mungkin tidak dapat memutuskan calon yang akan bertanding sebagaimana kenyataan beliau yang di petik The Star Online.
Ia adalah kerana menurut Mohammad UMNO juga akan turun ke Kuala Terengganu untuk membuat tinjauan bagi menentukan calon.
“UMNO akan turun ke Kuala Terengganu secepat mungkin untuk melihat apa yang harus dibuat dan tindakan yang akan diambil bagi persiapan memastikan kerusi tersebut dikekalkan oleh Barisan Nasional,”kata beliau di Putrajaya semalam.
Mengulas kenyataan Mohammad, Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat@Ramli berkata tindakan Umno pusat untuk turun ke Kuala Terengganu adalah kerana parti itu dalam keadaan tertekan dan sukar untuk menentukan calon.
Beliau yang juga Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Terengganu berkata masalah perpecahan Umno Terengganu masih belum selesai.
“Pihak yang menyokong Pengerusi UMNO Terengganu, Dato’ Ahmad Said, mahukan calon (PRK Kuala Terengganu) dari kalangan mereka,
“manakala pihak yang menyokong bekas Pengerusi, Dato’ Seri Idris Jusoh juga mahukan calon dari kalangan mereka,”kata Hanafiah.
Dalam perkembangan yang sama, Hanafiah berkata PAS Terengganu mungkin akan turut membincangkan perkara berkaitan PRK Kuala Terengganu pada mesyuarat ‘rutin’ Perhubungan PAS Negeri Terengganu yang dijadualkan pada 6hb depan.
Perkara itu turut disahkan oleh seorang lagi Jawatankuasa PAS Terengganu, Ustaz Mohd Pauzi Muda yang dihubungi semalam.
“Oleh kerana perkara ini (PRK Kuala Terengganu) baru timbul, mungkin akan dibincangkan,”kata Mohd Pauzi.



