Ikuti Blog ini

Jerit: Ketua Polis Selangor bohong.


Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), yang menganjurkan kempen "Rakyat Pengayuh Perpaduan" ke seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai isu-isu yang menjejaskan mereka, membidas Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, kerana menuduh badan itu menyalahgunakan kanak-kanak dalam kempen tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jerit mendakwa Khalid berbohong dan telah mengelirukan rakyat mengenai situasi sebenarnya.

Semalam, ekoran penahanan kira-kira 50 penunggang basikal di Rawang, Khalid memberitahu pihak media bahawa 28 daripada mereka didapati berusia di bawah 18 tahun.

Khalid dilaporkan berkata, polis bertindak menahan kumpulan berbasikal itu bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada dianiaya dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau memberitahu media malam tadi, bahawa ketika memberi keterangan, "kanak-kanak tersebut memberitahu mereka tidak tahu menahu mengapa disuruh ikut serta dalam perarakan berbasikal tersebut."

Beberapa penunggang basikal dan penyelaras Jerit telah ditahan dan disoalsiasat di bawah Akta Polis kerana mengadakan perarakan awam tanpa permit dan di bawah Akta Kanak-kerana kerana didakwa menyalahgunakan kanak-kanak.

Sebaliknya, kata Jerit, kesemua penunggang basikal di bawah umur itu telah mendapatkan kebenaran ibu bapa mereka untuk menyertai kempen tersebut.



Anak PR Bakal Lahir di PRK P036

Semalam penulis berkesempatan untuk bersama-sama lautan manusia di Kompleks PAS Kedah untuk mengikuti ceramah perdana YAB MB Kedah dan YAB MB Perak.

Sejak dilantik MB Perak, inilah kali pertama bagi YAB Dato' Seri (Ir) Mohammad Nizar Jamaludin bercakap dihadapan penyokong PAS dan PR di negeri utara semenanjung. Bagi penulis, sememangnya cukup beruntung rakyat Perak secara keseluruhannya kerana mendapat seorang tokoh yang petah berbicara (termasuk dalam berbagai bahasa) YANG BELUM ADA pada MB sebelumnya... Syabas dan tahniah..!

Sebelum itu YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (MB Kedah) dalam ucapan aluannya menceritakan bagaimana dalam usia 9 bulan pemerintahan PR di lima buah negeri (kecuali Kelantan) seumpama menunggu kandungan yang bakal lahir berhadapan banyak dugaan dan ujian.

Kerajaan PR sentiasa menangkis segala bentuk serangan dari segenap penjuru oleh media perdana yang rata-rata mahu menamatkan usia kandungan PR layaknya. Perkara ini memang berterusan dan belum ada penyudahan yang nampak bahawa BN sememangnya 'gila talak' dan sentiasa 'menyalak'.

Bagi penulis, BN terus menyalak tanpa rasa segan silu meskipun rakyat telah membuat isyarat untuk mereka dalam PRK Permatang Pauh. Rasanya dalam menanti saat kelahiran seperti lazim seorang ibu mengandung selama 9 bulan, apakah akan bakal lahir seorang putera PR di PRK K.Terengganu pada 17/01/2009 ?

Dalam menanti (over-due) pada tarikh tersebut, ujian PR semakin hebat dan kita tidak mahu kandungan gugur begitu sahaja. Apa yang penting ancaman BN untuk menggugurkan kandungan PR semestinya dihentikan sebaliknya memastikan kelahiran putera Pakatan Rakyat LAHIR DENGAN SELAMAT..!!


Seleweng kuasa: BPR bersihkan menantu MB Kelantan

KOTA BHARU - Percubaan pihak tertentu untuk mempalitkan isu rasuah terhadap pemimpin kerajaan negeri dan anggota keluarganya ternyata tersasar apabila tiada kes yang mampu diketengahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) selepas siasatan dilakukan.

Begitu juga kes yang cuba dibabitkan menantu Menteri Besar, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman semalam disahkan BPR telah ditutup kerana tiada asas yang mampu diketengahkan.

Pengarah BPR Kelantan, Mohd Jaafar Hussen dilaporkan berkata dakwaan mengenai penyelewengan kuasa oleh Ariffahmi yang juga Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) telah ditutup setelah didapati dakwaan itu tidak berasas.

"Dari segi perundangan, kes berkenaan tidak ada kesalahan dan semua dakwaan itu tidak betul menyebabkan kes berkenaan ditutup," katanya.

Ariffahmi ketika dihubungi melahirkan rasa syukur kepada Allah swt kerana telah melindunginya daripada musibah dan membersihkan namanya dari tuduhan tidak berasas sebelum ini.

"Terima kasih di atas sokongan dan doa beterusan Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri serta kawan-kawan yang mengikuti kes ini.

"Saya memang menghadapi kes ini dengan tenang dan yakin ia akan selesai dengan baik.Terima kasih kepada pengarah dan pegawai BPR yang memberi layanan baik semasa siasatan dilakukan.Image

"Saya tetap komited dengan dasar pentadbiran kerajaan negeri iaitu ubudiah, masuliah dan itqan yang mana ia memberi panduan manual kerja kepada saya untuk dunia dan akhirat," katanya.

Beliau juga memanjatkan doa supaya Allah swt memberikan hidayah, kemudahan, keberkatan dan kekuatan untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.

Menurut beliau dengan selesainya kes tersebut, membolehkannya bekerja dengan lebih gigih bagi menjayakan misi dan agenda PMBK.

Katanya juga beliau mengalu-alukan sebarang teguran bagi kebaikan PMBK yang diterajuinya sekarang.

Sebelum ini ada beberapa kes yang cuba dibabitkan pemimpin kerajaan negeri dan pegawai dengan membuat laporan kepada BPR serta polis, namun belum ada yang mampu diketengahkan ke peringkat pendakwaan.

Begitu juga dengan siasatan polis terhadap Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran kenyataan pernah cuba dirasuah tauke balak ketika baru mengambilalih teraju pentadbiran kerajaan negeri, namun ia senyap sepi sehingga sekarang.


57 ditahan sertai kempen berbasikal Jerit

PENYOKONG kempen 'Rakyat Pengayuh Perubahan' anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) menyalakan lilin selepas ahlinya ditahan di Balai Polis Rawang semalam.

RAWANG: Seramai 57 individu termasuk 28 remaja dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ditahan polis kerana menyertai kempen 'Rakyat Pengayuh Perubahan' anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) di sekitar Sungai Choh di sini kira-kira pukul 6 petang semalam.

Turut ditahan adalah ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nie daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anggota Parlimen Sungai Siput, Dr D. Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata penahanan kumpulan berbasikal tersebut terpaksa dibuat bagi menghentikan dan mengelakkan kanak-kanak daripada dieksplotasi oleh pihak tertentu.

"Polis bertindak demikian bagi menyelamatkan kanak-kanak ini daripada dianiya dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sedangkan ketika kanak-kanak tersebut memberi keterangan, mereka memberitahu bahawa mereka tidak tahu menahu mengapa disuruh ikut serta dalam perarakan berbasikal tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Rawang di sini malam tadi.

Beliau berkata polis akan menghubungi ibu bapa kesemua kanak-kanak dan remaja berkenaan supaya meminta mereka membawa pulang anak masing-masing sekaligus menyiasat sama ada kesemua mereka telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa masing-masing atau tidak.

"Kita akan minta ibu bapa untuk membawa pulang kesemua anak-anak mereka yang menyertai kayuhan berbasikal itu untuk pulang semula ke utara," katanya.

Khalid turut memberi amaran keras agar tiada lagi mana-mana pihak selepas ini bertindak membelakangkan dan melanggar undang-undang dengan membuat perhimpunan secara haram.

Katanya pada sesi soal siasat itu juga, Dr. Jeyakumar mengaku sebagai penganjur kempen itu.

Khalid berkata mereka ditahan di bawah Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak dan di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana membuat perhimpunan haram.

Tinjauan mendapati kira-kira empat trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di luar bangunan balai bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.


Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bakal Humbankan Pemimpin UMNO Selepas Ini !!

KUALA LUMPUR - Saudara mara yang terlibat atau bersubahat dengan penerima rasuah mungkin menerima tindakan yang sama dengan orang yang tertuduh berdasarkan peluasan tafsiran 'saudara' dalam Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata berdasarkan rang undang-undang itu, tafsiran bagi 'saudara' telah diperluaskan untuk merangkumi isteri atau suami penerima rasuah, adik, kakak atau abang, adik, abang atau kakak isteri atau suami orang itu, bapa saudara, emak saudara, sepupu atau menantu penerima rasuah, berbanding tafsiran dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997. "Mentua, menantu, anak saudara, bapa saudara, emak saudara dan sepupu orang tertuduh tidak terangkum dalam tafsiran 'saudara' di bawah APR 1997 sedia ada dan implikasinya dari ketiadaan itu, tindakan tidak dapat diambil sekiranya terdapat kes yang merujuk kepada kumpulan tersebut," katanya. Mohamed Nazri, yang membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua hari ini, berkata kekurangan itu akan diatasi dengan memperkenalkan tafsiran baru di bawah undang-undang baru itu supaya skop pemakaiannya bagi kesalahan di bawah Fasal 23 dan 36 turut melibatkan golongan tersebut. Penalti bagi kesalahan di bawah fasal berkenaan ialah penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Penalti sama boleh juga dikenakan terhadap manamana pegawai awam asing yang melakukan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk menerima suapan. Mohamed Nazri berkata peruntukan di bawah Fasal 22 merupakan satu kesalahan baru yang digubal di bawah SPRM sebagai memenuhi obligasi di bawah Artikel 16 Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Menentang Rasuah yang telah diterima pakai oleh Malaysia sejak September lepas. Mohamed Nazri berkata berbanding APR 1997, rang undang-undang SPRM juga mencadang untuk memansuhkan hukuman penjara minimum iaitu 'dipenjarakan selama tempoh tidak kurang empat belas hari'. Bagaimanapun hukuman penjara maksimum 'tidak lebih dua puluh tahun' dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi masih dikekalkan. Penalti yang dicadangkan dalam SPRM itu merupakan antara cadangan penambahbaikan kepada APR 1997 tetapi sebahagian besar peruntukan yang terdapat di dalam APR 1997 masih dikekalkan memandangkan ia masih relevan dalam konteks pencegahan rasuah di negara ini, kata Mohamed Nazri. Beliau juga berkata Jabatan Perkhidmatan Awam telah meluluskan tambahan keanggotaan bagi pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) seramai 500 orang untuk 2008 dan seramai 900 orang lagi untuk tahun hadapan. Kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan keupayaan BPR sedia ada dengan menambah keanggotaan seramai 5,000 orang dalam tempoh lima tahun. Mohamed Nazri berkata langkah itu akan dapat membantu BPR mempercepatkan proses penyiasatan dan memberi perkhidmatan pencegahan rasuah yang lebih baik kepada masyarakat.

[Nampaknya SPRM ini amat baik dan semakin telus gamaknya. Maka semakin gentarlah pemimpin-pemimpin UMNO Pahang untuk membaham duit rakyat selepas ini. Kami tidak akan berkompromi dan gentar dengan tindakan saman yang mahu dikenakan atas segala pendedahan yang dilakukan ini. Tambahan pula maklumat yang kami dapati ini adalah daripada puak-puak UMNO sendiri, malahan ada sesetengahnya yang mempunyai jawatan penting dalam parti itu di Pahang sekarang. Justeru itu, harapan besar untuk kita menghumbankan pemimpin UMNO yang selama ini jelas mengamalkan rasuah dan penyelewengan semakin ternyata. Tambahan pula apa yang kami dedahkan sebelum ini adalah berkaitan dengan isu yang melibatkan adik beradik pemimpin tertinggi UMNO Pahang. Maka itu usahlah cuba untuk menghambat kami dari melarikan diri agar keluar dari kenyataan yang sebenarnya].


RM 408.6 Juta Bukan Royalti



http://buletinonline.net/images/berita15/royaltibohong.jpgKuala Terengganu – Rakyat diharap tidak terpedaya dengan penyerahan ‘replika cek’ berjumlah RM408 juta oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak kepada Menteri Besar yang dikatakan sebagai ‘tambahan atau baki royalti’ tahun 2007 dan 2008 pada Sabtu lalu.


Sebaliknya, baki tersebut bukan pembayaran royalti sebenarnya tetapi ia adalah baki wang terimaan ‘dana khas’ dari kerajaan persekutuan yang belum dilunaskan sebelum ini, bagi tahun 2007 dan 2008.

“Ia bukan royalti, royalti belum diselesaikan lagi, ada dalam lembaran akaun, kerajaan persekutuan melalui dana khas hanya menyerahkan 78% sahaja sebelum ini,”kata Bendahari PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut semalam.

Beliau berkata pembayaran royalti sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang adalah bayaran secara terus dari Petronas ke dalam akaun kerajaan negeri Terengganu.

Sehubungan dengan itu Parti Keadilan Rakyat (PKR) meragui kesahihan cek bernilai RM408 juta yang diserahkan oleh Najib Razak kepada Ahmad Said itu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR negeri Terengganu, Fariz Musa berkata penyerahan cek yang dikatakan sebagai pembayaran wang royalti petroleum merupakan satu ‘gimik’ politik menjelang pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

“Ia hanya satu ‘gimik’, propaganda politik murahan UMNO dan Barisan Nasional untuk mengelirukan rakyat dan pengundi menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu,

“Kenyataan untuk menyerahkan kembali bayaran royalti dibuat oleh Perdana Menteri enam bulan yang lalu, sehingga bulan lalu MB kata duit royalti (akan diterima) mungkin bulan Mac depan,

“menjelang pilihanraya kecil, tiba-tiba pembayaran tersebut diserahkan,”kata beliau ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau taktik kotor UMNO, mengumpan rakyat dengan wang menjelang pilihanraya menunjukkan UMNO bukan lagi sebuah parti yang mempunyai kekuatan politik.

Manakala Pengerusi Penaja Parti Tindakan Demokatik Ng Chai Hing menyifatkan penyerahan wang sebanyak RM408 juta adalah cubaan UMNO dan Barisan Nasional untuk menarik perhatian pengundi menjelang pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Beliau berkata pembayaran royalti petroleum yang sebenarnya haruslah mengikut prosedur undang-undang sebagaimana perjanjian yang dibuat dibawah akta petroleum tahun 1974.

“Ia gimik politik, cuba meraih publisiti untuk menarik perhatian pengundi menjelang pilihanraya kecil kuala Terengganu, bukan pembayaran royalti sebanar,”katanya


AMK akan gempur habis-habisan PRK Kuala Terengganu


KUALA LUMPUR, 15 Dis - Angkatan Muda KeADILan (AMK) akan mengadakan gerak gempur menyeluruh di Kuala Terengganu sebagaimana dilakukan ketika menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh dahulu bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya telah pun menghubungi Ketua Pemuda PAS Terengganu dan akan mengadakan mesyuarat pemuda Pakatan Rakyat pada 17 Disember ini sebagai persiapan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Menurut Shamsul antara yang akan di bincangkan nanti ialah penubuhan bilik gerakan, pengagihan dan atur cara ceramah, membantu semakan daftar pengundi dan pelbagi lagi tugas yang membabitkan kempen pilihan raya.

AMK akan pastikan gelombang kemenangan Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu turut melanda P36 Kuala Terengganu ini, katanya.

AMK akan menggabungkan seluruh AMK negeri-negeri untuk sama-sama turun berkampung di Kuala Terengganu untuk membantu dan bekerjasama erat dengan Dewan Pemuda PAS Terengganu bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat, katanya.

Kemenangan ini amat bermakna kepada Pakatan Rakyat justeru gerak gempur pemuda harus berjalan dengan baik dan berkesan di semua pelusuk di kawan Parlimen Kuala Terengganu, katanya.

Kata Shamsul jentera pemuda Pakatan Rakyat juga akan memastikan tidak terdapat kemasukan pengundi hantu pada sebelum atau pada hari membuang undi pada 17 Januari nanti.


Bush kena lontar kasut semasa lawatan di Iraq




BAGHDAD: Kunjungan Presiden George W. Bush semalam sepatutnya menjadi lawatan terakhir ke Iraq sebelum meninggalkan White House bulan depan.

Beliau tidak menerima "cenderamata penghargaan" daripada rakyat Iraq, sebaliknya menerima balingan kasut ketika mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.

Seorang wartawan Iraq melemparkan dua kasut terhadap Bush tetapi tidak menepati sasaran kerana beliau sempat mengelak balingan.

Kasut itu kemudian mengenai dinding belakang.

Nouri bagaimanapun cuba menyelamatkan Bush walapun balingan itu tidak mengena.

"Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!" jerit wartawan berkenaan dalam bahasa Arab.

Dia kemudian dikenali sebagai Muntadar al-Zeidi iaitu koresponden bagi saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir.

Kemudian Bush bergurau: "Ia (kasut) bersaiz 10."

Kunjungan itu diadakan 37 hari sebelum Bush meninggalkan White House.

Bush akan digantikan Barack Obama pada 20 Januari ini.

Bush menggerakkan tindakan ketenteraan ke atas Iraq pada 2003 dalam usaha menggulingkan Saddam Hussein.

Ketika Saddam digulingkan, pentadbiran Bush disanjung tinggi.

"Perang belum berakhir lagi," kata Bush sambil menambah, perang itu akan mencapai kemenangan kelak.

Selepas itu Bush berlepas ke Afghanistan yang turut diserang Amerika Syarikat atas nama peperangan ke atas pengganas pada tahun 2001.


Mukhriz membantu PAS di KT




 Nampaknya Mukhriz anak lelaki Mahathir anak lelaki Kutty telah menbantu calon PAS dalam PRK Kuala Trengganu. Syabas Mukhriz, begitulah anak jantan yang berani melawan tokey kuat lena...

KUALA TERENGGANU - Situated in the middle of Kuala Terengganu town, Kampung Cina, the area with the highest concentration of Chinese in the Parliamentary constituency, may decide which party wins the seat.

And Datuk Mukhriz Mahathir's recent remarks about abolishing vernacular schools appears to be turning into a major issue that could swing the voters there who are traditional Barisan Nasional (BN) supporters away from from the ruling coalition.

The DAP has already promised to send national party leaders to campaign for the Pakatan Rakyat candidate with the aim to attract the Chinese voters' attention to national issues affecting the community.


Pengundi Cina di Kampung Cina merupakan 10 % daripada keseluruhan jumlah pengundi KT yang berjumlah sekitar 80,000 orang. Dengan kenyatan Mukhriz yang ingin memansuhkan sekolah Cina, maka ini umpama menuang petrol kebara api yang baru nak menyala. bila petrol menyambar sah UMNO akan terbakar. Calon UMNO akan berputih mata, seputih mata bapa Sharibuu yang inginkan pembelaan yang sepatutnya untuk kematian Altantuya..

Oleh itu kita berseru kepada puak-puak Melayu dok tunggu apa lagi. Jangan bagi undi kepada parti yang akan kalah. Hangpa pun tau UMNO akan kalah di KT. Oleh itu jangan membuang undi yang begitu berharga itu. Mengundi parti yang akan kalah adalah satu pembaziran. Umpama ada duit dok pi beli rokok yang merosakkan. samalah juga seperti mengundi UMNO yang pemimpinnya rosak akidah. Islam Hadari bawaan Pak Dolah pemimpin UMNO yang rosak akidah.

Oleh itu hamba berpesan...

Undi yang berharga jangan di siakan..
Mengundi UMNO jangan ada dalam fikiran..
Parti rosak akhlak dan moral jangan di pedulikan..
Pangkahlah bulan penuh demi masa depan..

Janganlah jadi cicak yang meniup api ketika Namrud membakar Nabi Ibrahim. Api tak bertambah marak dengan tiupan sicicak, tetapi sebaliknya si cicak yang dimurkai Allah. Nauzubillah.,..."

PENGUNDI CINA TETAP JADI KEUTAMAAN: PAS

Ng Chai Heng , Pengerusi DAP Terengganu.

Pengerusi Jentera Pilihanraya Kecil Pas Kuala Terengganu, Datuk Haji Wan Mutalib Embong berkata, Pas tidak akan mengabaikan masyarakat Cina di daerah Kuala Terengganu yang selama ini banyak menyumbang ke arah kerjasama dengan pihak mereka.

“Di sini (Kuala Terengganu) kita ada DAP dan Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai anggota berbilang kaum di mana boleh memastikan matlamat kita tercapai untuk membela rakyat dapat dilaksanakan,” katanya lagi.

Beliau optimis dengan kerjasama bersama DAP dan PKR, calon Pas yang akan bertanding di Kuala Terengganu nanti akan memperoleh kemenangan. Malah, ketika mengulas lanjut, beliau yakin pihaknya akan terus mendekati masyarakat itu lebih-lebih lagi pilihanraya kecil ini berbeza dengan pilihanraya umum.

“Dalam pilihanraya kecil ini kita rasa lebih bebas kerana ia melibatkan kerusi Parlimen,” katanya.

Berdasarkan unjuran keputusan pilihanraya umum lalu di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil kali ini bakal berlangsung sengit memandangkan landskap politik telah jauh berubah.

Menurutnya, masih banyak kekurangan yang dibiarkan oleh pihak kerajaan pusat dan negeri ke atas penduduk Terengganu terutamanya kadar kemiskinan yang masih tinggi. Malah, kemudahan asas yang di bandaraya itu juga masih jauh terkebelakang yang menunjukkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Sebagai langkah menjamin kemenangan, kita ada mekanisme tersendiri untuk memastikan kemenangan milik kita nanti, dan kita ada kelab penyokong,” katanya lagi.



Dr. Asri: Pemilihan PM perlu libatkan rakyat

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kini bercuti sabatikal di United Kingdom berpendapat sudah sampai masanya pemilihan Perdana Menteri dibuat dengan melibatkan setiap individu rakyat.

"Mungkin sudah sampai masanya untuk rakyat Malaysia memikirkan kaedah pemilihan Perdana Menteri negara ini dengan cara yang membabitkan setiap individu rakyat.

"Sistem yang digunapakai di Amerika, mungkin boleh difikirkan disamping beberapa pengubahsuaian berdasarkan kepada keperluan negara ini," kata beliau melalui emel yang dikirimkan baru-baru ini.

Kelebihan pemilihan terbuka, menurut Dr Asri, yang seperti di atas ini boleh dilihat kepada beberapa perkara berikut:


i. Pemilihan seperti itu akan benar-benar mewakili keredhaan majoriti rakyat.


ii.Cara pemilihan yang sebegini, dengan diberi peluang yang adil bagi setiap calon akan menghasilkan tokoh kepimpinan yang lebih berkarisma, berkemampuan dan telus.


iii.Kewibawaan atau kesetiaan rakyat untuk taat kepada sesiapa yang dipilih menjadi Perdana Menteri lebih nyata disebabkan setiap warga diberi peluang yang sama dalam pemilihan.


iv.Cabaran atau ugutan penentang Perdana Menteri yang dipilih tidak boleh menggugat kewibawaan seseorang Perdana Menteri kerana dia benar-benar dipilih oleh majoriti rakyat.


v.Mereka yang tidak berwibawa atau bermasalah akan bimbang untuk menawarkan diri dalam pemilihan yang terbuka seperti itu.


vi.Kesedaran umat Islam tentang perpaduan dan ukhuwwah islamiyyah demi survival mereka akan meningkat.


Namun, jelas Dr Asri, cadangan ini jika hendak dilaksanakan hendaklah benar-benar dihalusi agar lebih mendekati maksud sistem syura yang dinyatakan oleh Islam.

"Penegakan akhlak Islamiyyah dalam pemilihan calon dan kempen hendaklah dijadikan asas yang membawa kepada keharmonian pemilihan," kata beliau.




PRK P 36 :Taktik Awal UMNO Sudah Dibaca…


Penggunaan dakwat kekal hanya akan menghalang mereka dari mengundi lebih dari sekali. Olih itu ianya tidak bolih dilaksanakan dalam PRK ini nanti kerana penggunaannya hanya mengundang padah pada UMNO.

Penggunaan dakwat kekal hanya akan menghalang mereka dari mengundi lebih dari sekali. Olih itu ianya tidak bolih dilaksanakan dalam PRK ini nanti kerana penggunaannya hanya mengundang padah pada UMNO.

PRK P 36 :Taktik Awal UMNO Sudah Dibaca…


Ketika mengumumkan tarik pilihanraya kecil P 36, Kuala Terengganu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar antara lain menyebut bahawa dakwat tidak mudah padam di jari pengundi, seperti yang pernah dijanjikan akan diamalkan oleh SPR, tidak akan dilaksanakan dalam pilihanraya ini.

Gambaran awal bagaimana SPR akan berusaha menentukan keputusan PRK nanti.Taktik sebegini mudah dibaca.

Nampak sangat SPR berbelit dalam memberi alasan ini kerana semasa PRU dulu, SPR menggunakan alasan bahawa ada pihak menyeludup dakwat tersebut tetapi kali ini, tidak mudah padam di jari pengundi pula dijadikan alasan.

Yang bolih kita jangkakan dengan keputusan tidak menggunakan dakwat kekal ini ialah adanya unsur unsur pengundi yang mengundi lebih dari sekali dalam PRK nanti.Daftar undi yang bakal digunakan kelihatan seperti telah dibersihkan tetapi dengan ketiadaan dakwat kekal ini, kelibat “hantu tempatan” kemungkinan masih ada.

UMNO dan SPR cukup tahu bagaimana kecilnya perbezaan undi yang bakal diperolehi olih calon yang bertanding dan sekiranya pengundian diadakan secara bersih dan adil, ada kemungkinan calon mereka akan tewas walaupun dengan majoriti yang kecil.

Untuk itu, mengujudkan “hantu hantu tempatan” adalah pilihan yang bagus bagi mereka kerana hantu hantu tempatan ini telah terbukti berkesan di Besut pada dua PRU yang lalu.Istilah hantu hantu tempatan merujuk kepada pengundi pengundi tempatan yang disusun dalam daftar undi untuk membolihkan mereka mengundi lebih dari sekali.

Penggunaan dakwat kekal hanya akan menghalang mereka dari mengundi lebih dari sekali. Olih itu ianya tidak bolih dilaksanakan dalam PRK ini nanti kerana penggunaannya hanya mengundang padah pada UMNO.

SPR, sebagai kuda tunggangan UMNO sekali lagi digunakan untuk memaksimakan usaha mereka untuk memenangi PRK nanti.Inilah taktik yang cukup mudah dibaca bakal digunakan dalam PRK P 36 nanti.

Selain itu,sebagai langkah tambahan, SPR juga telah mewartakan 1,035 pengundi pos.Di sinilah bagaimana kita bolih melihat UMNO menerusi SPR menggunakan undi pos sebagai “card” mereka yang terakhir untuk memenangi PRK nanti.Undi pos pasti akan dimanupulasikan untuk memberi kelebihan kepada calon BN/UMNO seperti PRU lalu.Ini merupakan taktik UMNO untuk menang.

Sehubungan dengan itu, petugas petugas PRK PR akan berdepan dengan tugas berat untuk mengenalpasti hantu hantu tempatan ini nanti tetapi paling tidak senarai daftar undi perlu diteliti sehalus halusnya dan dengan menggunakan kaedah perbandingan antara daftar undi yang dibekalkan dengan daftar undi yang disediakan di laman web SPR.Culaan ini amatlah penting kerana sikap UMNO yang licik memerlukan usaha dan gerakkerja yang lcik juga di pihak PR.

Mafrel, sekali lagi digunakan oleh SPR dan UMNO untuk menutupi taktik licik mereka.Kehadiaran Mafrel hanyalah sebagai tunggul kayu semata mata dan akan digunakan olih SPR untuk menunjukkan adanya keadilan dalam PRK nanti.Untuk itu,Mafrel disarankan agar tidak berada di pusat mengundi pada hari mengundi kerana kehadiran mereka hanyalah menyemakkan sahaja.”




Mogok, Akhirnya Harga Petrol - Diesel Bersubsidi Nelayan Turun

Protes, Sebahagian daripada Ahli Persatuan Nelayan Pukat Tunda Kuantan yang kecewa dengan harga minyak diesel dan melancarkan mogok di jeti LKIM , Kemunting petang semalam

Protes, Sebahagian daripada Ahli Persatuan Nelayan Pukat Tunda Kuantan yang kecewa dengan harga minyak diesel dan melancarkan mogok di jeti LKIM , Kemunting petang semalam

Mogok, Akhirnya Harga Petrol - Diesel Bersubsidi Nelayan Turun 13 Sen Mulai Selasa !!

KUALA LUMPUR - Susulan daripada tindakan mogok Persatuan Nelayan Pukat Tunda seluruh negara, termasuk di Kuantan semalam maka akhirnya kerajaan mula sedar akan nasib malang yang menimpa mereka itu. Begitu cepat dan pantas kerajaan bertindak. Difahamkan persatuan terbabit akan mengadakan mogok selama 3 hari bermula semalam. Namun hari ini kerajaan telah mengumunkan harga diesel dan petrol bersubsidi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen daripada RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter mulai 16 Disember. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed hari ini. Dengan pelaksanaan harga baru itu, kerajaan akan menanggung tambahan perbelanjaan kira-kira RM197 juta setahun, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mustapa berkata kerajaan akan terus mengekalkan bayaran elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada pemilik individu vessel perikanan dan pekerja warga Malaysia yang bekerja di atas vessel berlesen. Kerajaan juga akan mengekalkan bayaran insentif pendaratan ikan sebanyak RM0.10 sekilogram seperti yang diputuskan pada Jun lepas, katanya. Beliau berkata penurunan harga diesel dan petrol bersubsidi akan memberi penjimatan perbelanjaan bahan bakar antara RM260 sehingga RM4,160 sebulan bergantung kepada zon tangkapan dan saiz vessel. “Penjimatan bagi vessel pukat tradisi Zon A (kawasan operasi 0 hingga lima batu nautika dari pantai) adalah sebanyak RM260 sebulan, vessel pukat tunda Zon B (lima hingga 12 batu nautika) sebanyak RM2,600 sebulan. “Vessel pukat tunda Zon C (12 hingga 30 batu nautika) sebanyak RM3,120 sebulan dan vessel pukat tunda Zon C2 (lebih 30 batu nautika) sebanyak RM4,160 sebulan,” katanya.

Mustapa berkata kerajaan juga pada 3 Nov lepas telah menambah kuota diesel dan petrol bersubsidi daripada 106 juta liter sebulan kepada 126 juta liter sebulan bagi menampung kegunaan diesel dan petrol akibat penambahan lesen vessel baru terutama lesen sampan sebanyak 15,900 buah yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. “Berikutan permohonan daripada pemilik vessel pukat tunda, kerajaan pada tarikh yang sama telah meluluskan tambahan kuota sebanyak 4,000 liter sebulan bagi setiap vessel pukat tunda Zon C dan C2,” katanya. Beliau berkata penurunan harga serta tambahan kuota diesel dan petrol bersubsidi itu sewajarnya memberi pulangan tambahan kepada nelayan daripada segi pengurangan kos dan peningkatan pendaratan ikan.

Sementara itu, krew kami di Kuantan sempat hadir dalam pelancaran piket khas yang dibuat oleh Persatuan Nelayan Pukat Tunda Kuantan, semalam. Lebih 100 orang pengusaha bot yang telah hadir memberi sokongan. Nampak benar mereka tidak berpuas hati dengan harga sekarang, dan mahu ia diturunkan hingga RM1 atau bawah lagi. Keluhan itu turut disuarakan oleh Setiausaha persatuan terbabit iaitu Lo Ping Yong yang menyatakan bahawa biarpun kerajaan telah menurunkan harga bahan api enam kali berturut-turut namun subsidi masih ditahap membebankan. Kata beliau, pengusaha bot pukat tunda terbabit dipercayai terpaksa menanggung kerugian 60% dengan menampung subsidi diesel sebanyak RM1.43 seliter. “Kos ini begitu tinggi, bahkan kami terpaksa menanggung kerugian sekitar RM10,000 sebulan dengan operasi dua kali turun ke laut” katanya. “Kami mendedak agar pihak kerajaan mempertimbangkan permintaan ini, bahkan kami mendapat sokongan daripada semua persatuan dari seluruh negara”. “Kami bekerja dalam keadaan menanggung risiko yang tinggi serta terdedah kepada bahaya. Kami tidak layak malah langsung tiada peluang untuk mendapatkan insurans kerana kerja ini.

Namun dek kerana ini adalah pekerjaan turun temurun nenek moyang, maka terpaksa juga dilakukan. Sudahlah harga sebuah bot begitu mahal” katanya. “Insentif yang dijanjikan oleh kerajaan hanya diberikan kepada pemilik bot, namun hanya 20% sahaja yang menerima. Bahkan saya sendiri pun tidak memperolehinya. Proses yang terlampau rumit jelas sekali membebankan kami” katanya kepada wartawan.

Turut hadir di lokasi semalam ialah YB Chang Hong Seong - (ADUN Teruntum), YB Dato’ Wan Adnan Wan Mamat (ADUN Tg.Lumpur), Saudara Sim Chon Siang (Pegawai Khas Parlimen Kuantan & Ketua Penerangan PKR Kuantan) serta Saudara Siew Fook Chan (Exco PKR Pahang, Bekas Calon DUN Teruntum) dan Saudara Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK Pahang). Dalam pada itu, Saudara Sim memaklumkan bahawa kes itu akan dibawa ke pengetahuan Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh untuk diambil tindakan segera.

Apa yang kami nampak, kerajaan begitu gusar dengan suara mereka ini. Bahkan mogok 3 hari yang dilancarkan terus mendapat perhatian daripada pihak kerajaan dengan pengumuman penurunan harga minyak terbabit. Justeru itu, kita amatlah berharap agar keprihatinan ini dapat diteruskan dalam isu-isu yang lain, agar rakyat terus terbela dan tidak dibiarkan menanggung derita sepanjang masa. Jika inilah cara dan kaedah perlaksanaan yang dilakukan, nescaya semua rakyat akan selesa dan berbahagia hidup di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Cuma, keluhan ini janganlah hanya diberi perhatian jika ia membabitkan kaum bukan Melayu sahaja. Ia sepatutnya meliputi juga kaum bumiputra terutamanya Melayu. Dari apa yang kami lihat sejak dulu kini dan selamanya, jika orang Melayu memprotes atau membangkitkan sesuatu isu rakyat maka begitu lama dan lambat untuk diberi perhatian dan dibuat keputusan.

Namun bila ia melibatkan kaum lain terutamanya Cina, maka begitu pantas seperti kilat ia dilaksanakan. Lihatlah apa yang berlaku ini, baru semalam diadakan protes dan mogok, maka hari ini kerajaan terus bertindak. Namun apakah mereka terutamanya pemilik bot dan nelayan terbabit berpuas hati? Sebab penurunan itu tidak mencecah RM1 seperti yang dipinta?




ADUN BOTA Dari BN Lompat Ke PKR ?



Menurut berita tidak rasmi Adun Bota dari BN Datuk Nasaruddin Hashim telah mengumumkan keluar parti dan menyertai PKR .Pengumuman rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat diikuti oleh penyokong-penyokong beliau.


Ini sudah pasti menguatkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat Perak.


Berita selanjutnya akan menyusul.

Sumber : Telok Bakong Online




Ali Rustam terdesak tarik balik larangan lawat Kelantan


KOTA BHARU, 14 Dis - Lapan tahun lalu, Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam melarang kakitangan kerajaan negeri terbabit melawat Kelantan, namun beberapa hari lalu tegahan itu tiba-tiba ditarik balik.

Apakah motif tersebut, sedangkan tindakannya sebelum ini jelas bersifat dendam politik.

Biar pun larangan itu mengambil masa selama lapan tahun, namun ia seperti tidak pernah diendahkan kakitangan kerajaan Melaka apabila banyak rombongan datang di sini ketika larangan masih berkuatkuasa.

Malah, Mohd Ali sendiri keluar masuk kampung di Pasir Mas ketika berlangsung pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir pada Disember 2005.

Bagi Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Ketua Menteri Melaka itu disifatkan sebagai seorang yang hipokrit dan menjadi pengampu besar dalam Umno.

"Negeri-negeri lain yang juga diperintah Barisan Nasional tidak pernah melarang kakitangan mereka melawat Kelantan seperti dilakukan Mohd Ali.

"Tindakan terbarunya tidak lain lagi kerana mahu menonjolkan diri kononnya sebagai seorang pemimpin yang terbuka bagi melayakkannya dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan," katanya di sini.

Baru-baru ini Mohd Ali mengumumkan menarik balik larangan kepada kakitangan kerajaan Melaka daripada melawat Kelantan ketika melancarkan Tahun Melawat Melaka di sini.

Abdul Latif berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri tidak nampak Ketua Menteri Melaka itu ikhlas apabila tiba-tiba menarik balik larangan kakitangannya daripada melawat Kelantan.

"Sebenarnya keputusannya itu mempunyai hasrat terselindung bagi mencari penyokong di kalangan perwakilan Umno di negeri ini untuk mencapai impiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri," ujarnya.

Bagaimanapun beliau menyambut baik tindakan dilakukan Mohd Ali dan mendoakan semoga diberi hidayah oleh Allah Taala supaya kembali ke landasan Islam sebenar.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .