Kuala Terengganu - Barisan Nasional khususnya MCA diingatkan supaya mengagih-agihkan duit ‘angpau’ kepada 8,000 penduduk tionghua negeri Terengganu dengan ikhlas dan tidak menjadikan pemberian itu sebagai satu ‘alat’ untuk mengugut rakyat menjelang pilihanraya kecil (PRK) parlimen Kuala Terengganu.
Pengerusi Penaja Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kampung China Kuala Terengganu Encik Ng Chai Hing (gambar kanan) berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ceramah Isu Sidang DUN Terengganu di Kampung Kolam, dekat sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yow yang mengatakan kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk tujuan tersebutNg berkata pemberian ‘duit raya’ menjelang Tahun Baru China oleh kerajaan negeri Terengganu adalah amat dialu-alukan, namun beliau bimbang kerana pemberian tersebut diumumkan pada waktu hampir kepada PRK Kuala Terengganu.
“Saya mengalu-alukan usaha kerajaan negeri yang memutuskan untuk beri ‘angpau’, tapi mengapa sekarang waktu yang hampir dengan pilihanraya,”katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yow yang mengatakan kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk tujuan tersebut
Menurut Ng, sebagaimana amalan yang dilakukan pada waktu lalu, ‘duit raya’ dari dana khas (wang ehsan) kerajaan persekutuan telah dijadikan alat untuk mengugut masyarakat Tionghua.
Pandangan Ng dikongsi bersama oleh ahli Kelab Penyokong PAS Encik Lee Ting Wan, 62, (gambar bawah) yang berasal dari Besut.
Beliau yang dihubungi Buletinonline samalam berkata MCA Besut juga melakukan perkara yang sama, mengugut orang-orang Tionghua Besut dalam pengagihan ‘wang ehsan’.
“Dia (MCA) panggil orang sokong dia, kalau tidak sokong, tak dapat ‘wang ehsan’, saya tak dapat, borang pun tak boleh sebab dia kata saya sokong Tok Guru,”katanya.Lee yang menjalankan perniagaan sebagai Tukang Jahit menyatakan orang-orang kuat MCA berkata demikian kerana beliau telah meletakkan gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat didalam kedainya.
Oleh yang demikian, Ng berkata beliau bersama-sama rakan-rakanya di Kuala Trengganu akan membuat pemantauan terhadap pemberian duit angpau itu supaya ianya akan sampai kepada matlamat dan sasaran sebagaimana tujuannya.
“Kita akan tengok, orang ramai yang dapat duit itu benar-benar layak, kita akan buat laporan sekiranya ada apa-apa yang tak kena,”tambahnya.
Buletinonline difahamkan, borang duit ‘angpau’ tersebut telah mula diedarkan di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Terengganu mulai semalam.









Katanya, selepas sembilan bulan berlangsung, bloger-bloger, ahli-ahli akademik dan golongan intelek mengakui pemerintahan bagi lima negeri Pakatan Rakyat paling baik berbanding negeri-negeri yang diperintah Barisan Nasional.








Membaca kenyataan MB Terengganu , Ahmad Said dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang sedang berlangsung , seperti berikut ;-
Keberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan aktivis dan pengayuh jerit selama 16 hari berkayuh dengan pelbagai dugaan menimpa mereka hingga hari ini tiba di Parlimen membuktikan mereka wira rakyat, kata Mahfuz.
Sebelum itu polis membenarkan 30 peserta program berbasikal "Rakyat Pengayuh Perubahan" menyerahkan memorandum mereka di bangunan Parlimen-tiga daripadanya sampai jam 11.45 pagi ini.
Seorang dilihat ditahan polis dekat Parlimen tetapi pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang dekat dengan Jerit, percaya beliau bukan seorang aktivis. 






