Ikuti Blog ini

Pengayuh Jerit wira rakyat dan negara - Mahfuz

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyifatkan kumpulan pengayuh berbasikal di kalangan aktivis Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) adalah wira rakyat dan negara.

ImageKeberanian dan kesungguhan yang ditunjukkan aktivis dan pengayuh jerit selama 16 hari berkayuh dengan pelbagai dugaan menimpa mereka hingga hari ini tiba di Parlimen membuktikan mereka wira rakyat, kata Mahfuz.

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan di hadapan kira-kira 120 aktivis Jerit sesudah penyerahan memorandum Jerit kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri di bangunan Parlimen.

Antara ahli Parlimen yang hadir ialah, Salahuddin Ayub (PAS Kubang Kerian); Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena); Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor), Sivarasa Rasiah (KeADILan-Subang), Tian Chua (KeADILan-Batu), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Charles Santiago (DAP-Klang); Dr Hatta Ramli (PAS Kuala Krai) dan Senator T Murugiah yang mewakili Perdana Menteri.

ImageSebelum itu polis membenarkan 30 peserta program berbasikal "Rakyat Pengayuh Perubahan" menyerahkan memorandum mereka di bangunan Parlimen-tiga daripadanya sampai jam 11.45 pagi ini.

Penyokong program anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) tersebut berkumpul, bersorak dan menyanyi di sepanjang jalan menyatakan sokongan mereka.

Polis, yang asalnya melarang kumpulan itu berbasikal ke Parlimen, mengiring sebuah lori yang mengangkut basikal-basikal aktivis Jerit dari Taman Tasik Perdana yang terletak berhampiran ke satu simpang ke bangunan tersebut.

Mereka kemudiannya dibenarkan berbasikal ke bangunan tersebut seorang demi seorang.

Menjelang 12.20 tengah hari, sejumlah 120 pengayuh dan penyokong mereka diizinkan memasuki bangunan Parlimen.

ImageSeorang dilihat ditahan polis dekat Parlimen tetapi pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), yang dekat dengan Jerit, percaya beliau bukan seorang aktivis.

Aktivis jerit telah memulakan program kayuhan menuntut hak rakyat sejak 16 hari lalu dengan beberapa negeri telah menjadi destinasi mereka.

Antara tuntutan yang dikemukakan Jerit ialah, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA); gaji minima; air bersih; rumah yang selesa dan pilihan raya kerajaaan tempatan (PBT).

Mengulas tuntutan itu Mahfuz meminta kerajaan setidak-tidaknya membuat perubahan satu dari enam tuntutan yang dibuat Jerit.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .