MOHAMAD SABU LAYAK CALON PARLIMEN KUALA TERENGGANU!
Rakyat negara ini menanti berdebar-debar kepada tarikh mengundi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang diisitharkan pada 17, Januari, 2009 yang penamaan calonnya 6, Januari sebelumnya.
Yang menimbulkan lebih cemas, rakyat melihat pimpinan PAS tidak yakin kemenanganya jika Bekas Ahli Parlimen, Haji Mohamad Sabu pemceramah ramai peminat itu diletakkan sebagai calon seperti dicadangkan oleh Mursyidul Am, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut laporan, terutama Ahli-ahli dan pengikut PAS terlihat seolah ada perselisihan pendapat hendak meletakkan kali ini dengan seorang profesional sebagai untuk memastikan kemenangannya nanti yang penting sangat bagi parti PAS.
Perkiraan sedemikian adalah baik pada pandangan kasar, tetapi jika dibawa kepada ikatan sailatulrahim sesama Umat nampaknya pimpinan PAS lebih pentingkan sangat kemenangan daripada menjaga hati sesama ahli seperjuangan.
“Apa salah dan kurangnya Mohamad Sabu sehingga sanggup memperkecilkan kemampuan dan kematanganya dalam perjuangan politik PAS dan apa dosanya Naib Presiden PAS itu sehingga hendak menolaknya sebelum berbincang panjang dan mendalam,” tanya peminatnya.
Kata mereka, dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 lalu pun beliau kalah hanya kira-kira 650 undi sahaja.
Dari itu, mereka yang mengutamakan kemenangan kepada perjuangan Islam dan perpaduan Ummah maka jangan fikir panjang-panjang lagi ambil sahaja Haji Mohamad Sabu bertanding sebagai calon Parlimen Kuala Terengganu di Hari Penamaan Calon 6, Januari, 2009 nanti..
“Menang atau kalah bukan kita menentukan tetapi dalam kuasa Allah,” tegas peminat ceramah-ceramahnya.