Ikuti Blog ini

YB. Roslan Shaharum, MP Bukit Gantang meninggal dunia

PAS FOR ALL

Takziah kepada keluarga Allahyarham Roslan Shaharum yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini. Difahamkan beliau terjatuh semasa menunggang basikal.


1. Roslan Shaharum (Pas) (20,015)
2. M. Murganan (Bebas) (872)
3. Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi (BN) (18,449)
Majoriti: 1,566

DRS. KHALIL IDHAM LIM : Setakat ini saya menerima pengesahan dari Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim dan ketua Penerangan PAS Perak, Ust. Misbahul Munir bahawa Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Mengikut maklumat yang diperolihi beliau keluar dari rumahnya dengan berbasikal tanpa membawa talipon bimbit dan beliau terjatuh semasa mengayuh basil berdekatan dengan stesen minyak Petronas di Pekan Batu Gajah. Pengesahan juga diterima dari YDP PAS Kawasan Batu Gajah, Hj. Ismail.

Saya baru menerima talipon dari Exco Kerajaan negeri yang juga ADUN Kuala Sepetang memaklum dia berada di Hospital Batu Gajah. Beliau mengesahkan mayat Hj. Roslan Shaharum masih berada di sana.

Bila saya bertanya sebab kematian, beliau mengatakan disyaki kena serangan jantung.

Beliau juga memaklumkan Hj. Roslan pergi mencuci kenderaannya di tempat cuci kereta di pekan Batu Gajah dan meminjam basikal dari tempat cuci kereta itu. Lalu dia terjatuh dari basikal itu.


Al fatihah.... .

Tindakan Karpal bersifat peribadi, Umno 'berselindung' atas nama istana


KUALA LUMPUR - PAS berpendapat bahawa cadangan tindakan yang sedang diambil oleh Peguam Karpal Singh untuk menyaman Baginda Sultan Perak adalah tindakan peribadi beliau dan tidak pernah dibincangkan, serta tidak pernah juga dipersetujui oleh mana-mana pimpinan parti politik dalam Pakatan Rakyat.


Presiden PAS Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS sekali lagi ingin mempertegaskan pendirian bahawa parti itu senantiasa mendukung prinsip rukun negara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.


Katanya sudah tentu rakyat tidak lupa akan tindakan tanpa susila yang dimulai oleh kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional pada tahun 1993 semasa pindaan perlembagaan terhadap kuasa imuniti Raja-Raja dilakukan.


"PAS berpendapat bahawa untuk memastikan keadilan terpelihara, semua pihak dalam negara kita ini termasuklah Umno seharusnya menghormati ketiga-tiga intipati penting dalam mendepani suasana yang sedang berlaku di Perak," kata Ustaz Hadi.


Image"Oleh yang demikian, tindakan pihak tertentu dalam Umno yang cuba untuk mengheret dan berselindung di sebalik Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dalam tindakan mereka untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah amat dikesali," kata Ustaz Hadi dalam satu kenyataannya.


Pakatan Rakyat makin kuat .

azSdfg

Apa maknanya kehadiran rakyat seramai itu? Apa maknanya lebih 30,000 orang mengorbankan malam berharga bersama keluarga di rumah tetapi memilih berasak-asak di kediaman MB? Apa maknanya apabila rakyat berbilang kaum hadir dalam ceramah itu?





Senario politik di Perak ketika dikatakan oleh musuh politik Pakatan Rakyat adalah bukti keretakan serius yang berlaku dalam parti gabungan Pakatan Rakyat dan kononnya tidak mustahil gabungan itu akan berakhir.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapa Mohamed dipetik sebagaimana berkata kepada Bernama bahawa keadaan itu juga memperlihatkan ideologi parti gabungan dalam Pakatan Rakyat tidak sehaluan dengan pemimpin mereka saling menunding jari antara satu sama lain.

Sebenarnya apa yang berlaku di Perak adalah gambaran sebenar pertelagahan dalam BN dan UMNO yang sangat meruncing bukanya Pakatan Rakyat. malah Pakatan Rakyat semakin kuat dengan isu yang berlaku di Perak.

Saya menafikan bahawa berlaku keretakan dalam Pakatan Rakyat. Yang jelas yang retak malah hendak menunggu belah adalah UMNO dan BN.



'RESIPI MEMBUAT NEGERI 'HARAM'



Anda suka tomyam, mee rebus, nasi goreng patayya atau PASSEMBORR?
Makanan sebegini boleh didapati di gerai gerai sekeliling kita di ibu kota.

kali ini kita akan menyediakan resipi baru yang akan popular di kebanyakan negeri selepas ini.

'RESIPI MEMBUAT NEGERI 'HARAM'

Bahan bahan nya:

3 atau lebih adun lompat dilipat lipat

1 ekor zombie yang diperap kicap

1 biji S.U.K (di buang otak )

1 batallion fru

s.b (secukup rasa )

dan yang paling akhir dan tidak menjadi resipi kita tanpa;tv1, tv2, tv3 suku, berita hairan, utusan meloya dll ikut selera tuan tuan.

cara membuat;

1. hilangkan adun 4 hingga ke 5 hari

2. masukkan 1 adun dalam adunan sedia ada

3. keluarkan semula adun yang dihilangkan tadi, keluarkan semula adun 1 dan di gaul bersama .

4. panaskan tv1,tv2,tv3 suku.

5. masukan adun adun tadi dengan mangkuk sekali, sambil dikacau dengan u.meloya dan
b. hairan.

6. apabila sudah keluar bau busuk barulah masukan zombie.... proses memasukan zombi wajib di percepatkan (takut pecah tembelang)

8. KELUAR!!! kan sedikit stok atau kiub pati S.U.K.

9. angkat dan hidangkan kepada rakyat.

cara menghias;

Bubuh fru di sekeliling dan taburkan s.b di tengah tengah..

dah siap resipi kita, SELAMAT MENCUBA.... SIMPLE KAN.




ADUN PAKATAN RAKYAT LETAK JAWATAN – KERUSI DI KOSONGKAN


Adun dan Exco Kedah V Arumugam telah menulis surat untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Dewan Undangan Kedah. Surat perletakan ini telah di sampaikan kepada pihak berwajib untuk tindakan seterusnya.

Ini bermakna kawasan Bukit Selambu telah di kosongkan.

Pada pilihanraya 8 March yang lalu Arumugam telah mendapat 13.225 undi dan mengalahkan S. Krishan dari MIC yang mendapat 10,836 unidi.


Arumugam Vengatarakoo pkr kedahTukar Tiub telah di fahamkan perletakan jawatan ini berlaku kerana Arumugam telah mendapat pelbagai ancaman.

Beliu mendakwa pada 10 Oktober tahun lalu berlaku satu percubaan untuk menculik dirinya. Beliau juga menerangkan beberapa kali dirinya telah di ancam untuk dipaksa meninggalkan Parti Keadilan Rakyat dan masuk ke dalam Barisan Nasional.

Keluarga Arumugam juga pernah di ancam. Batu bata pernah memecahkan cermin kereta resmi Proton Perdana beliau.

Arumugam merasa risau dan tertekan bukan sahaja untuk keselamatan dirinya tetapi untuk anak dan isterinya juga.

Justeru langkah yang paling bijak ialah mengkosongkan kerusi yang telah di menangi pada bulan March tahun lalu.

Kekosongan Adun Bukit Selambu ini akan memberi peluang untuk rakyat Malaysia khususnya warga Kedah untuk bersuara.

Tidak dapat tidak pilihanraya kecil ini adalah jawapan rakyat terhadap apa yang telah dilakukan oleh Najib Razak ke atas Perak.

Salut untuk V Arumugam. Salut untuk yang berani.



Dr Haron Din Menegur Mufti Perak

Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang jelas iaitu Islam,Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan - Dr Harun Din

Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang jelas iaitu Islam. Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan - Dr Harun Din

Isu Perak: Haron Din jawab Mufti Perak

PENGKALAN CHEPA - Golongan alim ulama di Negara ini harus bersikap adil di samping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik.


Timbalan Mursyidul Am, Dato’ Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik.


Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan mengundang kekeliruan di kalangan masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam masaalah agama.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan mufti berkenaan yang didakwa sedemikian sebagai merujuk tindakan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Muhammad Nizar, yang enggan melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.


Harussani baru-baru ini mendakwa, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah ataupun Raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Kepimpinan Dakwah Halaqat, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, di Putik, di sini semalam.


“Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti politik.


“Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak kepada kebenaran Islam yang satu,”ujarnya lagi.


Haron Din, seterusnya memberitahu kenyataan Mufti sedemikian jelas menampakkan ianya kurang bijak dalam memberikan pandangannya berhubung kemelut politik di Perak.


“Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang jelas iaitu Islam,”ujarnya lagi.


Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau merujuk pada sejarah Islam bagaimana seorang alim ulama yang masyhur Izzudin Abdul Salam yang berani menyatakan kebenarannya walaupun di hadapan sultan sehingga beliau akhirnya dibuang daerah.


Menurutnya, keberanian ulama di zaman ini amat diperlukan khususnya untuk menangani kegawatan suasana politik dunia dan tempatan yang semakin meruncing.


“Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan,”ujarnya lagi.




HIMPUNAN KEMBALIKAN KERAJAAN RAKYAT di kediaman resmi Menteri Besar Perak lebih 30 ribu.


















ipoh-sunday-024

Gambaran rakyat yg berada diluar tembok kerana ruang di dalam kediaman sudah penuh dengan kebanjiran rakyat yang melaut seumpama lautan putih.
Senyum pengundi-pengundi muda para reformis muda !


Rakyat menandatangani MEMORANDUM memohon Pembubaran Dun yang akan diserahkan kepada Baginda Sultan Perak.


YAB MB Perak ketika memulakan ucapan dari atas rumah beliau


Barisan Pimpinan Utama di Himpunan Rakyat.

Khalayak rakyat yg ramai dari pandangan atas


Setelah mendengar ucapan YB Menteri Besar Perak semalam, saya membuat kesimpulan yang dapat dibuat adalah isu yang berlaku kini bukannya isu gila atau tamak kuasa tetapi isu membelakangkan undang-undang. Mengikut undang-undang (Perlembagaan Negeri Perak) MB tidak boleh dilucutkan oleh Sultan. Tetapi perkara itu telah dilakukan dan berlaku di Perak.




Dalam keadaan ini YB Nizar bangun untuk mempertahankan undang-undang bukannya mempertahankan kuasanya. Apa jadi jika YB Nizar mengalah dan menurut sahaja titah Sultan? YB Nizar telah turut bersama mencabuli undang-undang.


Dalam situasi sekarang, fakta dan tafsiran telah diputar belitkan sehingga orang menganggap YB Nizar adalah penderhaka. Saya rasa orang yang membuat undang-undang itulah yang menderhaka kerana tidak menetapkan Sultan boleh memecat MB. Saya berharap pemimpin UMNO yang sayang dan taat kepada Sultan mengubah undang-undang yang ada untuk memberi kuasa kepada Sultan memecat dan melantik MB dan PM.


Walaupun mendapat kawalan yang ketat dari pasukan keselamatan, namun kehadiran penyokong Pakatan Rakyat ke majlis ceramah mempertahankan Kerajaan pakatan Rakyat Perak mendapat sambutan lebih 30,000 orang.


Sejak jam 6.00 petang saya mendapat maklumat mengenai semua jalan menuju jalan ke Kediaman MB di larang kenderaan menuju kesana. Mereka diarahkan berjalan kaki ke kediaman.
Bersama ini saya paparkan koleksi gambar yang diambil untuk tatapan pengunjung blog cina islam.























Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .