MARANG – Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi amaran beliau, kesabaran PAS atas apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ada batasnya.
Beliau yang berucap dalam majlis penerangan berkaitan isu Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di masjid Rusila, dekat sini, semalam, mengulangi amaran yang beliau keluarkan dalam sidang media di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah Darul Iman, pada 8 Mei, Jumaat lalu.
Beliau berkata tindakan kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pegajaran dan pembelajaran sains dan matematik membawa kepada kehancuran bangsa.
“Ini menipu, menipu bangsa sendiri, pejuang-pejuang bahasa dan sasterawan negara menentang dan sanggup menyerahkan semula gelaran (sasterawan negara),
“kerana menghancurkan bahasa dia sendiri, bahasa jiwa bangsa, bangsa yang menghilangkan bahasanya (adalah) bangsa yang tidak ada jiwa,”ujarnya.
Katanya apabila sesuatu bangsa itu tidak ada jiwa, ia akan mengikut telunjuk dan kehendak orang lain.
“Kita mempunyai satu tanggungjawab dan kewajipan yang besar, apa yang berlaku di (negeri) Perak ini menjadi pengajaran, UMNO ini tidak ada adab, tidak ada akhlak, dan tidak ada,
“kelmarin orang surat khabar tanya saya, supaya saya buat ulasan dan jawapan berhubung apa yang berlaku di Perak, saya buat, saya menyatakan bahawa PAS boleh sabar,
“tetapi sabar PAS ada sempadan,ada batas!”jelasnya.
Katanya PAS tidak akan tunduk kepada penipuan-penipuan UMNO dan Barisan Nasional oleh itu, beliau meminta semua ahli PAS menunggu arahan yang akan dikeluarkan oleh pimpinan.
Justeru, katanya PAS adalah parti yang berlandaskan Islam yang akan memimpin rakyat dengan Islam.
“Kita (PAS) bangkit diatas nama Islam, dan PAS akan memimpin rakyat dengan Islam, kalau PAS pimpin rakyat dengan Islam,
“kita akan lalu, “membujur lalu melintang patah”, akan tiba masanya,”tegasnya.
Katanya PAS akan mengajar UMNO yang jahil dan yang merosakkan bangsa dan ummatnya sendiri
.
Ikuti Blog ini
“Membujur Lalu Melintang Patah” – Presiden PAS Ulangi Amaran ,Sabtu, Mei 09, 2009 at 9.5.09,
SMS ugutan: Dr Ramzi diberi tiga hari hubungi polis , at 9.5.09,
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu memberi tempoh tiga hari mulai semalam kepada Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir (gambar), bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh, untuk tampil membantu siasatan berhubung kes penghantaran SMS berbentuk ugutan kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Terengganu bulan lepas.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC II Hamzah Mohd Jamil, berkata jika Ahmad Ramzi gagal berbuat demikian, polis akan mendapatkan waran tangkap terhadap beliau.
Beliau memberitahu pemberita di sini semalam bahawa polis telah cuba mengesan Ahmad Ramzi, yang juga bekas calon BN bagi kerusi Parlimen Marang pada pilihan raya umum lepas, di kediaman beliau di sini dan Kuala Lumpur tetapi gagal.
Ahmad Ramzi diminta menemui atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Terengganu, ASP Mohd Hadzwan Zulkefle di talian 096246222.
Pada 13 April lepas, Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid; Adun Permaisuri, Abdul Halim Jusoh dan Adun Paka, Zakaria Abdullah, menerima SMS berbentuk ancaman terhadap keselamatan mereka.
Itu menyebabkan ketiga-tiganya bersama tujuh lagi ADUN daripada BN enggan hadir pada hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri keesokan harinya.
Polis yang menyiasat kes berkenaan telah menahan seorang kerani syarikat swasta berusia 31 tahun dari Seri Kembangan, Selangor, di Bandar Baru Bangi pada 20 April lepas, kerana disyaki menghantar SMS itu.
Lelaki itu dibebaskan setelah ditahan reman selama tujuh hari.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata setakat ini, polis telah mengambil keterangan daripada beberapa saksi berhubung kes itu dan hanya menunggu Ahmad Ramzi untuk tampil memberi keterangan.
"Kita mengalukan kerjasama daripada keluarga Dr Ramzi untuk menasihatkan beliau supaya tampil bagi mempercepatkan siasatan berhubung kes tersebut," katanya. BERNAMA
Inilah Penderhaka Yang Sebenar Terhadap Sultan Perak , at 9.5.09,
Penderhakaan Dan Penghinaan Terhadap Sultan Perak
Mereka buang speaker yang sah tanpa mengikut undang-undang dan perlembagaan Negeri Perak kamudian mereka melantik seorang Speaker Haram Yang Baru tanpa Angkat Sumpah Dan Perkenan dari Tuanku Sultan… Sedangkan Mengikut Undang-Undang Speaker itu mestilah Mengangkat Sumpah Terlebih dahulu dihadapan Tuanku Sultan…
Jelaslah Sekarang Siapakah Sebenarnya Yang Menderhaka Kepada Tuanku Sultan Perak….
Mereka yang gilakan kuasa inilah sebenarnya yang menderhaka Kepada Sultan

DS Nizar terus popular di kalangan rakyat. , at 9.5.09,
Saya nak tahu sangat bagaimana reaksi rakyat disini terhadap Nizar yang dituduh dengan bermacam-macam penghinaan oleh puak-puak Umno/BN.
Saya terharu diatas penerimaan masyarakat dari pelbagai lapisan tidak kira tua dan muda, berbaris, berkerumun untuk bersalaman dengan DS Nizar. Ada yang mengambil kesempatan tersebut untuk bergambar dengannya.
Yang paling menarik bagi saya ialah sambutan anak-anak yang masih bersekolah rendah pun tahu menghormati DS Nizari. Mereka kenal Nizar walaupun di sekolah mereka tidak ada gambar Nizar dibenarkan untuk digantung dibilik-bilik darjah.
Agak-agaknya beranikah Zabry datang ke masjid ini minggu depan untuk melihat sejauh mana popularitinya di kalangan rakyat di sini. Lihatlah gambar-gambar berikut:





TOK GURU MEREKA YAHUDI , at 9.5.09,
Assalamualaikum,
Dalam tahun 2005, tentera Israel menggunakan taktik heret dan angkut untuk memindahkan penduduk mereka dari Gaza.
Rupanya UMNO/BN berguru dengan Yahudi kerana mereka menggunakan taktik yang sama untuk megheret paksa Sivakumar dari meja speaker ke satu lokasi lain.Perhatikan yang melakukan heret paksa itu sama macam tentera dalam gambar atas.
Mohd Sabu, Prof Dr Aziz Bari, Mustafa Kamil dan Ragunath pada Forum "Matinya Demokrasi di Perak" di Taman Melewar 9 Mei , at 9.5.09,
NAIB Presiden PAS, Mohd Sabu bersama tiga panelis lain akan menyertai Forum "Matinya Demokrasi di Perak" yang akan diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar pada Sabtu 9 Mei ini, jam 9.30 malam ini.Ahli panel lain termasuklah Naib Presiden KeADILan, Mustafa Kamil Ayub, pakar perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari dan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kasevan. Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh akan bertindak sebagai moderator pada majlis tersebut.
Demikian dimaklumkan Yang Dipertua PAS Bukit Bintang, Radhi Hashim. Katanya, program anjuran PAS Bukit Bintang ini bertujuan untuk menjelas atau mendebatkan kemelut yang melanda Perak sejak empat bulan lalu dan ia termasuk isu terkini, sidang Dun 7 Mei yang mungkin akan mencacat sejarah dalam demokrasi tanah air disamping pelbagai saman yang masih terlekat di mahkamah.
Beliau menyeru orang ramai hadir bagi mengikuti program yang julung kali diadakan di Markaz PAS Taman Melewar ini.
Yang zalim akan tetap menghadapi padahnya – V Sivakumar , at 9.5.09,

Kekasaran telah digunakan dalam strategi rampasan kuasa yang berlaku pada kali yang kedua di Perak. Mula-mula kuasa eksekutif dirampas kemudian kuasa legislatif juga dirampas. Pihak ini akan mendapat balasan yang sewajarnya - Speaker sah Kerajaan Perak
Yang bersalah akan tetap dihakimi dalam Mahkamah Tuhan. Yang zalim akan tetap akan menghadapi padahnya… – V Sivakumar
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang memberi semangat kepada saya. Dorongan dan petunjuk daripada kalian semua amat saya hargai sepanjang hayat saya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ADUN-ADUN Perak yang berjuang bersama-sama saya dalam mempertahankan sistem demokrasi di negeri yang tercinta. Saya cukup bangga dengan semangat dan keberanian mereka dalam menghadapi situasi yang genting pada 7 Mei 2009. Syabas dan taniah!
Puak-puak yang merancang konspirasi untuk merampas kuasa speaker secara fizikal harus berasa malu. Kekasaran telah digunakan dalam strategi rampasan kuasa yang berlaku pada kali yang kedua di Perak. Mula-mula kuasa eksekutif dirampas kemudian kuasa legislatif juga dirampas. Pihak ini akan mendapat balasan yang sewajarnya. Saya percaya yang benar akan tetap menang tidak lama lagi.
Tuhan memerhatikan segala-galanya yang sedang berlaku di bumi Perak ini. Yang bersalah akan tetap dihakimi dalam Mahkamah Tuhan. Yang zalim akan tetap akan menghadapi padahnya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang besama-sama dengan kami. HIDUP RAKYAT!
Hidup Mengkianati Rakyat Adalah Serupa Mati
Mati Membela Rakyat Adalah Serupa Hidup
YB.V.Sivakumar
100 Orang Ditahan Di Bulan Pertama Najib Altantuya Sebagai PM , at 9.5.09,

Hampir 70 orang ditahan di Ipoh manakala 10 lagi di Kucing Sarawak. 5 peguam ditahan di Kuala Lumpur semenatara seorang aktivis di Pulau Pinang. Diantara yang ditahan termasuklah beberapa ahli parlimen pembangkang seperti Salehuddin Ayub, Mujahid Yusof Rawa, Zuraida kamaruddin dan Tian Chua.
Aktivis berkenaan Ng Ng Kiat dari dari Suara Rakyat Malaysia ditahan kerana terbabit di dalam satu perhimpunan aman di Georgetown. Kira-kira 100 orang di sini membantah tindakan Barisan Nasional menggunakan polis untuk mengheret keluar Speaker V.Sivakumar dari dewan undangan negeri Perak.
Di Kuala Lumpur kira-kira 200 peguam berkumpul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sebagai membantah penahanan rakan mereka malam tadi. Lima peguam itu antara 20 yang ditahan dalam perhimpunan kecil menyalakan lilin bagi menyokong Wong Chin Huat, jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), yang direman di balai tersebut sejak kelmarin.
Di Malaysia sahaja polis masuk dewan mengganas , at 9.5.09,
![]() |
DiMalaysia Sahaja Polis Menceroboh Dan Mengganas Dalam Sidang DUNDi negara-negara lain kekecohan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri adalah perkara biasa di antara wakil-wakil rakyat. Mereka bertumbuk, bergasak dan tolak menolak sesama sendiri apabila isu yang diperdebatkan semakin hangat. Yang tidak biasanya hanya berlaku di negara Satu Malaysia di mana wakil rakyat (Barisan Nasional) boleh membawa masuk anggota polis (SB) untuk membelasah wakil-wakil rakyat pihak lawan dan mengheret Speaker. Semua ini dilakukan atas landasan “demokrasi” yang diagung-agungkan BN. Lihat, banding dan fikir-fikirlah sebagai rakyat Malaysia yang bebas dan bermaruah. |
Ganesan Akui Dilantik Jadi Speaker Secara Sah ,Jumaat, Mei 08, 2009 at 8.5.09,
IPOH - Speaker "HARAM" Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan (foto), berkata pelantikan beliau sebagai Speaker adalah sah mengikut undang-undang kerana ia dibuat berpandukan Perintah Tetap DUN serta berasaskan siapa yang menguasai majoriti dalam dewan persidangan itu.Beliau berkata, usul pemecatan dan pelantikan Speaker bukan berada dalam budi bicara bekas Speaker, V Sivakumar, sebagaimana dakwaannya sebelum ini, tambahan pula usul itu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang serta peraturan sedia ada. Katanya, Perintah Tetap juga jelas menyatakan apabila Speaker baru dipilih, Speaker lama perlu mengosongkan jawatan dan pejabat yang didudukinya.
Malah, katanya, Sivakumar seharusnya mengambil sikap terhormat dengan secara sukarela mengosongkan kerusinya apabila Speaker baru sudah dipilih. Ditanya apakah tindakan selanjutnya jika Sivakumar masih enggan mengosongkan pejabatnya, beliau berkata: "Awak jangan tanya saya. Awak tengok apa yang akan berlaku." Ditanya bila beliau akan masuk ke pejabat Speaker di bangunan Perak Darul Ridzuan, Ganesan berkata, ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat.
Mengenai kenyataan pakatan pembangkang yang tidak mengiktiraf Sidang DUN semalam dan masih menganggap V Sivakumar sebagai Speaker yang sah kerana persidangan belum bermula ketika usul pemecatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ganesan berkata, sebenarnya sidang DUN sudah pun bermula apabila Sivakumar mengambil tempatnya dalam DUN.
[Punyalah bangang puak-puak UMNO dan BN bercakap dan mengeluarkan hujah masing-masing. Kononnya persidangan sudah bermula secara sah bila Sivakumar mengambil tempat duduk dalam DUN. Jika begitu keadaannya, kenapa kenyataan Sivakumar tidak dituruti.
Misalnya beliau mengarahkan Zambry dan Exconya keluar, usul pecat Speaker ditolak dan sebagainya. Kenapa pula ada anggota polis yang tergamak mengheret Sivakumar keluar dari dewan yang mulia itu. Bukankah ini menimbulkan banyak persoalan yang perlu dijawab sebenarnya.
Maka itu, kini Perak secara sahnya mempunyai dua Menteri Besar dan dua Speaker. Bertambah celarulah pentadbiran kerajaan negeri Perak selepas ini jika kuasa tidak dikembalikan kepada rakyat untuk menentukannya secara pilihanraya yang adil dan sah disisi undang-undang. Bubar DUN, itu yang wajar].
Manoharan Bakal Dibebaskan, UMNO-BN Sertai Penanti? , at 8.5.09,

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu berkata, beliau akan menandatangani dokumen pembebasan itu.
Blog Kelab GB sebelum ini menyatakan bahawa pilihanraya di Selangor tak mungkin dapat dielak jika UMNO BN terus tahan Manoharan, dan GB pernah menyatakan, keberangkalian harapan untuk UMNO BN menang di Kota Shah Alam menghampiri sifar.
Akhirnya terbukti Kerajaan UMNO BN akur dengan hal tersebut dan ramai penganalisis politik berpendapat berkemungkinan langkah itu juga di ambil sebagai petanda bahawa UMNO BN bersedia untuk turun ke gelanggang Penanti. UMNO BN masih berlengah-lengah untuk membuat keputusan samada perlu bertanding atau pun tidak dimana tarikh pengumuma keputusannya itu kerap berubah-ubah.
Sekalipun UMNO BN berharap dengan pembebasan Hindraf itu akan memulihkan sokongan kaum India terhadap partinya, namun ramai penganalisis politik berpendapat damage has been done. Tidak mungkin masyarakat kaum India mampu untuk memafkan UMNO BN lagi.
Malah pembebasan itu adalah hasil perjuangan Pakatan Rakyat yang bukan sahaja mahu kerajaan membebaskan saki-baki tahanan ISA, malah meminta supaya ISA itu dihapuskan terus lantaran terbukti sentiasa disalahgunakan oleh kerajaan. Semetelah lagi sebelum ini menteri berkenaan pernah menyatakan dengan angkuh kononnya beliau tidak pernah tunduk dengan ugutan.
Kini UMNO BN berharapan agar mereka mampu mencipta kemenangan di Penanti jika "terpaksa" masuk bertanding, dipaksa oleh mereka yang tidak berpuashati dengan sikap Najib yang sudah mula kalut dan kecut akibat ditimpa kekalahan demi kekelahan di dalam setiap pilihanraya kecil yang diadakan di Semenanjung.
Tetapi UMNO BN jangan mudah mengharapkan kemenangan di Penanti. Isu krisis politik Perak yang mencatatkan detik hitam di dalam sejarah demokrasi negara pada hari semalam sudah pasti akan dibawa ke Penanti.
UMNO BN yang kini sudah menjadi OKU akan ditelanjangkan secukup-cukupnya sekalipun mereka akan dibantu oleh 3M (money, media dan machinery) kerana arus tsunami politik yang melanda tanahair sejak pilihanraya umum 2008 belum reda dan setiap yang menentang arus itu pastinya akan dihanyutkan ke lembah kegagalan dan kehancuran.
* Tahniah kerajaan Selangor atas kejayaan kempen bebaskan Mano
Teresa Lancar Kempen Bebas Manoharan
SHAH ALAM, 5 Mei - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sebulat suara menyokong penuh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan untuk terus mengekalkan jawatan tersebut walaupun menerima tekanan hebat tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika ini.
Demikian kenyataan Teresa Kok ketika ditemui pada sidang media sempena pelancaran Kempen Pembebasan Manoharan daripada tahanan ISA di sini yang turut dihadiri oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dan isteri Manoharan, S. Pushpaneela.
Beliau menyifatkan spekulasi peletakan jawatan Manoharan sebagai Adun Kota Alam Shah dengan alasan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kerana berada di bawah penahanan ISA menggambarkan kezaliman penahanan ISA.
“Penahanan beliau di bawah ISA hanya kerana menjadi peguam bela kepada pemimpin Hindraf yang didakwa di mahkamah,” katanya.
Katanya, Manoharan pernah memfailkan kes-kes habeas corpus ke mahkamah untuk membebaskan dirinya daripada ISA namun usaha dan hak beliau dinafikan.
“Kami difahamkan Lembaga Penasihat Penahanan ISA dijangka bermesyuarat pada 18 dan 19 Mei ini untuk mengkaji semula penahanan Manoharan”, tambahnya lagi ketika melancarkan kempen membebaskan Manoharan dan tahanan ISA yang lain di seluruh Selangor, khasnya di sekitar Kota Alam Shah yang dijangka tamat pada 17 Mei.
Teresa berkata dalam kempen ini beliau dijangka melancarkan kempen antaranya mengumpul tandatangan, ceramah dan lawatan penerangan kepada orang ramai. Kesemua tandatangan petisyen yang dikumpulkan dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri serta Lembaga Kaji Semula Penahanan ISA melalui peguam bela Manoharan, Karpal Singh.
Beliau menggesa kepada rakyat yang menyokong kempen ini agar mengemukakan bantahan dan petisyen menerusi laman sesawang www.petitiononline.com/freemano ataupun melalui emel freemanoharan@gmail.com
Pewaris tarik diri sertai debat ISA , at 8.5.09,
KUALA LUMPUR - Debat ISA: Halal atau Haram yang dianjurkan GMI tetap berjalan seperti dijadualkan Sabtu ini, walaupun kemungkinan tidak akan disertai Pewaris seperti yang dipersetujui sebelum ini.
Debat yang akan diadakan di Dewan Sivik, MBPJ, 9 Mei ini pada awalnya membariskan bekas tahanan ISA dua kali, dan juga Adun Hulu Kelang, Saari Sungib bagi pihak GMI, manakala Pewaris bersetuju meletakkan wakilnya.
Bagaimanapun, dalam pertemuan mereka kelmarin, Pewaris memutuskan untuk menyertai debat berkenaan dengan beberapa syarat iaitu perlu disiarkan secara langsung di Radio 24 Bernama. GMI menolak syarat tersebut dengan alasan 'meragui' ketelusan siaran radio berkenaan.
Dalam pertemuan itu juga, Pewaris turut mencadangkan supaya pendebatan itu ditukar kepada perbincangan, namun turut ditolak GMI.
Menurut aktivis GMI, yang juga isteri tahanan ISA, Norlaila Othman, pada asalnya Pewaris bersetuju menyertai debat tersebut, namun kemudiannya mula berdolak-dalik yang akhirnya memutuskan untuk tidak menyertainya.
"Melalui surat dahulu, Pewaris bersetuju. Tetapi bila bertemu, mula berdolak-dalik seolah-olah tidak tahu keputusan sebelum ini. Wakil yang berbincang dengan GMI juga sering bertukar-tukar yang menjadikan ia tidak konsisten," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Bagaimanapun, kata Norlaila, penolakan Pewaris itu tidak menghalang pendebatan itu dijalankan seperti dirancang, malah GMI bersedia sekiranya terdapat mana-mana pihak yang hadir dalam program itu tampil mengganti Pewaris.
Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan GMI, pihaknya kesal apabila Pewaris tidak menyahut cabaran mereka sedangkan pendebatan secara bersemuka, berdepan dan terbuka merupakan medan percambahan pendapat yang sihat.
Sebelum ini, Pewaris dengan lantang mendakwa ISA diperlukan untuk mempertahankan Islam, dan dari sudut inilah Pewaris seharusnya bertanggungjawab menjelaskan kepada masyarakat tentang pandangannya.
Para Peguam Bantah Penahanan 5 Anggotanya , at 8.5.09,
Lima rakan peguam mereka, Fadiah Nadwa Fikri, Syuhaini Safwan, Puspawati Rosman, Ravinder Singh dan Murnie Hidayah Anuar ditangkap polis semalam ketika membantu mereka yang ditangkap kerana mengadakan vigil untuk Wong Chin Huat yang ditangkap sebelum ini.
Turut berada di perhimpunan tanpa dirancang pagi ini adalah Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan dan beberapa peguam kanan termasuk Haji Sulaiman Abdullah, Tommy Thomas dan Ranjit Singh.
Mereka menunggu ketibaan kelima-lima peguam yang ditangkap itu yang dijangka akan dibawa ke situ untuk permohonan perintah reman oleh polis.
Usaha polis untuk menyuraikan mereka mendapat tentangan sengit dan polis terpaksa berundur.
Mereka kemudiannya bersurai kira-kira jam 11.30 pagi selepas diberitahu kelima-lima peguam itu akan dibebaskan dengan jaminan polis.
Video : Kes 'RAGUT' Speaker DUN PERAK dapat di rakam jadi saksikanlah siapa 'peragut' tersebut.. , at 8.5.09,
Video lain di hari Tersebut
dari - malaysiakini.tv
dari - mediarakyat
dari - TVantara
Adun PR membuat Laporan Polis , at 8.5.09,
Saya bersama ADUN PR dalam perjalanan dari pejabat DAP-Ipoh ke IPD Ipoh untuk membuat laporan Polis mengenai insiden di DUN kelmarin.
Saya bersama ADUN-ADUN lain akan melaporkan mengikut Kanun Keseksaan Panel KOd 124 dengan tindakan mengasari ADUN kelmarin.













