



Semoga TGNA diberi kesihatan yg baik, diperkenankan segala doa, dan semoga mendapat haji yg mabrur..
Semoga selamat pergi dan kembali Tok Guru dan Tuanku Sultan Kelantan..sumber
Ikuti Blog ini
Fhoto terkini Tok Guru Nik Aziz di Mekah ,Jumaat, November 12, 2010 at 12.11.10,
Samad Majid: Wartawan RTM yang tak reti bahasa"Lain kali nak bekerja, bekerja cara orang Islam!!!" , at 12.11.10,
"Jawapan dari YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, MB Kedah yang 'Paling Layak' kepada wartawan media seperti RTM & TV3 yang disiarkan Buletin Utama, TV3 semalam.
Hangpa (Media) nak putaq belit & nak perbodoh rakyat Kedah. La ni Baru Hangpa kenai sapa dia Ustaz Azizan!!! "Lain kali nak bekerja, bekerja cara orang Islam!!!"
TERBARU: Mari kita lihat antara contoh rakaman berita RTM dibawah...siapa 'wartawan lokasi' semasa berita ini dilaporkan??..siapa lagi kalau bukan wartawan tak reti bahasa ini, Samad Majid...apa yg cuba ditonjolkan oleh Samad Majid ini dalam laporannya?..semuanya bernada negatif..
Ternyata beliau adalah 'barua' Umno dalam usaha memburuk2kan kerajaan negeri..Tidak cukup dengan itu, semalam beliau telah 'memprovoke' MB Kedah dengan pelbagai soalan walaupun Ust Azizan awal2 lagi sudah memberi amaran lisan supaya tidak dibangkitkan isu banjir dlm press conference semalam..
Media di arah buat liputan pemimpin Umno
Di bawah pula, adalah bukti media talibarut Umno (TV3) bertungkus lumus mempromosi tuannya di setiap penjuru kampung yang dilanda banjir...kerana itu tidak pelik, dalam siaran berita TV3 hanya menyiarkan wakil rakyat Umno/BN kononnya bersusah payah membantu rakyat..
Sementara berita MB Kedah, pemimpin PR yg membantu mangsa banjir tidak pula dihebahkan, bahkan cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat, seolah2 pemimpin PR tidak sensitif dengan nasib rakyat..sungguh zalim lagi hina perbuatan pencacai Umno ini...
Akhir kalam....semoga Allah melimpahkan balasannya yg setimpal ke atas mereka, supaya menjadi pedoman dan pengajaran kepada orang lain...wallahua'lam..atsini
UPSR 2010: Presiden PAS ucap tahniah , at 12.11.10,
KUALA LUMPUR, 12 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010.
“Jadikan kecemerlangan tersebut sebagai panduan untuk mencari keredhaan Allah,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang dalam laman twitter.
Keputusan UPSR 2010 adalah terbaik dalam sejarah iaitu pertama kali melebihi 10 peratus apabila 48,327 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.
Semasa mengumumkan keputusan itu, semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, berkata calon memperoleh keputusan semua A meningkat kepada 10.02 peratus berbanding 9.51 peratus tahun lalu. -Hrkh
Kelantan Bakal Punyai Bandar Satelit Islam Di Pasir Tumboh Menjelang 2012 ,Khamis, November 11, 2010 at 11.11.10,
KOTA BHARU, 11 Nov: Kemajuan Projek Bandar Stalite Islam, Pasir Tumboh kini telah sampai ke tahap 40 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2012 atau pun awal 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, projek itu sebagai penambahbaikan kepada Pondok Pasir Tumboh, dengan mengekalkan struktur asalnya.
“Dijadikan sebagai tempat ibadat, pusat pengajian agama Islam, dilengkapkan dengan hotel serta kedai,” katanya pada persidangan Dun, kelmarin.
Beliau berkata, Projek Bandar Satelit Islam satu projek usahasama antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan sebuah syarikat swasta, MSO Corporation Sdn Bhd.
Sementara Produk Pelancongan Kandis, Bachok seluas tujuh ekar dalam kawasan Pondok Moden (Pusat Pengajian Pondok), Bachok pula dibangunkan dengan kos RM18 juta.
Dibangunkan hotel apartmen yang ketinggiannya 16 tingkat, mempunyai 107 unit bilik apartmen, sama ada berbentuk satu bilik, dua bilik dan juga tiga bilik bagi satu-satu unit, terletak di dalam kawasan Pondok yang berkonsepkan berkonsepkan ‘Bakti Katil’ dan ‘Perkongsian Masa’ (times sharing syarie) di samping disediakan untuk pesara-pesara dan pelajar IPTA.“Dengan konsep ‘Bakti Katil’ di mana sasarannya ialah untuk jutawan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan, mereka boleh menempatkan keluarga mereka, manakala konsep ‘Perkongsian Masa’ pula membolehkan pembeli memberi sewa kepada orang lain atau menetap sendiri dalam tempoh beberapa hari atau waktu.
“Sementara ‘Hotel Untuk Pesara’ pula membolehkan sama ada pesara berkenaan menetap di situ atau menetap ketika pulang dari perantauan.
“Dan pembinaan hotel itu ‘mengadunkan’ suasana antara masjid dan pondok serta antara laut dan kawasan rekreasi untuk percutian,” katanya.
Mengenai pelancongan kesihatan, Takiyuddin menjelaskan bahawa pihak kerajaan negeri tidak bermasalah dalam membangunkan sektor itu.
“Setakat ini kerjasama dengan pihak Kementerian Pelancongan tidak timbul masalah,” katanya.
Kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini pada 2009 ialah seramai 4.8 juta orang yang terdiri daripada 4.2 juta pelancong domestik, manakala pelancong antarabangsa ialah 0.6 juta.
Sementara itu, jumlah kemasukan pelancong bagi 2010 ialah 78.76 peratus. -Hrkh
MB Smash Media Pencacai - "Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam” , at 11.11.10,

Selepas mesyuarat Exco berakhir semalam, Azizan menafikan kenyataan berhubung tuduhan itu dengan nada agak keras.
“Orang cakap lain, lain ditulis. Buat kerja ikutlah cara halal, tulis bohong sana sini, itu kerja haram,” katanya, dituju kepada wartawan tertentu disifatkan berat sebelah dalam menulis.
Wakil media elektronik yang menjadi sasaran Azizan mempertahan kenyataan disiarkan.
Azizan dengan nada tinggi berkata, apa dilaporkan berhubung isu banjir itu adalah pembohongan.
“Hari pertama di Padang Terap, saya redah banjir. Setiap hari balik lewat malam menje-ngah mangsa, cuma wartawan tidak ikut,” katanya.
Wartawan lain pula bertanya mengenai peruntukan Kerajaan Negeri kepada mangsa.
Dengan lantang Azizan menjelaskan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pun memberi bantuan wang tunai kepada mangsa banjir di Kedah.
"Kena tanya Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah," katanya.
Azizan juga meminta wartawan merujuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah mengenai diskaun bil air.
Azizan enggan melayan sebarang pertanyaan mengenai banjir di Kedah dan minta soalan lain dikemukakan.
“Saya tak nak campur tangan hal orang lain dan saya tidak suka orang lain campur tangan di Kedah atau dalam urusan saya,” katanya.
Apabila wartawan terus menerus bertanyakan isu banjir, Azizan dengan wajah serius dan marah enggan melayan sebarang pertanyaan.
Ketika berjalan menghampiri pintu keluar bilik sidang media, Azizan ditempelak soalan daripada wartawan media elektronik yang enggan mengalah.
Barangkali terasa dirinya diprovokasi, Azizan membalas: “Hangpa pembohong! Kata saya tidak turun padang, buat berita kata ayam busuk sebab tak ada bekalan air. Pertikai peruntukan dan bantuan Kerajaan Negeri, sedangkan kita salurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah."
"Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam,” katanya sambil berlalu pergi.
Letak ancak: Mufti Perak kata Zambry tak syirik , at 11.11.10,
![]() |
Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim berkata Harussani sebenarnya belum menjawab apa yang dipersoalkan oleh pemuda PAS Perak, mengenai upucara itu sama ada bercanggah dengan Islam atau tidak.
"Jawapannya juga saya lihat untuk menyelamatkan Zambry. Namun bagaimana mereka yang hadir pada hari itu," katanya kepada HarakahDaily.
Dewan Pemuda PAS baru-baru ini menghantar memorandum kepada Harussani mendakwa Zambry melanggar ajaran Islam dengan menghadiri upacara meletakkan ancak pada tiang seri rumah.
![]() |
Khalil yang juga ADUN Titi Serong berkata, apa yang aneh apabila Zambry beria-ia mempertahankan tindakannya dengan mengungkit perbuatan beliau dan Datuk Seri Muhammad Nizar yang memegang lilin pada sidang akhbar berkaitan kematian Teoh Beng Hock.
"Saya menafikan dengan keras bahawa kami melakukan upucara sembahyang. Seingat saya ia sebagai tanda protes kepada kezaliman sehingga menyebabkan kematian seorang warganegara Malaysia yang sepatutnya tidak berlaku.
![]() |
Harussani sebelum ini berkata tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama.
Perbuatan itu juga ujarnya menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.
![]() |
"Sebenarnya memegang lilin dalam masyarakat Cina tidak sekadar merujuk kepada pemujaan, atau berkabung.
"Sebaliknya, dalam masyarakat Cina, memegang lilin tidak sekadar dilakukan di kala berlaku kematian, bahkan ia digunakan sebagai satu simbol dalam melakukan sesuatu protes," katanya.
Sehubungan itu, disebabkan perbuatan Zambry yang dakwanya serius dan menyangkut akidah umat Islam, beliau turut mencadangkan agar Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan fatwa. -M'kini
Pegawai PM Ada Harta RM200 Juta Didedah , at 11.11.10,

KUALA LUMPUR 11 NOV : Setiausaha sulit kanan Perdana Menteri, Datuk Zakiah Ibrahim didakwa memiliki harta dan mengumpul kekayaan bernilai RM200 juta.
Perkara ini didedahkan di laman blog Badrul Hisham http://chegubard.blogspot.com/2010/11/misteri-bagaimana-pegawai-pm-ada-harta.html bersama dokumen pendedahan tersebut.
Memetik tulisan di laman blog tersebut Badrul Hisham mendakwa mendapat maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' Jabatan Perdana Menteri(JPM) dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan seorang pegawai kanan di Pejabat Perdana Menteri mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.
"Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Zakiah Ibrahim," tulisnya.
"Datuk Zakiah atau pemberi maklumat menggelarnya ZAKAYA merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini," katanya lagi.
Tidak menyukai publisiti, Zakiah dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.
Zakiah adalah individu yang memuktamadkan siapa yang mendapat projek melalui runding terus di Kementerian Kewangan.
"Menggunakan bilik yang betul-betul terletak di sebelah bilik PM, Zakiah membuat keputusan untuk menguasai dan menukar syarikat yang mendapat kontrak kerajaan samada untuk Ketua Umno bahagian, kerabat diraja mahupun kroni-kroni beliau sendiri," katanya.
Badrul Hisham mendakwa Zakiah dalam masa yang singkat mengumpul kekayaan sebanyak RM200 juta dengan cara diam-diam melalui dua orang rakannya Datuk Norida Hamzah, CEO Aero Tree Defence & Services Sdn Bhd dan seorang lagi Halim Othman, bekas petugas Sri Satria dan “Nominee Director” untuk Zakiah.
"Modus Operandi Zakiah adalah dengan menukar proposal syarikat yang terpilih kepada syarikat Datuk Norida dan Halim atau memanggil ketua bahagian Umno atau kerabat Diraja yang berjaya merebut tender untuk berkongsi kekayaan dengan beliau," katanya.
"Hari ini kami kemukakan dua bukti dua syarikat milik Zakiah yang menggunakan kroni beliau dengan memaksa Bank Pembangunan dan Malaysia Debt Ventures Berhad memberikan pinjaman berjumlah hampir RM200 juta untuk projek bernilai RM20 juta," katanya lagi. -tvs
Kadar pengangguran Kelantan paling rendah di Malaysia. , at 11.11.10,
Perangkaan terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran di negeri Kelantan adalah paling rendah di Malaysia iaitu 2.2 peratus berbanding dengan kadar nasional iaitu 4.0 peratus. Sebelum ini, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan negeri Kelantan termasuk kegagalannya menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya.
Pemuda Pas sedia semuka Zambry - isu khurafat ,Rabu, November 10, 2010 at 10.11.10,

Pemuda Pas sedia semuka MB
IPOH - Dewan Pemuda Pas Negeri bersedia bersemuka dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi menjelaskan dakwaan mereka kepada Timbalan Pesuruhjaya Satu, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.
Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, pihaknya bersedia menerima cabaran menjelaskan pendirian mereka tetapi mesti dilakukan dalam satu pentas terbuka.
Menurutnya, ia memberi peluang kepada rakyat memahami dan menilai isu yang cuba diselewengkan oleh Barisan Nasional (BN).
“Pihak kami juga bersedia untuk menjelaskan dakwaan bahawa tindakan Dr Zambry jelas mendukung amalan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam. Pihak kami menantikan persetujuan pihak Dr Zambry bagi menetapkan apa sahaja kaedah pentas tersebut dan sesuai dengan masanya.
“Sekiranya MB gagal memberikan sebarang maklum balas, ini bermakna Dr Zambry bersetuju dengan dakwaan kami namun, masih mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan jelas lari dari akidah Islam,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.
31 Oktober lalu, Dr Zambry meminta pendirian Pemuda Pas berhubung perbuatan Mohamad Nizar yang berpakaian serba hitam memegang sebatang lilin menyala bertafakur dalam majlis memperingati mendiang Teoh Beng Hock 17 Julai tahun lalu di Wisma DAP.
Soalan Salahuddin Mengenai Kereta Lama Di Parlimen Merisaukan Rakyat , at 10.11.10,
Lebih 5 Juta Kenderaan Lebihi Usia 10 TahunKUALA LUMPUR: Sebanyak 5,110,326 daripada 19,820,842 jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia sehingga Ogos lepas berusia lebih 10 tahun, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Beliau berkata, kementerian sentiasa menekankan aspek keselamatan terhadapsemua kenderaan tanpa mengambil kira usia kenderaan berkenaan.
"Selain daripada tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia, langkah pengawalan keselamatan melalui pemeriksaan Puspakom diwajibkan bagi memastikan kenderaan itu masih layak digunakan," katanya semasa menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.
Salahudin ingin tahu jumlah kenderaan berdaftar di negara ini melebihi usia 10 tahun dan langkah pengawalan keselamatan yang diambil bagi memastikan kenderaan itu selamat.
Abdul Rahim berkata, pemeriksaan yang dilakukan adalah berdasarkan beberapakategori termasuk kategori kenderaan perdagangan yang memerlukan kewajipanpemeriksaan awalan sebelum pendaftaran dan menjalani pemeriksaan berkala setiaptahun bagi dua tahun pertama dan setiap enam bulan untuk masa seterusnya.
Bagi kenderaan persendirian, setiap urusan pertukaran hak milik perlu menjalani pemeriksaan Puspakom selain perlu menjalani pemeriksaan khas sebelum diubah suai, katanya.
"Selain itu kementerian melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan meneruskan kempen keselamatan jalan raya bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan penyelenggaraan kenderaan dalam keadaan 'roadworthy' (masih boleh digunakan di jalan raya) bagi menjamin keselamatan pengguna kenderaan itu dan pengguna lain," katanya.
Penggunaan cermin gelap pada kenderaan di negara ini masih dibenarkan asalkan tidak melebihi had yang ditetapkan, katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan).
Berdasarkan peraturan sekarang, sesebuah kenderaan dibenarkan memasang cermin gelap dengan ketelusan cahaya tidak kurang daripada 70 peratus bagi cermin hadapan dan 50 peratus bagi cermin sisi dan belakang. - BERNAMA
Beberapa orang rakan telah bertanya saya malam tadi apakah soalan YB dari Kubang Kerian itu sebagai tanda beliau turut menyokong tindakan kerajaan untuk menyusahkan pengguna kenderaan lama?
Penggunaan kenderaan lama kini menghadapi banyak kesukaran, malah untuk menghidupkan road tax pun kini kena mengambil insurans yang berkali-kali ganda mahalnya. Kini nak dihantar pula ke Puspakom.
GB tidak dapat menghubungi YB Salahuddin. Tetapi GB juga turut tersentak membaca laporan Bernama berkenaan.
Jika benar apa yang dilaporkan, rakyat amat dukacita.
Kemalangan jalanraya yang berlaku tidak mengira usia kereta, baru atau lama. Malah didapati daripada kejadian-kejadian yang dilaporkan setakat ini kita lihat kebanyakan adalah terdiri dari kereta-kereta baru yang usianya kurang 10 tahun. PDRM sepatutnya mempunyai angka yang terperinci mengenai hal ini.
Kedua, kemungkinan sekali YB Salahuddin kini sudah berkereta baru, dah dua penggal menjadi MP. Mungkin dah tak ingat lagi zaman dimana beliau, sebelum menjadi YB dahulu terpaksa menggunakan kereta lama ke hulu hilir menyampaikan ceramah, itu pun menumpang kereta rakan-rakan. Pernah sekali GB ada bersama.
Itu sebab GB kata, ramai YB-YB kita sudah lupa. Sudah hidup dengan kemewahan kemudian ke parlimen bukan untuk menjadikan rakyat senang tetapi megemukakan soalan-soalan yang akan menjadi rakyat lebih susah.
Susah lah begini jika YB Pakatan Rakyat pun dah tak dapat membantu rakyat. -GB
BBC dakwa Fazley ada ijazah palsu , at 10.11.10,
LONDON – University of Wales di United Kingdom (UK) menggantung hubungannya dengan Kolej Antarabangsa Fazley (FIC) milik penyanyi Malaysia, Fazley Yaakob sehingga satu siasatan dilakukan.Menurut satu laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC), tindakan itu dilakukan ekoran kontroversi berkaitan dengan kelayakan akademik penyanyi tersebut yang dikatakan memiliki ijazah doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan.
BBC dalam program Week In Week Out: University Challenged mendakwa Fazley memiliki Ph.D palsu dan kini mengendalikan kolej yang menawarkan kursus sarjana muda dari University of Wales.
Dalam program itu, Fazley dituduh memiliki kelulusan itu dari sebuah universiti palsu.

KAMPUS University of Wales di Cardiff yang didakwa menggantung hubungan dengan Kolej Antarabangsa Fazley.
kosmo
Menteri BN Salahkan Projek Kerajaan UMNO pasal banjir besaq di Kedah ,Selasa, November 09, 2010 at 9.11.10,
Banjir Kedah : Menteri BN Salahkan Projek Kerajaan UMNO
MENTERI SALAHKAN PROJEK LANDASAN KERETAPI BERKEMBAR PUNCA BANJIR TERBURUK LANDA KEDAH/PERLIS.
PROJEK landasan berkembar yang menjadi antara projek kesayangan bekas Perdana Menteri yang seorang itu, akhirnya disahkan sebagai punca banjir terburuk melanda Kedah dan Perlis sejak minggu lalu.
Dan paling mengejutkan dakwaan itu bukan datangnya daripada parti pembangkang, tetapi daripada menteri kabinet sendiri, Datuk Chor Chee Heung!
Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata projek landasan keretapi berkembar itu diakui menjadi punca banjir buruk kali ini, terutama kerana pelaksanaannya tidak diseiringkan dengan pelan kecemasan jika bencana seperti banjir berlaku.
Beliau mendedahkan bahawa kepincangan yang dicetuskan oleh projek mega itu, telah menyebabkan air menenggelami sebahagian besar kawasan yang tidak pernah dilanda banjir sebelum ini. Dan termasuk dalam kawasan dimaksudkan beliau ialah taman di mana beliau tinggal kini!
"Saya telah tinggal di taman ini sejak 1985 dan tidak pernah air naik sehingga ke dalam rumah. Sekarang air naik empat kaki dalam rumah saya dan kawasan berdekatan," katanya.
Dakwaan Chee Heung yang juga Ahli Parlimen Alor Setar memang ada rasionalnya kerana beliau memahami kawasan terbabit dan rumahnya pula dinaiki air.
Turut didedahkan Chee Heung ialah kegagalan pihak berkenaan menyediakan pelan kecemasan sehingga air banjir tersekat oleh landasan berkembar yang dibina. Aliran air itu kemudian melanda kawasan lain yang tidak sepatutnya banjir.
Beliau yang kecewa dengan keadaan banjir paling buruk berlaku itu bagaimanapun berkata telah memaklumkan masalah yang ditimbulkan oleh projek landasan keretapi berkembar kepada Menteri Pengangkutan, datuk Seri Kong Cho Ha.
Sumber dari Blog
Double-tracking project worsened flood situation in Kedah - Chor
300 ribu Rela undi pos untuk tawan Selangor? , at 9.11.10,
KUALA LUMPUR, 9 Nov: PAS mengharapkan supaya penambahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) seramai 300,000 di Selangor pada tahun 2011 tidak mempunyai agenda politik Umno BN untuk menawan negeri itu melalui taktik undi pos.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengharapkan sasaran pertambahan mendadak anggota Rela di Selangor tidak menjadi tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos dalam pillihan raya umum akan datang.
PAS, tegasnya memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihan raya kerana ia adalah simpanan tetap BN.
“Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Justeru, ujarnya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu telus dan jangan menjadi tali barut BN ketika mengendalikan urusan pilihan raya.
Baru-baru ini, tambahnya rakyat telah dikejutkan tindakan SPR berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku Ketiga 2010.
Dan lebih mencurigakan, katanya jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007).
Menurutnya, PAS menganggap itu adalah tindakan untuk mengepung supaya tembok Umno BN tidak runtuh dan diserbu oleh Paktan Rakyat di negara ini.
Justeru, beliau mengharapkan supaya semua jentera pilihan raya di semua peringkat sentiasa mengambil berat mengenai daftar pemilih dan memerhatikan senario tersebut.
“PAS mengharapkan jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor perlu serius menanggani perkara ini. Modus operandi untuk tawan Terengganu 2004 dahulu dengan menambah pengundi sedang berjalan di Selangor.
“BN terlalu mengidam Selangor, berbanding negeri-negeri lain, kerana Selangor lubuk emas dan balang oksigen Umno,” ujarnya. -Hrkh
RON95 Cetus Api Dalam Kemalangan? Fomca Gesa Kerajaan Kaji Dakwaan , at 9.11.10,
Kaji dakwaan RON95 cetus api dalam nahasKUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa agensi kerajaan dan pihak berkaitan mengkaji penggunaan bahan bakar RON95.
Gesaan itu dibuat berikutan terdapat dakwaan penggunaan bahan bakar berkenaan menjadi salah satu faktor kenderaan mudah terbakar apabila terbabit kemalangan.
Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, walaupun dakwaan itu belum terbukti, satu kajian perlu dilakukan bagi memastikan bakar itu selamat digunakan pengguna kenderaan.
“Ada desas-desus mengenai penggunaan RON95 sebagai salah satu faktor kenderaan mudah terbakar. Bagaimanapun, dakwaan itu belum terbukti.
“Namun, perkara ini perlu dipandang serius dan pihak tertentu sewajarnya mengkaji kebarangkalian kebenaran dakwaan itu,” katanya.
Beliau mengulas mengenai jumlah kemalangan membabitkan kenderaan yang terbakar sehingga meragut nyawa kian meningkat kebelakangan ini.
Sabtu lalu, empat bersaudara rentung apabila kenderaan dinaiki terbakar selepas bertembung sebuah treler di Kilometer 119, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang.Mohd Yusof bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kecuaian pemilik kenderaan menjadi salah satu faktor kenderaan terbakar apabila terbabit dalam kemalangan.
“Kini kebanyakan pemilik kenderaan gemar mengubah suai kenderaan di bengkel yang tidak bertauliah sehingga berlaku masalah pendawaian yang memudahkan kenderaan terbakar,” katanya. -metro
PRK GALAS : FAKTA YANG ANDA PASTI INGIN TAHU , at 9.11.10,
Pengundi Melayu :BN 49 %
PAS 51 %
Pengundi Orang Asli :-
BN 78 %
PAS 22 %
(90 % pengundi Orang Asli keluar mengundi berbanding hanya 70 % pada PRU 2008)
Pengundi Cina :-
BN 51 %
PAS 49 %
Undi Pos :-
BN 72 %
PAS 28 %
Majoriti BN 1,190 undi, 1,001 undi datang dari undi Orang Asli dan 121 dari undi Pos dan selebihnya dari pengundi Cina.











