Ikuti Blog ini

Pemilik akaun facebook "Sultan Yang Setan" di tahan Polis


Polis telah menahan pemilik akaun facebook "Sultan Yang Setan" yang diburu sejak Ogos lepas kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata lelaki berumur 40 tahun itu yang dipercayai mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail Januari lepas, diberkas di ibu negara pada 29 November lepas.

Turut dirampas ialah lima telefon bimbit dan PDA pelbagai jenis, empat komputer riba, dan perkakas komputer, katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Satu pasukan petugas telah menyiasat kes itu selepas lima laporan polis dibuat tentang kewujudan laman itu.

Syed Ismail berkata siasatan mendapati lelaki yang berasal dari ibu negara dan bergerak sendiri itu menyiarkan komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi diraja.

Akaun tersebut menggunakan alamat e-mel 'pendekar.bentan@gmail.com' namun identiti yang digunakan adalah kepunyaan individu lain, katanya.

Syed Ismail berkata lelaki itu adalah bekas pelajar sebuah universiti tempatan.

"Motif suspek mewujudkan akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealisme sendiri kerana siasatan mendapati beliau tidak terlibat dengan mana-mana politik," katanya.

Syed Ismail berkata, lelaki mendapat pengetahuan untuk menggunakan internet melalui pembelajaran sendiri selain menggunakan perisian tertentu yang boleh menyembunyikan identitinya.

Katanya tiga orang telah ditahan berhubung kes seumpamanya.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya.

Beliau menasihati para pengguna internet supaya menjaga keselamatan alat-alat yang digunakan untuk membuat capaian internet seperti 'wireless
router' supaya mendaftar keluar jika tidak lagi digunakan.

"Jika tidak mahir dalam penggunaannya dapatkan nasihat pakar cara untuk menggunakannya selain berhati-hati jika ada orang yang tidak dikenali
menggunakan capaian internet di rumah," katanya.

Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster, Syed Ismail menasihatkan mereka supaya tidak mendedahkan maklumat diri dan gambar kepada individu tidak dikenali.

"Jangan tulis sebarang unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam dalam laman-laman sosial kerana polis mampu mengesan sebarang hebahan yang salah," katanya.

- Bernama

Umno jangan berlakon bela agama

SELAYANG, 22 Dis: Pemimpin Umno BN digesa agar jangan sesekali suka berlakon kononnya membela agama kepada rakyat dalam setiap perkara yang berlaku yang ada kaitan dengan agama.

"Rakyat kini semakin cerdik menilai mana intan dan permata," tegas Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Mohamad Abd Rahman selepas balik daripada Baiah (Majlis Mengangkat Sumpah) sebagai Penyelaras Dun Taman Templer di Shah Alam, semalam.

Beliau yang juga Penyelaras Dun Taman Templer mengulas demonstrasi Umno kononnya membantah kemungkinan Surau Al-Hidayah dirobohkan.

Katanya, demonstrasi tersebut adalah satu provokasi yang didalangi oleh Umno BN yang mencari populariti murahan untuk menghasut rakyat supaya membenci pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor kononnya tidak prihatin tentang masalah agama islam.

Tambahnya, Umno BN membuat provokasi demonstrasi bantahan dengan mewar-warkan kepada rakyat terutamanya penduduk sekitar Rawang seolah-olah berlaku kelemahan dan ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di Pekan Rawang jatuh ke tangan syarikat swasta.

“Kita bukan sekadar mempertahankan tanah tetapi lebih dari itu yang kita pertahankan adalah Islam.

"Kenyataan tersebut adalah tidak berasas langsung, kerana yang menggadainya maruah orang Melayu dan Islam adalah Umno BN. Demonstrasi yang dibuat adalah memakan diri. Sekarang daripada rakyat tidak tahu, ia sebenarnya telah memecahkan tembelang mereka sendiri,” katanya.

Beliau menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin bahawa kerajaan negeri langsung tidak terlibat dengan pelan pembangunan tapak seperti mana yang dituduh oleh Umno yang mengadakan demonstrasi kelmarin.

"Tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki oleh SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama syarikat swasta, Mahumas Sdn Bhd dan rekod menunjukkan SAP Holding Sdn Bhd bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor semenjak 2002 lagi,” jelasnya.

Sebenarnya, jelas beliau bukan setakat Surau Al-Hidayah sahaja yang PAS sentuh tetapi ada beberapa isu lain berkaitan dengan tanah dan agama Islam di Rawang.

“PAS Selayang akan cuba bongkarkan dan sedang mengumpul bukti termasuk tergadainya sebahagian tanah Masjid Nurul Iman yang untuk pembinaan jalan oleh Mahumas, tanah surau dan rezab kubur di Taman Rawang Perdana yang sudah digezetkan telah bertukar statusnya. Semuanya itu berlaku semasa Umno BN memerintah,” jelasnya.

Tambahnya, mungkin tidak ramai penduduk sekitar Rawang yang tahu sejarah Surau Al-Hidayah di Kg Melayu, Rawang termasuk bagaimana berlakunya kronologi surau tersebut.

Oleh itu, pihaknya meminta agar rakyat dan penduduk sekitar Rawang tidak cepat melatah dan mudah percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Umno BN dan diminta merujuk kepada Nazir dan Jawatankuasa Pentadbir Masjid Nurul Iman Rawang sebagai penaung untuk semua surau-surau di dalam pentabirannya.

Beliau juga Penasihat Pemuafakatan Nazir-Nazir Masjid Selayang mengajak rakyat membuka minda dan mengingati setiap peristiwa yang telah berlaku dalam aspek menjaga rumah ibadah seperti surau dan masjid bukan cara seperti yang diamalkan oleh Umno.

Mohamad juga menggesa agar rakyat berfikir dan menilai dengan sebijak-bijaknya kerana sepanjang Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah tidak pernah berlaku lagi peristiwa meroboh masjid atau surau.

Ini, katanya jelas terbukti, hampir 3 tahun PR memerintah, masjid dan surau sentiasa diimarahkan oleh rakyat.

Tambahnya, amat berbeza semasa zaman pemerintahan kerajaan Umno BN di mana surau dan masjid tidak mendapat sambutan rakyat kerana tiada pengurusan yang tulus dan majlis ilmu tidak dijalankan secara sempurna.

“Rumah ibadah boleh dikatakan seperti kubur yang sunyi kerana tiada majlis-majlis ilmu dan zikrullah semasa di bawah pengurusan Umno BN,” ujarnya. -Hrkh

Exco S'gor: PM keliru, bawa bencana nuklear

Exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak keliru apabila kerajaan pimpinannya merancang membina loji janakuasa nuklear ketika rakyat Malaysia terus membantahnya. elizabeth wong 160209"Ini akan mengakibatkan bencana ekonomi dan alam sekitar. Najib ingin membazirkan RM21.3 bilion walaupun pada kita sepatutnya memandang ke arah tenaga suria," katanya.

Menurut Elizabeth lagi, panel solar antarabangsa seperti Q-Cells dan FirstSolar sudah mula bertapak di dua negeri Pakatan Rakyat, Selangor dan Kedah. "Kita sepatutnya memperkuatkan sektor (tenaga hijau) ini dan bukan terperangkap dalam jalan mati yang (dipenuhi) toksik," katanya yang bertanggungjawab dalam pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar di Selangor.

Kelmarin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata, Malaysia merancang untuk membina dua loji nuklear - masing-masing menjana 1,000 megawat - sebagai sebahagian daripada rancangan mengimbangi bekalan tenaga. Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian. Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Elizabeth juga menyuarakan kebimbangannya terhadap "kekurangan ikhtiar dari kerajaan pusat" dalam isu-isu alam sekitar.

"Walaupun pada tahun lalu di persidangan iklim Copenhagen, perdana menteri telah menyuarakan janji-janji untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 40 peratus pada tahun 2020, kami belum melihat sebarang tindakan bermakna dari kerajaan pusat," katanya. -M'kini

Siapa Jual Tanah Surau Kepada Taukeh Cina Di Selangor?

UMNO/Zainal Sakom Jual Tanah Surau pada Taukeh Cina

Dulu Tulang Besi pernah dedah Majlis Agama Islam Melaka pernah menjual bangunan ada "tauke cina". .

Di Selangor, satu-satunya tanah milik orang Melayu di Rawang rupa-rupanya telah dijual oleh UMNO. Dalam penjualan ini, tokoh UMNO Selangor, Dato Zainal Abidin SAkom terlibat sama.

Tanah tersebut asalnya milik bersama Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB)
melalui SAP Holdings. Pada waktu itu, SAP Holdings adalah ANAK SYARIKAT KDEB.

Namun, pada tahun 2002, KDEB telah menjual saham mereka di dalam SAP HOLDINGS. Pada waktu sekarang, pemegang-pemegang saham SAP Holdings adalah:


Chew Ting Teck, Hung Te Hsin @ Ang Teck Thieng, Siaw Kwee Mow @ Sia Hock Chai, Sip Kew Yin, Tan Kok Yee, Tan Pang Kuan, Chow Soon Tat @ Chew Soon Tat, Chew Teng Meng @ Francis Chew, Chew Siew Ying and Dhew Teng Fook @ Chow Teng Fook.

Maka, secara otomatik tanah tersebut jatuh ke tangan SAP Holdings yang dimiliki oleh orang-orang di atas.

Di sinilah kita lihat contoh KETUANAN MELAYU UMNO. Mereka ambil tanah orang Melayu dan jual pada orang lain.

Lepas dah gadai tanah Melayu, mereka cuba tuduh Kerajaan Negeri PR pula yang gadai. Mereka ini benar-benar pendusta dan pembohong.

HIDUP MELAYU!!!! HIDUP UMNO!!!!!

Tulang Besi

Anak sedia berdepan Umno di Tenang

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) sudah bersedia menghadapi taktik Umno BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang khususnya di kawasan gugusan Felda.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, pihaknya yakin Umno BN akan mempengaruhi peneroka Felda agar menolak perjuangan Pakatan Rakyat yang sedang membela nasib mereka.

"Tapi saya yakin pengundi muda tak sama dengan pengundi terdahulu. Sekiranya mereka kekal dengan cara lama dengan menipu dan menggunakan propaganda mereka untuk memperdayakan generasi muda, mereka tak akan berjaya.

"Jentera pilihan raya kita bersedia menghadapi corak kempen mereka," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Masih tunggu jawapan debat

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS turut menegaskan, Anak masih menanti untuk bersemuka dengan Ahmad Maslan dalam debat terbuka bagi membincangkan isu Felda.

"Bila dia baru-baru ini keluarkan kenyataan pihak yang tuduh Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa, saya telah mengulangi cabaran saya untuk berdebat.

"Saya kata tidak selesai kita terus menuduh dalam keadaan kita dituduh dan tidak boleh membela diri.

"Saya sentiasa bersedia kalau Ahmad Maslan menjadikan medan pilihan raya kecil sebagai medan intelektual untuk mencari satu titik formula tentang isu yang berlaku di tanah rancangan felda.

"Saya tak menjadi masalah tapi yang menjadi masalah ialah mereka hanya pandai tembak kita dari luar tapi sampai masanya bila kita ajak mereka berdebat mereka tak mahu," katanya.

Tiga Felda terletak di Dun Tenang iaitu Felda Cempelak, Felda Cempelak Barat and Felda Tenang.

Tiga kawasan Felda ini mempunyai 4,000 pengundi daripada 14,511 yang berdaftar. -Hrkh

Panasss....Inilah Tali Yang Berharga RM2 Juta Pemberian Najib.

Melampau...itulah perkataan yang terpancul dari mulut gua,apabila Pak Najib menghadiahkan seutas tali dengan harga RM2 juta kepada Cuepacs semalam.Inilah gara-gara apabila sistem pentadbiran negara dirancang dan diuruskan oleh firma Yahudi iaitu APCO Worldwide.

Sudah pasti segala sesuatu itu perlu diselesaikan dengan pemberian wang ringgit atau pun rasuah.Maka itulah jalan yang digunakan oleh Pak Najib apabila berhadapan dengan desakan demi desakan dari Cuepasc untuk 1.3 juta kakitanga Awam

Maka beliau telah melakukan sesuatu yang menjijikkan dan dengan terang-terangan tanpa rasa malu memberi RM 1 juta untuk pentadbiran cuepacs dan RM1 juta lagi untuk baikpulih bilik pengerusi Cuepacs.

Apakah maknanya ini, sudah pasti mereka yang diberikan akal oleh Allah dapat menilai bahawa inilah "Rasuah Terang-terangan" umpama tali yang diberikan bernilai RM2 juta demi untuk mencucuk hidung umpama Lembu agar patuh dan mengikut segala arahannya.

Maka selepas ini,pengerusi Cuepacs seperti orang "Binggung" jadinya,apabila duduk di bilik yang berharga RM1 Juta dengan segala kelengkapan umpama seorang menteri.Lantaran sekiranya ada desakan dan pemintaan drp kakitangan awam yang menjadikan memanda PM marah,maka segala pemintaan dan desakan itu akan diBAKUL sampahkan.

Untuk itu,sudah tiba masanya mereka yang dilantik sebagai jawatankuasa Cuepacs berhati-hati dengan permainan jahat pihak pemerintah ini yang di control oleh firma perunding APCO.Untuk kakitangan Awam sudah pasti "Kecerdikan" kita berfikir diperlukan bagi menyanggah segala tipu daya dari Pemerintah Umno/BN yang semakin terdesak umpama Anjing Tersepit adanya.

Juragan : Aku bangga mempunyai PM yang cerdikkkk berfikir
seperti Israel adanya...Maka,1 Malaysia "Ketuanan Melayu"kena
tipu hidup-hidup...kuah3

Disebalik Himpunan Remaja Berlambangkan 1Malaysia

http://buletinonline.net/images/stories/berita36/KELAB%20MOTOR%201malaysia.jpgGagasan 1Malaysia bukan mainan politik? 1Malaysia bukan asimilasi?? 1Malaysia bukan idea dari luar??? 1Malaysia bukan untuk lenyap identiti etnik kaum……???

1Malaysia bukan bukan hanya ucapan, 1Malaysia bukan hanya laungan dan 1Malaysia bukan perjuangan Melayu.

Sementara hari ini Perdana Menteri Datok Seri Najib menafikan lagi, 1Malaysia bukan ciplakan dari mana-mana pihak, namun timbul dari ideanya sendiri??

Pada sidang Dewan Rakyat pertama Najib dilantik sebagai Perdana Menteri 15 Jun 2009, Najib memberitahu, formula 1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek utama iaitu penerapan teras-teras perpaduan dan nilai-nilai aspirasi.
Antara teras-teras perpaduan itu katanya adalah penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia, prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara dan Keadilan Sosial.

Manakala, kata Najib, nilai-nilai aspirasi merangkumi budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab, budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan meningkatkan kecekapan, keberanian untuk meneroka peluang-peluang baru, meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang paling layak melaksanakannya berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara, Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara, ketabahan mengharungi cabaran mendatang dan integriti dalam segala urusan dan transaksi.

Maka, apa yang baru tentang 1Malaysia?

Teras perpaduan dan nilai aspirasi yang dinyatakan oleh Najib itu, semuanya telah diperkenalkan dan diwujudkan sejak zaman selepas merdeka!

Oleh itu, apakah sebenarnya 1Malaysia?

Minggu lalu, di Kuala Terengganu, program kerajaan telah di ‘umno’kan dengan menggunakan lambang 1Malaysia.
Lalu dilancarkan satu kelab disebalik logo 1Malaysia, yang diberi nama ‘Kelab Motor Terengganu’ kononnya untuk menarik golongan remaja dari terjebak dengan gejala rempit.

Maka diberikan wang ‘sogokan’ 1Malaysia kepada para peserta.

Mereka yang mahu menyertainya, mesti mendaftar di pejabat DUN Umno, mengambil baucer, dan mendapat habuan apabila membawa baucer tersebut ke Stadium Tertutup Gong Badak.

Apabila ditanya kepada pemuda-pemuda tersebut, sekiranya tidak diberikan ‘sogokan wang 1Malaysia’ itu, adakah mereka akan pergi ke Stadium?

”Haram…. Aku takkan pergi….,,”jawab spontan seorang peserta dari parlimen Kuala Nerus, yang menambah, mereka juga dijanjikan, akan diberikan sogokan ‘Helmet (topi keledar) 1Malaysia’ dan jaket 1Malaysia.

Sewaktu pulang dari program kerajaan yang di ‘Umno’kan dengan lambang 1Malaysia itu, seorang peserta bukan sahaja membawa satu helmet berlambangkan 1Malaysia, tetapi ada yang bawa 2 buah helmet dan ada yang bawa pulang 4 buah helmet.

Jadi, kalau dari segi jumlah helmet 1Malaysia yang diedarkan memang tepat jumlah mungkin mencapai 32,000 butir, sebagaimana yang Najib dakwa, 32,000 orang yang hadir!??

Helmet sudah dapat, mana pula jaket 1Malaysia?
Dikaca TV dipaparkan, Najib turut menyerahkan jaket-jaket hitam berlambangkan 1Malaysia kepada wakil-wakil peserta.
“Jaket akan dapat kemudian, belum siap lagi,”jawab pemuda yang juga pernah menyertai program Bakti Remaja dengan wang sogokan sebanyak RM500.

Sementara itu, program 1Malaysia tahun lalu (2009) menggunakan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Manakala program1Malaysia tahun ini (2010) menggunakan slogan Menjana Transformasi.

Semalam, Di laman sosial Twitter, Ketua Pemuda Umno 1Malaysia, Khairy Jamaludin membuat catatan, beliau sedang berada di Melaka, menaiki bas rombongan 1Malaysia.

Selepas program di Stadium Gong Badak, rombongan 1Malaysia itu telah bergerak ke Kampung Losong, untuk program berlambangkan 1Malaysia, membaiki rumah rakyat miskin.

Najib juga pernah berjanji sewaktu pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu akan membina beratus-ratus rumah untuk rakyat miskin di Hiliran bersebelahan Kampung Losong.

Namun sehingga kini, sebutir pasir pun belum kelihatan untuk membina rumah-rumah pangsa itu! Mungkin kerana semasa rancangan tersebut diumumkan, Najib terlupa menyebutkannya sebagai rumah pangsa 1Malaysia!

Dalam masa yang sama, di Kuala Lumpur dikhabarkan beratus ribu kemeja T, berlogokan 1Malaysia siap diedarkan untuk pilihanraya kcil DUN Tenang.

Umno telah berjaya memakaikan ‘orang asli’ di DUN Galas dengan T-Shirt tersebut beramai-ramai dan masuk mengundi di tempat membuang undi.

Ia mungkin satu trend 1Malaysia yang menjadi ikutan dan diamalkan dalam pilihanraya kecil DUN Tenang akan datang kerana T-Shirt 1Malaysia itu tidak ada di beri pakai tanpa pemakainya menerima sogokan 1Malaysia.

Sebagaimana peserta Himpunan Remaja yang dilaporkan mendapat Helmet 1Malaysia dan Jaket 1Malaysia!


** Khairy masih 'round' lagi dan sedang berada dalam bas 1Malaysia............???

Bas Bawa Lebih Penumpang, Kerajaan Digesa Kaji Bas 2 Tingkat Lalui Kawasan Tanah Tinggi

Permit 19 bawa 35

KAKITANGAN MIROS dan Puspakom memeriksa bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan 27 nyawa di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, semalam.

ALOR SETAR: Bas persiaran dua tingkat yang terbabit dalam nahas mengorbankan 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dekat Ipoh, kelmarin, dipercayai membawa penumpang melebihi kapasiti dibenarkan, Berita Harian dipetik.

Menurut sumber, dalam permohonan permit dengan Kementerian Pelancongan, tahun lalu, bas berkenaan didaftarkan mempunyai kapasiti 19 tempat duduk, tetapi ketika nahas jam 11.40 pagi itu kenderaan terbabit membawa 35 penumpang.

Maklumat pada badan bas pula mencatat kenderaan itu mempunyai kapasiti 31 penumpang.

Sementara itu Kerajaan diminta mengkaji semula kebenaran yang diberikan kepada bas dua tingkat untuk membawa pelancong ke tempat peranginan di kawasan tanah tinggi dan berbukit-bukau, lapor Bernama.

Anggota Dewan Negara Senator Boon Som Inong yang mewakili minoriti masyarakat Siam di negara ini berkata, kajian dan tindakan lanjut berhubung perkara itu perlu dilakukan bagi mengelak tragedi seperti kemalangan maut yang meragut 27 nyawa di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai Isnin, daripada berulang.

"Saya bimbang bas yang tinggi seperti ini mungkin tidak stabil apabila melalui kawasan tanah tinggi, dan ini boleh membahayakan keselamatan penumpang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat Thanvarat Poolsaeng, 36, seorang daripada mangsa yang terselamat dalam nahas terburuk negara itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, Selasa.

Thanvarat kehilangan suami dan anaknya dalam kemalangan pada 11.40 pagi yang mengorbankan dua rakyat Malaysia dan 25 pelancong warga Thailand.

Boon turut menggesa kerajaan mengkaji kawasan di mana kemalangan maut kerap berlaku seperti jalan ke Cameron Highlands dan Genting Highlands, selain mengambil tindakan sewajarnya agar industri pelancongan negara tidak terjejas.

"Kemalangan maut di jalan raya sudah terlalu kerap berlaku. Di jalan ke Cameron Highlands sahaja sudah dua kali. Saya minta pihak berkenaan pantau keadaan jalan kerana kemalangan bukan hanya sebabkan kematian, tetapi boleh menyebabkan kita hilang pelancong ke Malaysia," katanya.

Bongkar..!!Kerajaan Malaysia Bayar Paling MAHAL Dalam Dunia.

Menteri diJabatan Perdana Menteri,Datuk Nazri Aziz telah dengan terang dan jelas mengakui bahawa kerajaan Malaysia telah membayar RM77 juta kepada Apco Worldwide pada sidang Dewan Rakyat pada 13 April yang lalu,ketika menjawab soalan bertulis Ahli Parlimen Batu,Tian Chua.

Selama ini rakyat Malaysia yang kurang maklumat menyangka bahawa bayaran kepada syarikat Israel itu hanya RM28 juta seperti yang dicanangkan oleh pimpinan Umno selama ini.

Malah lebih mengejutkan lagi,Malaysia telah menjadi juara kerana membayar yuran perkhidmatan terTINGGI di dunia kepada syarikat Israel Apco Worldwide berbanding dengan negara-negara lain yang menggunakan firma tersebut.


Terkini,Pak Najib menafikan bahawa slogan Satu Malaysia adalah slogan yang ditiru dan diciplak dari negara Israel yang telah mengamalkannya sejak tahun 1999.Malah beliau mempertahankan bahawa slogan tersebut ada ciptaan dan rekaan beliau sendiri.

Tetapi DSAI sebagai Ketua Pembangkang telah membongkar rahsia yang sebenarnya apabila membandingkan One Israel (Pendidikan&Kesihatan,Slogan:People Frist,Tubuh Israel Fund) 1Malaysia (Bina klinik 1 Malaysia,Slogan:Rakyat didahulukan,Pencapaian Diutamakan,Tubuh Yayasan 1Malaysia)

Menteri UMNO Ahmad Maslan Macam Kebudak-Budakan Apabila Berbicara Soal Hasrat Pakatan Rakyat Ingin Memansuhkan Felda Plantations !!

Apa sudah jadi dengan Menteri UMNO yang bernama Ahmad Maslan (foto). Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu begitu kebudak-budakan bila mengeluarkan kenyataan kononnya resolusi Pakatan Rakyat untuk membahagikan semua tanah rancangan Felda kepada anak-anak peneroka adalah tidak lojik dan boleh membawa kesan kurang baik. Kenyataan itu dibuat berikutan isu Pakatan Rakyat mahu memansuhkan Felda Plantations dan mengisi tanah-tanah terbabit dengan peneroka dikalangan generasi kedua.

“Memang bunyinya sedap nak bercakap. Jika dikira, pembahagian tanah Felda sebanyak 330,000 hektar kepada lebih kurang 1.6 juta anak peneroka, ia bermakna setiap seorang hanya akan mendapat seekar sahaja. Apa yang nak dibuat dengan tanah seekar? Bagaimana implikasinya terhadap orang lain? “Resolusi itu tak lojik kerana segala hasil daripada tanah seluas 330,000 hektar itu dikembalikan semula kepada peneroka dalam pelbagai bentuk seperti program kemahiran, pembangunan prasasana dan sebagainya. “Adalah lebih pintar kita membinanya sebagai satu konglomerat yang besar dan hasilnya dikembalikan kepada peneroka dan generasinya daripada kita memecahkan tanah-tanah itu dan bagi kepada anak peneroka,” katanya ketika mengulas salah satu resolusi Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad lalu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Felda Bersama Media yang diadakan di Bilik Perdana Dewan Perdana Felda di Jalan Maktab, Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir pada majlis itu ialah pengerusi Felda, Tan Sri Dr Yusof Noor. “Kalau ayah sudah diberi tanah,selepas itu kita bagi anak-anak mereka, ia akan menimbulkan implikasi yang kurang baik. Falsafah yang dipegang Felda ialah, ayah dan ibu kita bagi ikan. Anak-anak dan cucu-cucu kita ajar mengail ikan. Itulah sebabnya setiap tahun kita peruntukkan RM50 juta untuk program kemahiran untuk anak-anak peneroka,” katanya lagi.

[Punyalah bangangnya kenyataan Menteri UMNO si Ahmad Maslan ini. Isunya sekarang ialah sejarah awal penubuhan Felda itu sendiri adalah untuk memberi tanah kepada peneroka dan bukannya menjadikan ia sebagai estet seperti sekarang. Tun Razak berhasrat untuk membela rakyat dengan pemberian tanah terbabit dan bukannya menjalankan bisnes atas tanah ladang yang disediakan. Namun, anaknya Najib Razak jelas sekali telah khianat dengan tidak mengambil lagi peneroka dan menjadikan tanah-tanah tersebut sebagai Felda Plantations.

Akhirnya pekerja ladang digajikan sama seperti buruh asing yang mengusahakan ladang-ladang terbabit. Inilah masalahnya, maka itu Pakatan Rakyat mahu mansuhkan Felda Plantations dan memberikan semula tanah-tanah itu kepada generasi kedua. Apa masalahnya dengan ayah mereka sudah memiliki tanah?. Tanah terbabit bukannya diberikan kepada 1.5 juta anak peneroka, tetapi kepada mereka yang layak dan memohon. Samalah ketika ayah mereka masuk peneroka dulu, berapa ramai yang tidak layak selepas ditemuduga.

Apakah mungkin anak peneroka yang mempunyai pekerjaan di bandar-bandar juga mahu diberikan tanah terbabit. Takkanlah mahu diberikan seekar seorang tanah berkenaan seperti yang digambarkan oleh Ahmad Maslan. Menjawab soalan macam budak-budak, sia-sia dia jadi menteri!]. -Pahang Daily

UMNO Hanya Mampu Bertempik Di Atas Nama Bangsa - TG Nik Aziz

PAS tumpu usaha jadi pemerintah

Perjuangan parti dapat dilaksana jika berjaya pegang tampuk kuasa: TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menegaskan bahawa perjuangan PAS kini lebih mementingkan kepada usaha mendapatkan kuasa bagi membolehkan mereka berkuasa pada masa depan.

Beliau berkata, hanya melalui kuasa saja yang membolehkan PAS menjadi pemerintah, sekali gus membuka jalan untuk melaksanakan pelbagai agenda termasuk dasar syariat Islam.

“PAS berjuang untuk mendapatkan kuasa kerana dengan kuasa itu saja keadilan dapat ditegakkan sebagaimana dilakukan di Kelantan, dapat melaksanakan dasar selari dengan syariat Islam.

“UMNO tidak pernah melakukan ini walaupun sudah lama berada di tampuk kuasa, namun tanpa Islam sebagai asas perjuangan, parti itu (UMNO) hanya mampu bertempik (melaung) di atas nama bangsa Melayu saja dan ini sudah tentu tidak akan memberi kepuasan kepada bangsa lain,” katanya dalam Facebooknya, semalam.

TG Nik Aziz yang juga Menteri Besar berkata, beliau optimis, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah sampai ke penghujung hayat dalam memimpin negara, umpama pohon yang reput akarnya walaupun pada zahirnya daun masih merimbun.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati untuk ‘berteduh’ di bawah UMNO kerana akan ditimpa bahaya pada masa depan kerana pertubuhan itu hanya menunggu masa untuk rebah.

“Saya nyatakan demikian kerana Ketuanan Melayu yang dibawa UMNO kini semakin tidak laku untuk dipasarkan kepada rakyat yang kini sudah semakin cerdik.

Melayu yang dibela UMNO kini hanya omong-omong kosong semata-mata.

“Saya sudah nyatakan, bahawa kononnya Melayu akan menghadapi bahaya jika Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum nanti hanyalah cerita dongeng UMNO saja,” katanya. -BH

Saman untuk pertahan kebenaran

PULAU PINANG, 21 Dis: Ekoran mengalami tekanan dan fitnah yang berleluasa ekoran penyiaran berita doa khutbah Jumaat yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Melayu, NST dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya disaman oleh Ustaz Zakaria Ahmad.

Dalam kenyataannya kepada media di sini malam tadi, beliau berkata saman itu adalah bagi mempertahankan kebenaran yang dibawa oleh beliau sebagai seorang tokoh agama daripada terus diperlekehkan oleh mereka yang mempunyai motif tertentu dalam membesarkan isu yang tidak benar lagi batil itu.

"Saman ini adalah bagi mengingatkan mereka yang jauh tersasar supaya tidak dengan sewenang-wenangnya menggunakan platform agama untuk mencari pengaruh.

"Saya bercakap atas dasar agama Islam yang sebenarnya. Mereka telah memfitnah saya melalui akhbar sehingga memberi satu impak yang negatif terhadap kepercayaan, kewibawaan dan reputasi masyarakat terhadap saya," tegasnya lagi.

Seperti mana dalam salinan saman yang diperolehi menyebut penyiaran dalam Mingguan Malaysia bertarikh 22 Ogos dengan perkataan fitnah oleh Shabudin 'tindakan menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah itu seolah-olah ada agenda politik dan membawa imej beliau'.

Begitu juga dengan penyiaran berita mengenai unsur fitnah yang mengaitkan isu khutbah dalam Berita Harian bertarikh 23 dan 25 Ogos lalu.

"Kenyataan yang menyatakan etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain serta pengesahan Shabudin sebagai bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam bahawa saya tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam adalah bersifat fitnah sedangkan saya mempunyai tauliah sejak 29 Mac 2003 lagi," tambahnya lagi.

Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan penyalahgunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam khutbah Jumaat di beberapa buah masjid di Pulau Pinang ketika mempengerusikan mesyuarat perhubungan di Tasek Gelugor.

Ekoran pendedahan tersebut Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang melalui Pemuda Umno bahagian telah membuat beberapa laporan polis supaya perkara itu disiasat.

Zakaria memfailkan saman itu Oktober lepas di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Tetuan Aswar, Simon dan Azhar.

Katanya lagi, apa yang diharapkan ialah keadilan tertegak tanpa menidakkan kebenaran yang sepatutnya dijadikan asas dalam penyiaran oleh mana-mana media dalam negara ini.

Beliau juga turut dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 24 Ogos lalu.

Namun begitu, tiada apa-apa tindakan diambil terhadap beliau setelah keterangan yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ellias Zakaria diadakan pada 24 Ogos lalu. -Hrkh

Demokrasi Kelam Barisan Nasional Kejam

1. Barisan Nasional bukan pendokong demokrasi ! bohong dan dustalah kiranya mereka mengaku bahawa mereka menegakkan amalan demokrasi dalam negara ini . Siri pencabulan demokrasi terutama hak kebebasan bersuara dan membela diri sering berlaku dalam negara ini. Barisan Nasionallah angkaranya.

2. Nyata mereka gagal berdepan dengan kekuatan hujjah yang dibawa oleh pihak Pakatan Rakyat dalam apa jua isu terutama dalam usaha mereka mematahkan sokongan masyarakat kepada Pakatan Rakyat .Akhirnya memaksa mereka menggunakan hujjah kekuatan dalam mendepani kemaraan Pakatan Rakyat.

3.Mereka menggunakan kekuatan gas pemedih mata , cota , gari , polis , penjara , akta dan kini gantung ahli parlimen selama 6 bulan dari menghadhiri sidang , sedang mereka adalah wakil rakyat yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui proses demokrasi. Semata - mata kerana mereka gagal berdepan dengan hujjah sekalipun jumlah ahli parlimen mereka agak ramai di parlimen tetapi hanya seperti puppet yang mengangguk bila di iya kan dan menggeleng bila di tidakkan.

4. Hari ini Dato' Seri Anwar Ibrahim dan rakan - rakan yang lain menjadi mangsa episod demokrasi yang semakin kelam dan tindakan Barisan Nasional yang semakin kejam . Selain dari tidak memberi peluang Dato' Seri Anwar membela diri dan mempertahankan hujjah , mereka seperti berpesta dan seronok kerana berjaya mengurangkan jumlah ahli parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen serentak itu melebarkan penguasaan mereka dari segi jumlah kerusi dan suara biarpun selamanya mereka dangkal berhujjah serta cetek berbahas.

5. Barisan Nasinal mungkin boleh mengukir senyuman kerana berjaya "menghalau" figure - figure Pakatan Rakyat ini keluar dewan namun Barisan Nasional terpaksa membayar"ganti rugi" akibat tindakan yang dilihat dunia sebagai mencabul demokrasi .

6. Selayaknya Parlimen menjadi gelanggang berhujjah dengan mengharapkan semua anggotanya mengemukakan hujjah yang bernas dan berfakta samaada dari pihak pembangkang mahupun kerajaan. Bukannya Parlimen dijadikan tidak ubah seperti gelanggang gasing dengan masing - masing berusaha untuk memangkah antara satu sama lain agar terkeluar dari gelanggang dan dinafikan hak untuk bertarung.

7. Saya kesal dengan sikap tidak gentleman pemimpin Barisan Nasional yang cenderung menggunakan kekuatan , kekerasan dan tekanan serta sekatan sedemikian yang jelas dilihat bertentangan dengan spirit demokrasi yang dijulang oleh mereka selama ini.

8. Ini membuktikan Barisan Nasional ketandusan pemimpin yang pintar berhujjah dan hebat berbahas. Barisan Nasional kelihatan gersang pemimpin yang mampu menangkis hujjah lawan secara fakta dan nas . Apa yang Barisan Nasional miliki hari ini ialah pemimpin yang bijak menggunakan peraturan bagi mengenepikan lawannya secara taktikal bukan keupayaan skil dan skima beraksi [ berhujjah ] di tengah medan.

9. Negara menuju kejatuhan nilai kualiti modal insan dan keruntuhan tamadun ilmu yang parah apabila inilah pemimpin yang dilahirkan oleh Barisan Nasional hari ini. Lihatlah betapa lucunya seorang ahli Parlimen digantung 6 bulan atas kesalahan kerana beliau mengatakan 1 Malaysia adalah hasil nasihat APCO yang meniru 1 Israel. Sedang ahli - ahli parlimen mereka boleh berhujjah dengan 1001 hujjah dan fakta jika mereka benar dan tidak sebagaimana yang didakwa.

10. Kesimpulan mudah dibaca oleh rakyat ialah , dakwaan Dato' Seri Anwar bahawa 1 Malaysia adalah fotocopy dari 1 Israel melalui nasihat APCO adalah benar dan tepat sehingga kerajaan gagal menangkis hujjah beliau lalu menghalaunya keluar dari Parlimen melalui taktikal yang terancang. Semoga rakyat mampu menilai antara kaca dan permata apabila berlakunya insiden yang memalukan negara ini.

PR perlu tonjol kemampuan perintah negara - TG Hj. Hadi

KES SURAU: UMNO YANG BUAT KERJA, PR YANG DITUDUH!!!

KES SURAU: UMNO YANG BUAT KERJA, PR YANG DITUDUH!!!

DEMO NI SEBENARNYA MENDEDAHKAN KEBURUKAN UMNO
Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sebuah surau di Rawang yang dibantah sekumpulan penduduknya semalam, dakwa setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin.

Beliau menjelaskan bahawa tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki oleh dua buah syarikat pemaju yang menjalankan projek tersebut secara usaha sama.

Sebuah daripada syarikat itu didakwa tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Faekah berkata, pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu, termasuk pemimpin Umno sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang “tuduhan liar”.

Beliau juga mendakwa kerajaan terdahulu pimpinan BN sebenarnya yang telah meluluskan kedua-dua syarikat terbabit menjalankan projek tersebut atas tanah tersebut termasuk lot yang telah diwartakan untuk pembinaan surau.

“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .