Ikuti Blog ini

Teruja dengan Persiapan Muktamar!



Para petugas , terutamanya Unit Amal , bertungkus lumus hingga ke subuh mencurahkan keringat , bertugas secara sukarela untuk mempastikan keceriaan suasana supaya mood Muktamar benar-benar wujud dan memberi semangat kepada para pendokong parti dari seluruh pelusuk tanah air yang akan mulai berbondong-bondong membanjiri Bandaraya Ipoh esok.

Para petugas persiapan pentas utama persidangan telah menyediakan sistem P.A yang canggih. Sistem Penghawa Dingin pun turut di senggarakan – di bersihkan agar turut dapat memberikan udara yang nyaman dan tenteram.

Orang ramai boleh mendapatkan ‘Kad Pemerhati’ dikaunter Penerangan dengan membayar RM5.00 sebagai pass untuk masuk kedalam dewan persidangan.Sebuah skrin besar dipasang di luar dewan kerana ruang duduk dalam dewan agak terhad hanya kepada 2865 orang sahaja berbanding kehadiran pemerhati yang dijangkakan 15 ribu orang dari seluruh negara.

Kepada para pemerhati yang masih belum mendapat tempat penginapan, bolehlah berurusan dengan Lujnah Penempatan dibawah Sdr Salman untuk mendapatkan maklumat berkenaan lokasi masjid dan surau yang terdekat.

“Hotel disekitar Bandaraya Ipoh telah penuh ditempah, pihak kami sedang mendapatkan kerjasama pihak urusan masjid-masjid dan surau-surau sekitar Bandaraya Ipoh untuk menenpatkan para pemerhati, ” jelas Sdr Salman.

Bagi penginapan para peserta dari Sarawak , PAS Kawasan Gopeng, telah menyediakan tempat khas dibangunan yang pejabatnya dikawasan perumahan Rapat setia Ipoh.

Sdr Badrain selaku Setiusahanya menyatakan, “Kami menyediakan tempat penginapan bagi perwakilan dari Sabah, termasuk pengangkutan untuk mereka.”

Malam tadi para petugas terlibat telah memasang katil-katil untuk perwakilan dari Sarawak.Kalau nak bagi rating , bolehlah diberikan 2 bintang!

Lujnah pengurusan Gerai telah mengadakan mesyuaratnya malam tadi di salah satu Gerai di tapak Muktamar .Mereka meninjau pemasangan khemah untuk gerai Muktamar serta menyemak segala butiran-butiran akhir persiapan.Mereka bercadang untuk membuat pintu gerbang pada sebelah petang esok harinya.Saya akan updatekan nanti pasal pintu gerbang ini nanti!

Sementara itu pasukan petugas pemasangan bendera dan sepanduk sibuk dengan tugas mereka sambil bersantai ditengah-tengah malam hingga ke subuh. Mereka semua teruja dengan acara terbesar tahunan PAS ini – Muktamar ke-45 di Ipoh.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .