Ikuti Blog ini
P 36 : calon diumum di stadium negeri.. ,Selasa, Disember 23, 2008 at 23.12.08,
Kelewatan PAS mengumumkan calon nampaknya menimbulkan berbagai bagai reaksi dari pelbagai pihak. Kenyataan awal bahawa calon PAS akan diumumkan pada 21hb Disember 2008 , akhirnya ditunda kepada 1hb Januari 2009. Tetapi ada sesuatu yang menarik dari penundaan tarikh ini.
Pengumuman tersebut akan diadakan di stadium negeri dan akan dibuat secara besar besaran. Demikian menurut kenyataan Tok Guru Presiden yang juga turut menyatakan PAS sudah menerima nama calon yang dicadangkan oleh negeri.
Ini bermakna nama calon sudah ada, dan pengumumannya akan dibuat pada 1hb Januari 2009 secara besar besaran di Stadium Negeri.Stadium Negeri ialah sebuah tempat yang dimiliki olih kerajaan negeri.Selama ini PAS langsung tidak ada peluang menggunakan tempat tempat seperti ini.Tetapi nampaknya PAS Terengganu sudah memecah tradisi di mana sebelum ini ijtimak PAS negeri telah berlangsung di Dewan Sri Amar, Kemaman dan kali ini pada acara yang lebih bermakna serta bakal memberi kesan besar akan berlangsung di Stadium Negeri.
Sekali gus ianya menolak segala spekulasi bahawa PAS berdepan dengan masalah dalaman kerana semuanya sudah disepakati dan gerak kerja pilihanraya juga sudah dilancarkan.Olih itu nama calon yang menjadi kontraversial selama ini bukanlah isu yang penting lagi.Begitu juga tidak perlu ada perasaan kecewa dari mana mana pihak yang menyokong PAS/PR.
PKR juga telah memulakan gerak kerja pilihanraya mereka sendiri.Segala dakwaan dari pihak pihak tertentu bahawa PKR mahukan calon mereka bertanding sudah dijawab dengan jelas.
Kini usaha tertumpu kearah menjayakan PKR ini dengan licin dan jaya.Segala perancangan termasuk dari PAS luar Terengganu sedang digerakkan.Masing masing sudah tidak gusar dengan isu calon yang bakal diumumkan pada hari yang dijangka cukup bersejarah bagi PAS Terengganu khasnya dan PAS Malaysia serta PR amnya.
Dengan itu juga polimik mengenai calon sudah dianggap selesai.Tidak ada lagi keraguan mengenai keupayaan PAS Terengganu dalam menjayakan PRK kali ini.Sehubungan itu, kerjasama dan sokongan dari saudara dan sahabat PR semua amatlah dinanti dan dialu alukan.Insya Allah, jumpa di Kuala Terengganu untuk satu wadah perubahan dan perjuangan antara kebenaran dengan kebathilan.
Takbir........"