Ikuti Blog ini

Muafakat petanda kemenangan calon PAS - TG Hadi


PILIHANRAYA KECIL-PO36 PARLIMEN KUALA TERENGGANU
MUAFAKAT kukuh dan utuh melalui persepakatan kerja menghadapi pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu merupakan tanda-tanda awal kemenangan Pakatan Rakyat.

"Pendahuluan pilihanraya sehingga penamaan calon, sehingga hari ini telah membuktikan keutuhan Pakatan Rakyat dengan kerjasama yang sangat kukuh adalah kemenangan awal yang lebih penting yang akan kita teruskan,"perpaduan kita semakin hari semakin kukuh dan kita mengharapkan PRK Kuala Terengganu menjadi satu anjakan paradigma kepada seluruh negara untuk kita membuat perubahan yang seterusnya,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media bersama Pakatan Rakyat di Markaz Besar Pilihanraya di Kuala Ibai semalam.

Beliau sebelum itu mengalu-alukan kedatangan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat Malaysia yang datang untuk turut sama berkempen dalam PRK Kuala Terengganu.

Kemenangan ini adalah jelmaan kerajaan rakyat - Guan Eng

SETIAUSAHA Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng berkata beliau datang sebagai pimpinan DAP untuk memberikan bantuan dan berkempen bagi calon Pakatan Rakyat dari PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut.Beliau yakin dengan sokongan padu parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat akan membuahkan kejayaan kepada calon PAS."Saya berharap pada 17 Januari kita akan gelarkan (Wahid) sebagai YB-YB (YB dua kali) dengan kemenangan hasil sokongan dan kerjasama oleh semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Rakyat Bagan berkata kemenangan tersebut penting bagi Pakatan Rakyat untuk satu perubahan menjelmakan sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, bercorak demokrasi dan sebuah kerajaan yang beretika.


Manakala Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata PKR memberikan sokongan penuh kepada calon Pakatan Rakyat dari PAS.”Wahid InsyaAllah akan menang dan kita (PKR) akan bekerja sedata upaya untuk memenangkan beliau,"Sekiranya beliau menang kita akann dapat menunjukkan ’Indeks Prestasi’ (Key Perfomance Index) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan dipenuhi,”ujarnya.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Induk Jentera Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR Mustafa Kami Ayub dan Calon Parlimen PAS Mohd Abdul Wahid Endut.


{Jika Pakatan Rakyat menerusi gabungan PAS, PKR & DAP semakin kukuh perpaduan, bagaimana pula dengan BN yang diketuai Umno. Khabarnya ada juga ahli komponennya tawar hati untuk berkempen kerana ada beberapa isu semasa melibatkan parti masing-masing gagal ditangani sehingga mengakibatkan ramai sudah mula merasakan kesepakatan dan tradisi membela parti semakin berkurangan}



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .