Kepada kesemua pendokong serta penyokong PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya, sekalipun bacaan aliran pengundi menyebelahi kepada calon PAS, kekuatan dan kebijaksanaan putar-belit dan penipuan serta ugutan umno/BN jangan dipandang ringan.
UMNO/BN pasti akan melakukan segala helah dan tipu muslihat baik dari segi kebendaan, perang saraf maupun kekerasan dan ugatan demi meraih undi dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu.
Dalam keadaan sekarang, rasa yakin untuk menang perlu ada tetapi jangan sampai membawa kecundang. Rasa yakin menang yang melebihi batasan akan hanya memudaratkan kita sendiri. Masa 4 hari terakhir ini kerajaan rakyat amat mengharapkan dan berdoa agar seluruh jentera PAS dan Pakatan Rakyat jangan sekali-kali terpengaruh dengan perang saraf umno/BN yang cuba melalaikan kita dengan aliran bacaan pengundi yang positif kearah kita.
PAS dan Pakatan Rakyat tidak mampu kehilangan walau satu undi akibat daripada ketidakhadiran pemilih yang ingin mengundi calon PAS tetapi tidak keluar mengundi kerana “terlebih yakin” bahawa PAS akan menang.
Nasihat dan pandangan Anwar Ibrahim dalam hal ini perlu diberi perhatian oleh kesemua jentera Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu.
“Pada pandangan saya Pakatan Rakyat perlu bekerja sekuat mungkin dan jangan terlalu yakin.
“Kita kena kerja kuat kerana berdepan dengan media yang serong dan tidak berikan ruang kepada kita,”
“Saya tak perkecilkan peranan pengundi-pengundi Cina, tapi undi pengundi Cina di Kuala Terengganu sangat kecil.
“Jadi faktor yang menentukan menang atau atau tidak, masih lagi melalui undi Melayu dan undi Cina itu akan membantu…undi India juga akan membantu,”
ANWAR IBRAHIM
Kerajaan Rakyat hamparkan lautan tahniah dan syabas kepada setiap insan walau di manapun berada yang telah, sedang dan akan berusaha membantu gerak kerja menjurus kearah kemenangan calon PAS Mohd. Abdul Wahid Endut, insyaALLAH.