KUALA LUMPUR: Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain hari ini menafikan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.
"Dia tidak pernah dimasukkan ke HKL," katanya ketika mengulas dakwaan adik Mohd Osman bahawa abangnya gagal hadir perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Majistret di Ipoh semalam kerana dia dimasukkan ke HKL.
Menurut Norliza, abangya dimasukkan ke unit rawatan rapi pada malam Isnin.
Bagaimanapun, Norliza gagal menunjukkan sijil cuti sakit dengan mendakwa abangnya berada di bawah pengawasan doktor.
dia kelentong..?? hangpa terasa kena kelentong ka..?? tak rasa pun dikelentong pasai dah agak dah dia nak kelentong rakyat....apa nak heran ..kalau dah dok bawah satu bumbung dengan Najib kelentong...dah tentu bakat kelentong tu dia akan dapat... heran ka..tak aihh..besa la tu...