Ikuti Blog ini

Perlukah Nizar Mengadap Sultan?

Persoalan kini, perlukan Dato Seri Mohammad Nizar mengadap Sultan di dalam situasi pihak Istana TELAH pun mengambil pendirian yang jelas tidak akan membubar DUN dan tidak akan mengadakan pilihanraya?

Sebagai parti yang bermaruah, sebagai parti yang masih menerima sokongan rakyatnya dan setelah segala usaha untuk menemui Sultan Perak dilakukan tidak dilayan sewajarnya dan, jika pihak Istana sudah enggan untuk menemui Nizar yang mewakili rakyatnya, maka rasanya tumpuan kini bukan sepatutnya kita menghabiskan masa melakukan kerja yang sedemikian rupa.

Kalau padi katakan padi, tidak patik tertampi-tampi.

Banyak lagi kerja-kerja berguna yang boleh kita lakukan untuk merebut semula hak-milik kita yang dicuri, kerana apa yang jelas, sesuatu yang dicuri tidak ada berkatNya dan ia pasti akan kembali kepada kita semula.

Yang perlu kini kita lakukan ialah gembelengkan segala usaha untuk pastikan kita mencapai kemenangan cemerlang di dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk bertindak sebagai satu manifestasi rakyat terhadap apa yang telah menimpa.

Mujurlah rakyat bersama kita. Jagalah hati rakyat sekali pun segala pihak menekan kita.

Strategi pertama dari Sun Tzu: Perdaya Langit untuk melewati Samudera.

Bergerak di kegelapan dan bayang-bayang, menggunakan tempat-tempat tersembunyi, atau bersembunyi di belakang layar hanya akan menarik kecurigaan. Untuk memperlemah pertahanan musuh kita harus bertindak di tempat terbuka menyembunyikan maksud tersembunyi kita dengan aktiviti biasa sehari-hari!



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .