Ikuti Blog ini

Seloka Tok Guru Nik Aziz Menjadi Azimat AMK di Batang Ai

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/batangai.jpg
Kuala TerengganuRakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Kawasan Batang Ai telah lama dipermainkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan janji-janji dusta.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Cikgu Fariz Musa, berkata demikian ketika mengulas tinjauan beliau ke DUN tersebut baru-baru ini. (Gambar - Pekan atau Bandar ? Batang Ai yang jauh ketinggalan...)

Menurut beliau, pengundi DUN Batang Ai telah sedar mereka telah tertipu dan berjanji akan membuat perubahan dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 7 April depan.

“Penerimaan orang (Batang Ai) terhadap kita sudah berbeza, kalau tujuh, lapan tahun dulu kita pergi, kita akan dihalau, tapi kini, mereka menerima dengan baik,”katanya yang juga Timbalan AMK Malaysia.

Beliau berkata PKR akan menggunakan isu-isu tempatan berkaitan pembangunan dan janji dusta BN sebagai bahan kempen sepanjang PRK Batang Ai.

“Isu-isu tempatan, terutama sekali janji-jani yang dibuat oleh BN yang tidak ditunaikan, contohnya (pembinaan) jalan utama dari Lubuk Antu ke Batang Ai, sehingga sekarang sudah 28 tahun masih tidak siap, masih dalam keadaan berbatu-batu,”ujarnya ketika ditemui Buletinonline semalam.

Katanya ramai penduduk DUN Batang Ai yang masih bergelap kerana tidak mendapat bekalan elektrik dan juga mandi air telaga kerana belum mendapat bekalan air bersih.

“Menteri-menteri BN juga yang datang sebelum ini pernah berjanji, antaranya Menteri Pelajaran, Dato’ Hishamudin pernah berjanji akan mendirikan bangunan sekolah tiga tingkat, sehingga kini, sekeping bata pun tak ada,”tambah Fariz

Katanya, potensi Pakatan Rakyat yang akan diwakili PKR untuk menang amat cerah sekiranya BN tidak menggunakan tipu helah dan politik wang (rasuah) dalam PRK itu.

Justeru, seloka tersohor ungkapan Mursyidul Am PAS Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi azimat bagi menyedarkan pengundi supaya tidak lagi termakan dengan tawaran BN dalam kempen PRK nanti.

“Bagi gula, kacau - bagi kain, pakai - bagi duit, ambik, tapi bila pangkah, pangkah PKR,”kata Fariz ketika berceramah di rumah panjang Kampung Nga, Tutung, Batang Ai, pada 8hb, Mac lalu.

Seramai lebih 150 orang keluarga besar rumah panjang tersebut, yang diketuai oleh Entrong anak Bayang, hadir mendengar ceramah pada malam itu.

Turut menyampaikan ceramah adalah Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar dan Ketua AMK Sarawak, Rahmat Aidil bin Latip.

Klik Untuk Lihat Klip Video Ceramah di Rumah Panjang Kampung Nga




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .