Kebelakangan ini, hiburan dan belia tidak dapat dipisahkan. Kita melihat belia telah menjadikan hiburan sebagai salah satu medan atau wadah untuk mereka mencari ketenangan dan keseronokan. Oleh itu sejajar dengan pendekatan Nisa’ Malaysia, “Connecting Youth” kita ingin mendekati golongan belia ini terutama sekali melalui konsep hiburan Islam. Hiburan di sini bukanlah bermakna hiburan semata-mata, tetapi hiburan yang berlandaskan syariat Islam.
Program ini mensasarkan pelajar universiti, pelajar sekolah, ibu bapa dan orang awam serta golongan tertentu dalam memenuhi tanggungjawab sebagai Nisa’ Malaysia untuk mendekati golongan belia supaya cintakan dan mahukan cara hidup Islam.
Demi membantu dan menjayakan pihak NISA’ Malaysia mencapai matlamat yang disasarkan, maka pihak NISA’ telah bersetuju untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri Selangor, para pelajar, mahasiswa kampus dan masyarakat untuk menjayakan Konsert Aura Ungu 2010 (KAU `10).
Antara objektif program :
1) Memperkenalkan NISA’ sebagai gerakan dakwah kepada umum dan menjadikan hiburan sebagai salah satu wasilah dakwah bagi meraikan komuniti setempat yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat terutama golongan wanita.
2) Menjadikan hiburan Islam sebagai alternatif kepada hiburan semasa untuk golongan wanita.
3) Mengeratkan hubungan antara ahli masyarakat, pemimpin dan pihak kerajaan negeri.
4) Menjadikan NISA’ sebagai satu platform untuk para belia terlibat secara langsung dalam program-program pembangunan modal insan.
5) Menonjolkan kesyumulan Islam.
http://kau2010. webnisa.net/