Ikuti Blog ini

Hakim buat keputusan semata-mata tak mau ada pilihanraya

Kes Tian Chua: Hakim tidak akan semak keputusan

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ghazali Cha memutuskan tidak perlu disemak semula penghakimannya yang mengurangkan hukuman ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada denda RM2,000.

Hakim Ghazali berkata beliau telah mendengar kes tersebut (functus officio), maka penghakiman mengenai denda tersebut adalah kekal.

Bagaimanapun, menurut peguam Tian, hakim turut menegaskan sekali lagi bahawa niat beliau adalah jelas dan bahawa beliau tidak mahu pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan parlimen berkenaan.

Peguam Ranjit Singh berkata, beliau menyedari mengenai keputusan Mahkamah Agung PP lwn Leong Ying Ming (1993) berhubung definasi 'tidak kurang daripada RM2,000'

Hakim Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa frasa 'tidak kurang daripada lima tahun' bermakna lima tahun satu hari.

Peguam dan pendakwaraya menemui Hakim Ghazali pagi ini berhubung denda yang dikenakan ke atas ahli parlimen Batu itu selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis.

Tian didapati bersalah menggigit tangan seorang anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes tiga tahun lalu berhampiran bangunan Parlimen.

Beliau yang menang pilihan raya umum 2008, didakwa mengikut Sekseyen 32 Kanun Keseksaan, dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis yang sedang bertugas.

Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian.

Selepas mengemukakan rayuan, Mahkamah Tinggi mengenalkan sabit kesalahannya tetapi mengurangkan hukumannya kepada denda RM2,000 atau dua bulan penjara.

Tian memberitahu pemberita pagi ini bahawa beliau masih lagi ahli parlimen Batu.

"Saya akan berkhidmat kepada pengundi saya dan akan pergi ke Parlimen selepas ini," kata selepas peguam dan pihak pendakwa bertemu hakim berkenaan di kamarnya.

Pertemuan itu adalah untuk mendapatkan penjelasan sama ada penghakimannya Khamis lalu telah membatalkan kelayakan Tian sebagai ahli parlimen, mengikut Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan.

Tian diwakili oleh Ranjit, Amer Hamzar Arshad dan Razlan Hadri Zulkifli. Pihak pendakwa pula diketuai oleh Mohd Hanafiah Zakaria dan Lee Keng Fatt.

Masalahnya berkisar mengenai tafsiran Perkara 48 perlembagaan persekutuan berhubung pembatalan kelayakan seseorang ahli parlimen.

Artikel itu menyebut jika seseorang ahli parlimen disabit oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang daripada setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 maka beliau secara automatik terbatal kelayakannya dan pilihan raya kecil perlu diadakankan.

Hakim Ghazali telah mengurangkan hukuman Mahkamah Majistret sebelum ini ke atas Tian Chua - iaitu enam bulan penjara dan denda RM3,000 - kepada denda RM2,000.

Katanya, niatnya mengurangkan hukuman tersebut adalah untuk mengelak pilihan raya kecil diadakan. - KedahLaNie
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .