(Contoh iklan)
|     IPOH, 4 Ogos:  Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bersedia mengadakan debat secara  terbuka dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagaimana yang  diucapkan pada persidangan Dun, semalam. “Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan  Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan  kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana  pimpinan Pakatan Rakyat,” ujar Drs Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan. “Yakinnya Zambry dengan tohmahan itu dengan  katanya kami kena bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Sekiranya itulah  dakwaan Zambry, saya mengulangi cabaran Datuk Seri Nizar di dalam dewan  semalam, sekiranya dia (Zambry) ‘anak jantan’ sila sahut cabaran ini dan  nyatakan di manakah pembohongan Pakatan Rakyat dalam debat itu,”  ujarnya. Baginya,  Stadium Perak cukup luas untuk menampung kehadiran semua rakyat Perak  dalam debat tersebut, dan bolehlah disiarkan secara langsung dalam media  massa BN. Tambahnya,  tindakan menghadkan ketua pembangkang untuk bercakap dalam tempoh yang  panjang sebagai mana amalan biasa dalam sidang Dun sebelum ini, atau di  mana-mana sidang Parlimen dan Dun negeri di Malaysia, adalah menifestasi  dari ketakutan BN untuk mendengar segala hujah dan fakta daripada Adun  Pakatan Rakyat. “Semuanya Adun BN yang berbahas kelmarin nampaknya dalam nada yang sama dan tidak punya modal,” ujarnya lagi. Andaian tersebut, baginya hanya keluar dari mulut orang yang terdesak dan takut untuk mendengarnya.  | 



