
Ekoran dari kempen tersebut, kerajaan telah mula mengendur dengan cuba menilai semula kes saman ekor. Dalam untuk mencari satu publisiti murahan, pemuda umno cuba menjadi juara dengan turut menyertai kempen dan hanya kedengaran selepas Pakatan mula mempersoalkan tindakan kerajaan. Ini seperti cuba menangguk di air keruh dari apa yang di jelaskan oleh Datuk Mahfuz Omar.

Ramai yang terkejut dengan kes saman ekor, ekoran ada mangsa yang dikenakan saman ekor sehingga rm3000 ke rm 5000 walau didapati bahawa had kelajuan yang di lepasi ketika memandu boleh dimaafkan dan di pertimbangkan.
Ekoran isu tersebut, Datuk Mahfuz menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat khasnya PAS akan meneruskan kempen dan tidak akan bekerjasama dengan kempen dari pemuda Umno.Ekoran pengguna jalanraya yang tidak mampu untuk menghidupkan cukai jalanraya kerana terlalu banyak beban kewangan yang perlu di bayar, ramai penguna jalanraya tidak memperbahrui cukai jalan dan menurut beliau lagi tindakan ini memberikan kesan yang nyata kepada pendapatan kerajaan sendiri.
GAMBAR DAN PETIKAN DI BAWAH DARI M'KINI
![]() |
"Kenapa kerajaan jadi agensi penolak rezeki sedangkan pihak swasta mendapat wang daripada rakyat," soalnya.
Mahfuz berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyerahkan memorandum membantah saman jenis itu kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha di Putrajaya pagi ini.