KUANTAN, 5 Ogos - Apalah guna perpaduan jika ia dibuat berdasarkan kepada bangsa dan bukannya agama Islam itu sendiri. Demikianlah sebahagian daripada ucapan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto), Naib Presiden PAS dan selaku Pesuruhjaya PAS Pahang dalam ceramahnya di Markas PAS Felda Bukit Kuantan malam tadi. "UMNO mahu mengajak PAS bersatu atas nama Melayu.
Jika mereka jujur kenapa tidak mengajak sekali PKR?. Dalam PKR kita ada ramai orang Melayu, Malah Anwar, Wan Azizah, Syed Hussin Ali dan lain-lainya semuanya Melayu. Kenapa hanya PAS yang dipelawa bergabung untuk bersatu kuatkan orang Melayu", kata beliau. "Saya agak hairan bila pemimpin UMNO mengatakan orang Melayu berpecah jika PAS dan UMNO tidak bersatu.
Soalnya, siapa yang berpecah?. Perbezaan fahaman politik adalah perkara biasa yang berlaku, itu bukan berpecah tapi memang ada yang sokong UMNO, sokong PKR, sokong PAS dan sebagainya. Begitu juga dengan anak-anak kita. Apakah kita akan kata berpecah jika anak kita satu ada di Johor, satu di Kuala Lumpur, Satu ada di Kuantan?. Apakah kita kata keluarga tidak bersatu?. UMNO kata Melayu berpecah, sedangkan dalam UMNO sendiri wujud perpecahan.
Di Trengganu misalnya, bekas MB Idris Jusoh itu sendiri pun tidak dapat untuk bersatu dengan MB Mat Said. Maka apatah lagi untuk bersatu dengan parti lain. Pemimpin UMNO berpimpi sebenarnya dalam isu perpaduan yang sering mereka canang-canangkan sekarang ini", tambah beliau lagi.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir. Turut kelihatan ialah
Tn.Hj Zahari (Ketua Cabang PKR Paya Besar) dan Sdr. Asri (PAS)
Dato' Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa sepatutnya UMNO itu dibubarkan kerana mereka adalah parti yang pernah diharamkan. Bahkan UMNO sudah sesat jauh dalam arus perjuangan yang mereka laung-laungkan, maka sudah semestinya mereka kembali kepada Islam seperti yang diperjuangkan oleh PAS sekarang ini.
"Bergabung dan bersatu perlulah atas nama Islam dan bukannya Melayu. Jika bersatu atas nama Melayu, apa akan jadi jika Cina pula bersatu atas nama Cina, India pula bersatu atas nama India maka akhirnya kucar-kacir negara kita ini", katanya.
"Maka eloklah UMNO bersama PAS atas nama Islam, jika mereka benar-benar jujur dan ikhlas untuk mewujudkan perpaduan Melayu. Semua yang mereka lakukan ini hanyalah sati provokasi politik dalam usaha untuk menarik kembali sokongan orang Melayu terhadap parti itu sebenarnya. Dalam masa yang sama mereka mahu memecah belah keutuhan Pakatan Rakyat itu sendiri. Inilah agenda UMNO BN yang memang sudah diketahui sejak dulu lagi", tambah Dato' Tuan Ibrahim lagi.
[Turut berceramah malam tadi ialah blogger cucumatkilau. Beliau antara lain banyak menyentuh tentang beberapa penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang pimpinan UMNO BN terhadap rakyat terutamanya masyarakat peneroka Felda. Hujan renyai-renyai tidak membuatkan orang ramai berganjak malah terus bersemangat untuk mendengar.
Difahamkan, pengurusan Felda di kawasan berkenaan telah mengatur lawatan ke luar kawasan selepas mengetahui ceramah berkenaan diadakan di situ. Mereka ternyata gusar dengan agenda perubahan yang dibawa oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Apapun, orang ramai tetap berpuas hati dengan program malam tadi biarpun hujan mula turun agak lebat sekitar jam 11.30 malam. Teruskan perjuangan untuk membawa perubahan kepada masyarakat peneroka Felda dulu, kini dan selamanya. Salam perjuangan buat semua !!]. -Pahang Daily