KUALA LUMPUR: Jika tiga bulan keluar parti menerima habuan RM1.4 juta, berapa pula nilai yang diperoleh seseorang Ahli Parlimen KEADILAN yang belot, dalam tempoh lebih panjang?
Mengajukan pertanyaan itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail merujuk kepada perbuatan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang keluar parti dan terbukti mampu menjelaskan hutang bernilai RM1.4 juta.
“Jika Ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah berjumlah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapakah agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga perkhianatan ini?
“Kalau, ‘nilai’ Ahli Parlimen Padang Serai dengan jumlah RM1.4 juta, berapa pula habuan yang diterima Ahli-ahli Parlimen Bayan Baru, Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu dan Nibong Tebal,” soalnya lagi pada pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau turut mendedahkan bukti salinan dua cek bernilai RM700,000 dan RM 701,250 masing-masing bertarikh 12 Januari dan 15 Mac tahun ini, yang dipercayai sebagai bayaran pajakan tanah seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan. (gambar kanan)
Katanya, Gobalakrisnan secara tiba-tiba menyelesaikan bayaran pajakan tanah antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd yang berjumlah RM 1.4 juta.
“Dari mana sumbernya? Siapakah yang ‘bermurah hati’ menolong. Urus niaga apa yang dilakukannya yang memungkinkan wang sebanyak itu diperoleh?” katanya.
Beliau turut menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya ‘bertanya khabar’ kepada Gobalakrishnan berikutan kemampuannya membuat bayaran RM1.4 juta dalam satu transaksi
Saifiuddin juga mengulangi pendirian betapa pengkhianatan pemimpin KEADILAN keluar parti termasuk Ahli-ahli Parlimen, didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh jika kekal dalam parti.
“Dek dorongan inilah ramai yang tewas. Ralatnya, mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan mereka.
Selain Gobalabrishnan, Ahli Parlimen Bayan Baru, Mohamed Zahrain Hashim; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Shamsuri keluar parti dengan pelbagai alasan.
Sebaliknya, pelbagai laporan menunjukkan tindakan mereka bersandarkan faktor kewangan termasuk membayar hutang masing-masing.
Sharpshooter - Kita dah lama jangka tentang Gobala... dulu Fairus pun masuk umno katanya "saya ikhlas masuk umno setelah tiga bulan solat istiqarah...."
Alasannya kerana isu Allah..." bila isu raja porno mca Chua Soi Lek menghina Islam, mana hilang suara Fairus yang kononnya hidup memperjuangkan agama, bangsa dan negara......akhirnya terbukti Fairus mampu langsaikan hutangnya keretanya sebanyak RM109,000.00 kepada kerajaan Negeri P.Pinang selepas masuk umno.
Teringat kata senatak raja sesumpah....mana ada orang masuk umno ikhlas...apa dah jadi dengan 6 kotak hitam...rumah semakin besar...teringat sumpah Lokman Nor Adam tentang Ezam....sekarang hangpa berdua cium mulot pula...kah kah kah...
Mengkhianati amanah rakyat kerana sedikit habuan duniawi sudah pasti rakyat tidak halalkan segala titik peluh perjuangan rakyat yang bertungkus lumus memenangkan hangpa ketika hangpa menjadi calon Pakatan Rakyat...sepatutnya jika hangpa ada maruah, hangpa letak jawatan...
Sabar menanti video yang Anwar janjikan akan dedahkan tentang YB katak terima jutaan ringgit.....bila tiba masanya akan tersebar juga....harap bersabar..."game masih panjang"..