Ikuti Blog ini

Sumpah!!! Umno Tak Terlibat Langsung.....

Oleh kerana Datuk Shuaib Perkasa tidak percaya...

PM terpaksa buat mesyuarat MT dan sidang tergempar. Secara tak langsung membuktikan yang Umno memang perancang utama, berkumpulan atau individu. Yang pasti ketiga-tiga Trio adalah dari kalangan elit Umno....

Yang lebih besar kekeliruannya adalah Carcosa Seri Negara dijadikan tempat penyebaran elemen-elemen kelucahan melampau. Kenapa Carcosa Seri Negara? Kenapa bukan di Zoo Negara atau Muzium Negara ? Nasib baik tak dibuatnya di Masjid Negara ? terdesak mungkin juga nanti boleh, demi kebenaran dan kesucian....

Sedihnya adik-adik kita yang sedang meraikan kejayaan mendapat keputusan cemerlang dalam SPM digelapkan dengan kisah seks, liwat dan persundalan yang direka sedemikian rupa...

"Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara.

"Kebenaran dan kesahihan yang mesti ditentukan terutama oleh polis melalui siasatan rapi lagi profesional, dan kalau ada mereka yang pakar dalam hal ini, tentu (ia) boleh ditentukan oleh pihak polis bagi menyokong siasatan mereka," katanya.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .