Sokong Tubuh Suruhanjaya Siasat Gani Dan Musa - Khalid Samad
SHAH ALAM : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersetuju dengan cadangan bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim yang menggesa kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Khalid berkata, meskipun Gani Patail disabitkan dengan pelbagai dakwaan yang menjejaskan kreadibilitinya sebagai peguam negara, beliau masih dibenarkan betugas seperti biasa tanpa sebarang siasatan keatasnya.
"Saya sokong saranan beliau (Datuk Mat Zain Ibrahim) kerana amat pelik bagaimana peguam negara yang jelas telah terlibat dalam kes itu untuk menutup kebenaran dan fakta berhubung dengan kes itu dan masih boleh bertugas sebagai peguam negara dan seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan."
Semalam, Mat Zain melalui surat terbukanya menyarankan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat Gani Patail dan Musa Hassan kerana menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan Malaysia.
Mat Zain dipetik sebagai berkata kesalahan keadilan awam, yang didakwa ke atas Gani Patail dan Musa Hassan “adalah terlalu besar untuk dimaafkan.”
Justeru Khalid ketika dihubungi TV Selangor berkata, penubuhan suruhanjaya ini penting agar kerajaan persekutuan dapat membersihkan imej instituisi ini dimata rakyat.
"Penubuhan RCI itu untuk menyiasat kes itu dan latarbelakang kes itu adalah amat perlu sekiranya kerajaan ingin mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses pendakwaan di negara."
Khalid turut menyifatkan pemilihan jawatan peguam negara tidak boleh diambil sambil lewa dan paling penting individu itu perlu bebas serta tidak terikat dengan mana- mana parti politik yang akan mempengaruhi pendakwaan yang dibuat.
"Jawatan peguam negara adalah begitu penting, dan perlu bebas daripada pengaruh politik dan kesetiaan politik yang menebal," katanya.
Sekiranya pendakwaraya didapati bersalah seperti mana yang didakwa oleh Datuk Mat Zain, di mana telah berusaha menutup maklumat sebenar yang berlaku, maka dia mesti dipecat dan didakwa," katanya lagi.
Sebelum ini Mat Zain mendedahkan Gani Patail berperanan dalam insiden mata lebam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 12 tahun lalu.